Jul
Sebuah kisah hati
This entry was written by Akmall Arief (Encik Psychopath). Special thanks to him :)
Sedang ralit Rangga dibuai mimpi, beliau seakan tersentak dari lamunan ekoran desir-desir angin pantai yang memukul. Rangga perasan setitik air di mata sebelah kiri menitiskan air kejantanan, lalu dibiarkan. Rangga benar-benar nekad mahu dihanyutkan sekali lagi dengan kelaraan seperti hari-hari semalam.
Tentang cinta. Dahulunya sebuah perasaan yang dilambung-lambung, sentiasa rasa terbuai, selesa dalam dakapan suam. Kini menjadi igauan yang meracau minda, menyenggama setiap pelosok hati retak dan mengoyakkan kulit-kulit memori. Rangga sehabis upaya menulis sejuta puisi, membina figura jambatan hati, mencoret sesuatu yang manis-manis di dalam memori. Nyata sia-sia.
Bunga bukan lagi seorang pejuang. Beliau tewas dan tidak lagi menjadi seorang yang berani. Bunga dan Rangga pernah menjadi sepasukan dalam pakatan hati, berjuang untuk kekal hidup hingga mati. Mengimbau saat bersama, Rangga masih terbayang saat Bunga gigih dalam senyuman mempertahan, Rangga pula terus-terusan menyelindung di balik dinding keegoan. Lewat.
Terkadang, kita tidak terlihatkan perkara dihadapan mata. Sebuah rasa sayang yang seharusnya kita jaga, kita palitkan semua dengan kata-kata tidak adil, menyembunyikan hati perut untuk mempertimbangkan dan memberi sedikit muka. Jangan rasa terbunuh dalam keselesaan. Usahkan rasa terbodoh dalam melayan perasaan. Dalam perjuangan, teorinya tiada berpenghujung. Jika kita berjuang untuk mendapatkan, kita juga perlu bersedia mempertahankan.
Kata orang hidup ini hanya sepeluang untuk berjumpa dengan orang yang benar-benar menyayangi kita. Terkadang kelekaan itulah yang menerbitkan kehilangan selama-lamanya. Disaat kita kehilangan, barulah kita terasa berapa berkepentingan insan yang pernah berada disisi kita. Mereka sangat bermakna. Sekaligus menjadikan kita insan yang tersilap.
Sebuah dedikasi untuk Akmal dari hati kecil Rara, insan kecil yang berhati besar, yang merasakan sesuatu yang sangat besar untuk difikirkan demi kebahagiaan. Sekadar kisah teladan untuk masa depan. Bersifat seorang pejuang yang ingin terus mempertahankan dan mengharapkan segenap hati kerjasama dari insan yang disayangi untuk meneruskan hari- hari mendatang.
Jul
Beruntungnya aku miliki dirimu
AHAD, 10 July 2011.
Mak kejutkan I seawal pukul 6am. Mak cakap, “Yang, bangun tolong Mak, Mak takut tak sempat nak masak. Akak belum sampai lagi ni. Tolong buat dadih tu”. I terus bangun. Masa tu penat plus mengantuk jangan cakap lah. Malam tu kitaorang tidur lambat kot tengok TV sama-sama, sebelum tu I dengan Akmal pergi beli barang dekat kedai sebab Mak kata bahan-bahan banyak yang tak cukup. Padahal petang Sabtu tu kitaorang dah shopping sekali dengan Mak. Nasib baik ada kedai 24hrs, dan nasib baik jugak ada Akmal. Kalau tak, terkontang-kanting lah I sorang-sorang masa tu T______T
Sambil buat dadih, tiba-tiba Mak cakap nak pergi ambil barang dekat rumah Mak Cik Bedah. Dadih pulak tak boleh tinggal, kang keras pulak. Masa tu baru pukul 8am, terpaksalah I kejut Akmal. Keh keh keh, dia dah lah kuat mengigau. I kejut, dia bangun tapi lepas tu dia mamai cakap merepek HAHAHA. Akmal bangun, lepastu dia yang tolong pergi ambil barang tu.
Bila dadih dah siap letak dalam bekas, Mak suruh kitaorang pergi beli breakfast. Sementara nak tunggu roti canai 20 keping siap, kitaorang singgah jalan-jalan dekat pasar tani. Lagipun Mak pesan suruh beli kentang tiga kilo. Akmal lah yang tukang pilih kentang, I malas nak pilih since Mak I tu cerewet sikit. Nak kentang cantik lah, nak bawang cantik lah, nak ikan bilis cantik lah. Cili kering pun kena cantik (?)
Balik tu, Akmal, I, Maklong dengan Angah kopek kulit kentang! Rajin Akmal tolong dekat dapur. Dalam family I ni, lelaki jarang (tak pernah) kot nak masuk dapur tolong buat kerja camtu. Tapi Akmal buat semua tu, heeee sayang dia! <3

EH, masa I buat dadih tu kan, Akmal ada call Mak dia.
“Mak, ni ha.. Shira ada buat dadih ni. Lepas dah masuk dalam bekas boleh terus tutup ke?”
Dasar anak manja kan, itu pun nak tanya Mak dia, saja nak jatuhkan saham I. Nanti Mak dia kata I ni serba serbi tak reti pulak eeee.

