05
Sep

Menyambut kepulangan anak

Posted under Family 14 Comments

Salam.

Baru tujuh hari tak update blog, tapi rasa macam dah tinggalkan blog berbulan ke bertahun entah. Sebenarnya nak cakap ‘rindu’ tapi malu. HAHAHAHA. Macamanalah tak terabai sekejap blog kesayangan ni, menyambut kepulangan anak-anak T_____T

IMG00013 20100829 2327 Menyambut kepulangan anak

IMG00014 20100830 0528 Menyambut kepulangan anak

Anak-anak buah. Setelah berkomplot dengan adik-beradik, akhirnya berjaya membuat Mak surprise comel-comel. Akak tak dapat balik berpuasa dengan Mak, jadi dia hantar anak-anak kesayangan balik kampung naik bas sendiri, eh bukan bukan. Angah, Abg Azam dengan Syafi yang bawak pulang cucu-cucu Mak, terima kasih semua T__T

IMG00039 20100831 1516 Menyambut kepulangan anak

Ada seorang aunty yang very niceĀ  ( tiba-tiba ). Membawa anak-anak buah pergi beli belah dan berjaya mengatasi sesi perebutan lolipop (?) antara dua beradik. Nasib baik bukan rebut rojak, lolipop yang besar warna warni itu okay takpa lah. Tiba-tiba anak buah perempuan tertidur di atas peha seorang aunty yang nice tadi. Orang ramai lalu lalang tengok anak perempuan tertidur, anak lelaki sedang makan lolipop, mommy dan daddy sedang bermain handphone masing-masing dan orang ramai tadi mestilah berkata dalam hati, “Anak dah tidur pun tak reti nak balik”. LOL.

Siapa aunty yang very nice itu tadi? Eh, siapa lah kalau bukan cik puan kepada blog?

Eh lupa nak cerita. Ahmad Haikal ( anak buah lelaki ) tiba-tiba cakap dekat Uncle Syafi, “Uncle, Ahmad Haikal nak bumblebee tau”. Nasib baik Uncle Syafi itupun nice jugak. Oleh yang demikian, pergi Singapore cari Bumblebee tapi tidak ditemui. Akhirnya pergi Jusco Bukit Indah yang dekat pun dah boleh jumpa.

IMG00028 20100830 1630 Menyambut kepulangan anak

Ini yang paling besar, ada lagi bumblebee lain yang kecil sikit. Yang paling besar ni harga dia RM59.90 ( mahal jugak lah kan since bumblebee yang kita harapkan boleh bertukar kepada kereta, asyik tak berjaya tukar saja ), Uncle Syafi terus kata “Ambil yang ini. Tak apa mahal sikit untuk anak buah kita”. Eh? Anak buah kita tau.

IMG00015 20100830 1012 Menyambut kepulangan anak

Tapi dua-dua beradik dah balik hari Selasa bersamaan dengan Hari Kemerdekaan negara tercinta. Selepas itu, cik puan kepada blog terus dilanda demam teruk. Selesema, sakit tekak dan migrain dan batuk dan semua penyakit nak datang jugak macam dah mula beraya nak main singgah-singgah. Hari ini dah macam nak sihat, harap-harap lah!





29
Aug

HIDUP SEORANG BLOGGER II

Posted under HIDUP SEORANG BLOGGER 18 Comments

Salam.

HIDUP SEORANG BLOGGER yang sentiasa berkeinginan tinggi terhadap sesuatu terutamanya gadget baru ( handphone, laptop dll ), akan mementingkan wang. Dan sementara wang yang terhasil daripada blog akan digunakan untuk memenuhi keinginan tersebut. Ramai beranggapan, blogger yang mencari ‘ duit tepi ‘ daripada blog adalah desperate. Desperate yang dimaksudkan adalah apabila blogger itu sentiasa memantau traffik blog beliau.

