Archive for the ‘Wedding’ Category

09
Feb

Raja Sehari : Pink and grey wedding

Posted under Family, Friends, Wedding 33 Comments

RABU – 02022011, bermulalah kehidupan kakak kedua sebagai seorang isteri. EH apasal pulak ayat I jadi skema terlampau ni? Sekarang ni biasalah, lelaki lelaki dah terror, sekali lafaz je. Hihi. Masa dah sah tu, I tengok Mak dengan Kak Cujie menangis. Sebagai perempuan yang dah takda perasaan ni, I tak menangis pun, bergenang sikit je airmata. Tough gila kan? Heh heh heh.

Ramai yang cakap, “Kakak kakak dah selamat dah, lepas ni giliran awak pulakkk”. Rasanya dalam masa dua tiga hari tu macam nak pekak telinga dengar soalan yang sama. Jawapan I, biasa ah, standard artis artis, “Lambat lagi, calon pon belum ada ni”. HAHAHAHAHA. Lepas tu semua buat muka tak percaya. Dah tu, kalau ada boyfriend, mestilah boyfriend datang wedding kakak I tu kan? TAPI TAK ADA, maknanya memang tak ada lah, ggrh.

KHAMIS – 03022011.

Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir Aras 2, Wisma Sejarah

Pelamin yang I idam-idamkan dulu. SEKARANG??! Pelamin anganku musnah T___________T

Yiyin, Me & ZueZoey

Me & Syafa (Yiyin’s sister)

Yiyin, Me & Anne

Thankyou for cominggggg. Tahu takkkkk, kitaorang bergambar dekat depan pelamin ambil masa yang agak lama. Lepas satu satu camera okay, dah macam artisssss. Ahahahaha. I ingat nak tunggu gambar dari DSLR Yiyin baru update entri ni, tapi macam lambat je lagi nak dapat, hik hik :P

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, ramai juga orang datang walaupun cuti CNY, ramai balik kampung. Kalau terror, cuba cari AnneKay dalam gambar atas ni. Siapa jumpa, dia comel. Thanks to my housemates, Anne & Meilin sebab sudi datang. And Anne, yang makeup kan I, susah payah nak makeup mata I yang berkerdip kerdip ni. Kesian dia tahan sabar je tau. Hwaaaa susahnya nak hilangkan fobia mata tu :(

Mia, Kak Cujie, Mak & Me.

Thankyou juga dekat Mia yang banyakkkkkk sangat tolong I. Masa I lari pergi ambil kawan dekat Cheras untuk jadi photographer suka suka, Mia lah yang tolong cover cover I, ahahaha comel takkk, I lari sekejap lepastu semua orang cari I? LOL jahat gila aku. Makeup Mia pun by Anne jugak. Paling kelakar, malam sebelum hari sanding tu, Mia, I dengan Jira sanggup pergi downtown Cheras sebab nak inai tangan. LOLLLL.

Guestbook yang Anne dengan Meilin lupa nak sign HAHAHAHAHA. Yiyin dengan ZueZoey, awak sign takkk?

Me & Farah

Farah ni ingat tak? Dia lah perempuan gedik dekat Menara TM Batch 24 #Billing , hek hek. Tak sangka Farah dengan Ziel datang. Tapi ramai juga yang I sangka akan datang, tapi tak datang pun T______T Btw, thankyou Farah, lama juga lepak kat situ, gelak gelak dia satu dewan boleh dengar hehe comel. TAPI Farah dengan Meilin (my housemate) tak sempat jumpa, sebab Meilin dah balik dulu. Farah dengan Meilin tu roomate masa dekat Unisel dulu. Sekarang I pulak housemate dengan Meilin :D

Baju ahli keluarga I sama betul dengan pelamin, dah macam tenggelam terus kan?

Ahli keluarga sebelah arwah Abah yang datang dari Pahang. Saudara mara dekat Singapore semua tak dapat datang sebab tak ada cuti, CNY kan :( Btw, thankyou for coming.

PENGANTIN GEDIKKKKKK ; Tahniah tauuuu.

Penat jugak I dengan Mia angkut hadiah dari dewan bawak balik rumah. Fuhhhh, tapi alhamdulillah semua dah selesai. DAH DAH DAH, jangan tanya soalan yang sama macam dekat atas tu. Hal kahwin ni lambat lagi kita fikir, hati kita dah tawar tau (?). Suruh Mak je carikan jodoh. Okthxbai.

JOM TENGOK ENTRI YIYIN PASAL WEDDING NI ;)

13
Jun

Girls, I nak tanya ni

Posted under Fashion, Wedding 43 Comments

I baru balik dari kenduri kahwin.

Mesti baby Brella Mentari jealous dengan statement I pergi kenduri kahwin apatah lagi tengok gambar-gambar dalam entri ni. Sebab? Brella cakap dah lama tak dapat jemputan kahwin dan rindu nak makan nasi minyak. Hihi. Orang kata, bulan Jun adalah bulan mengawan, cis. Tak baik betul tau, I rasa macam kesian pengantin yang berkahwin bulan Jun ni, mesti macam segan bila orang gelarkan macam itu T___T

I suka warna tema dia. Hijau dan hitam. Selalunya orang buat hijau dan putih, macam Kak Cujie dulu. And and, I rasa macam terfikir, kenapa orang yang buat wedding kan macam taknak sediakan wifi? HAHAHA macam comel tak tiba-tiba I terfikir macam tu? Diaorang macam tak main tweet tweet ke? Tak Twitpic atau Tweetphoto ke? Hihihi. Orang pergi kenduri kahwin nak makan makan, kita sibuk nak live blogging atau tweet tweet :D

I tak sempat tengok pengantin tadi. Lepas perut dah kenyang, terus balik.

Adik ada kembar tiga. LOL, I suka pula ambil gambar guna ‘Panorama Mode’ baby E72!

I letak gambar mata I ni sebab nak tanya you guys something ni. Please jawab heh kalau you guys tahu, sebab I memang tak pandai bab make up -_____-” I tengok baby Anne Kay adalah sangat terror make up, siap jadi mak andam untuk her aunty. Eeeii I suka perempuan yang pandai make up, ada make up box bukan main besar dan macam-macam warna eyeshadow, blusher etc. Sekarang ni I nak tanya, macamana nak make up bahagian mata dengan betul? Tengok mata I tu, macam okay ke atau something nak diubah? Lagi satu, macamana nak pilih warna blusher supaya sesuai dengan kulit I yang gelap? Last question, macamana nak aplikasikan blusher dekat pipi? Ada orang ajar macam muncungkan mulut sambil pakai blusher, ada orang ajar senyum sambil pakai blusher pulak? Mana satu heh?

Thanks and hope you guys boleh jawab soalan I :)

Page 1 of 3123