TAPI masa kenduri tu, memang ramai lah orang datang. I dengan Akmal pulak, bila Kak Cujie dengan saudara mara lain dah datang, kitaorang stop menyibuk dekat dapur. Macam dah ramai sangat pulak, lagipun kitaorang lah pulak nak rehat kan. Dari pagi tau buat kerja. Tapi I bengang bila I cakap penat, Kak Cujie dengan Angah tanya I buat apa. Eeee marah betul. Dia tak tahu daripada petang Sabtu kitaorang dah busy -__-” Diaorang pergi jalan-jalan dekat Singapore! *JELESSSS*

Walaupun hari Ahad tu hari yang seronok sebab dapat spent time dengan Akmal, tapiiiiiii tiba-tiba I rasa sedih. Sebab Akmal dah nak balik :’( KEJAM lah I ni sebab halang halang dia nak balik. I macam pujuk dia suruh balik esoknya. Tapi dia cakap tak boleh, sebab dia kerja. Next week dia dah apply cuti hari Isnin-Rabu sebab nak pergi Kedah, tengok Abang dia konvo. Wuwuwu.

Banyak kali BBM dia, tanya keputusan dia nak balik bila T___T
Jam dah pukul 7.30pm. Mak pujuk Akmal suruh balik KL sekali dengan Kak Cujie & her husband, naik kereta. Sebab Mak tak nak Akmal naik bas. Pastu Akmal cakap dia segan. Last last, Akmal masuk bilik. I ingat dia kemas barang, rupanya dia tidur. Dalam pukul 8.30pm camtu, Kak Cujie dah nak gerak balik dah, Mak tanya I, “Akmal nak balik sekali takk?”, I cakap “Taktahu”. Dalam hati macam nak menangis dah. Hwaaaaa.
Pastu Mak tengok Akmal tidur. Masa tu I fikir, “Biarlah Akmal tidur. Nanti kalau dia terbangun pun mesti dah lambat, macamana nak naik bas. So mesti dia balik esok! YAY!”. Lepastu I macam serba salah. Kenapa I nak pentingkan diri sendiri? T____T
I pun kejut Akmal.
“Baby, baby nak balik malam ni tak?” – Dua tiga kali ulang sebab dia susah nak bangun
“Tak. B balik esok”
“Betul ni? B sedar ke tak?”
“Ha ye. B balik esok”
KEH KEH KEH. I pun macam happy gilaaaaaaaa. Oh lepas tu dalam pukul 11pm, Akmal tetiba bangun. Kitorang tengok tv sama-sama sampai pukul 2am kot. Pastu tidur. Isnin tu dapat spent time together lagi :D
I mintak maaf dekat Akmal sebab halang dia. Pastu Akmal cakap,
“Biasalah.. Manusia tak pernah puas. B pun tak puas jumpa Sayang” HIHIHIHIHIHI.

Akmal balik KL naik bas, bertolak dalam pukul 5.30pm.
![]()
I hantar Akmal sampai Terminal Larkin. Lepas Akmal dah naik bas, I pergi dekat kereta rasa lemah lutut nak berjalan. Sedihnyaaaa. Tu first time macam tu. Selama ni kalau nak berpisah jauh pun, I yang balik JB tinggalkan KL. Ni terbalik pulak :’(


Apapun, thankyou Muhammad Akmaluddin, boyfriend kesayangan yang sanggup datang sorang-sorang naik bas dari KL sampai JB, walaupun masa tu penat baru lepas balik kerja, terus datang sini, Sayang terharu sangat! Thankyou jugak sebab sama-sama teman Mak beli barang dapur, tolong Mak dekat dapur, tolong pergi ambil barang dekat rumah Mak Cik Bedah, tolong cari tempe dekat pasar malam, tolong angkat angkat barang, tolong carikan gula gula hacks untuk Mak sebab Mak batuk.. err banyakkkk lagi lah yang B tolong sampai Mak pun cakap,
“Terima kasih Allah SWT sebab datangkan Akmal ke sini”
Semua sayang B tau. Semua terima B. Kita sama-sama kena ada effort untuk pertahankan hubungan kita ni tau, I love you :*
P/S: Akmal sukaaaa sangat makan dadih yang I buat! *bangga*