HIDUP SEORANG BLOGGER yang mempunyai keinginan itu akan terus memastikan earning daripada pihak pengiklan sentiasa bertambah. Lagi banyak, lagi gembira. Biasalah, siapa yang tak gembira bila dapat duit? Biasanya, blogger jenis yang kutuk-kutuk blogger yang cari ‘ duit tepi ‘ melalui blog ni, adalah penuh sifat hasad dengki dengan rezeki orang lain ataupun beliau dilahirkan dalam keluarga yang berada, duit berlambak-lambak di depan mata. Hehe.

HIDUP SEORANG BLOGGER yang mengumpul duit daripada blog itu meneruskan blogging dengan hati kental. Tidak kisah orang mengata tentang kehidupannya yang sentiasa mencari traffik untuk blog. Apa yang nak dikisahkan selagi beliau berusaha sendiri? Cek buffered earning/CPM pada setiap pagi, ala come on lah, kebanyakkan orang yang letak iklan di blog pun akan buat benda yang sama, ye tak? Tipulah kalau nak kata tak ambil kisah langsung kan? Tak perlu hipokrit, biarkan saja blogger-blogger yang mencari ‘ duit tepi ‘ melalui blog, rezeki datangnya dari Allah SWT dengan hasil usaha kita sendiri.

HIDUP SEORANG BLOGGER

Image by : Google

HIDUP SEORANG BLOGGER seperti saya, secara jujurnya mengakui saya juga selalu mencari idea untuk mendapatkan traffik apabila buffered campaign/CPM sedang berjalan. Bukan itu saja, malah sepanjang buffered campaign/CPM berjalan, saya juga akan cek earning pada setiap pagi selepas bangun tidur. Maknanya saya adalah seorang yang fikirkan duit 24/7? Oh, itu sudah semestinya, hehehe.

HIDUP SEORANG BLOGGER yang ingin lebih maju menggunakan domain dan hosting? Tidak semestinya! Sudah banyak blogger berjaya tanpa domain name ( .com , .net , .my dll ) dan tanpa self-hosted. Buktinya, blog Kb-Mall-Runtuh dan Irene Nadia dianggap sangat berjaya.

HIDUP SEORANG BLOGGER yang update blog tentang tips mesra SEO dianggap sampah? Itu bagi kamu, yang tidak perlukan tips tersebut, jadi kita bagilah peluang pada orang yang memerlukan tips tersebut untuk baca. Tak apa kan? Janganlah ada sedikit yang tidak puas hati akan berterusan tidak puas hati. Manusia ni ragamnya lain-lain. Kalau kamu nak semua orang penuhi citarasa kamu, memang sampai bila-bila lah takkan dapat!

HIDUP SEORANG BLOGGER banyak lumrahnya. Tak semua orang suka dengan gaya penceritaan kita. Macam saya, ramai yang tak suka cerita-cerita yang ada di blog ni, nak nak lagi kalau kisah cinta kot? Mungkin akan jadi bosan dan jemu. Yelah, siapalah yang suka baca kisah cinta orang lain kan? Hehe. Tapi, saya kuatkan semangat untuk terus berblogging kerana ada juga readers yang masih menghargai blog ni, ada juga beberapa kali dapat email kata-kata semangat dan nasihat untuk saya di alam blogging ni.

HIDUP SEORANG BLOGGER haruslah ingatkan diri masing-masing, bahawa sampai bila-bila pun kita takkan mampu puaskan hati semua pihak. Itu prinsip saya dari dulu lagi.

Entri ini adalah entri wajib kedua ( yang terakhir ) untuk contest SEO – HIDUP SEORANG BLOGGER yang dianjurkan oleh saudara Denaihati yang pemurah dan hadiah ditaja oleh eQurban. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk menyertai contest ini, keputusan kita nantikan dengan penuh sabar, manalah tahu kalau rezeki berpihak pada saya? Hehe. Apapun ilmu SEO yang saya ada tidaklah sehebat mana, sekadar mencuba.





Page 2 of 27412345102030...Last »