Archive for the ‘Santai’ Category

09
Nov

#1 day Singapore

Posted under Family, Nuffnang, Santai No Comments

hello hello popeye the sailorman tut tutttt. hek.

i dah kembali dari bercuti. eceh. bercuti lah sangat. padahal setakat pergi negara jiran singapura tu bukan lah jauh sangat. naik flight pun tak. kecoh lebih lah perempuan ni, dah lah tak ayu. ehek. okay i dah balik semalam, dalam pukul 2.30pm sampai rumah tapi kepenatan sampai sekarang i rasa lagi. macam nak mengamuk sebab terlampau penat T_________T okay first day i dekat sana, hari sabtu. bila dah sampai ang mo kio, rumah mak mah, kitaorang terus pergi bersiap ikut mak mah pergi ang mo kio hub. uruskan cheque from cpf singapore yang diaorang semua tak dapat tunaikan dekat malaysia, i seorang je dah tunaikan and dah guna dah duit tu sikit.

lepas dah balik dari ang mo kio hub, kitaorang balik terus mandi and bersiap nak keluar balik. kali ni cousin i, abang ngah yang jadi pemandu pelancong kitaorang and merangkap photographer jugak. free package heh. mula-mula kitaorang pergi tempat merepek gila, pasar karat. jalan-jalan lepas tu terus gerak pergi bugis street. i yang request nak pergi bugis. bugis memang best, shopping baju, seluar, apa semua dekat situ ada, and yang penting, murah. hek.

lama jugak dekat bugis sampai kaki penat macam nak merangkak pulak lepas tu. i dapatlah grab sehelai leggings, dua helai baju, necklace and apatah lagi sumpah tak boleh nak ingat sebab masa tengah taip ni i still dalam mood yang penat (-___-”) tak cukup dengan penat berjalan dekat bugis, kitaorang pergi queensway shopping centre pulak. weh, time tu dah pukul 10pm kot, queensway pun dah tutup. boyfriend angah, abang azam dah kecewa dah sebab tak dapat nak beli kasut futsal malam tu jugak :P

okay kita semua kesian dekat abang azam sebab dia sebenarnya nak beli kasut futsal sala yang tak ada jual dekat malaysia. tapi tak bertuah malam nak buat macamana kan. so after berbincang nak pergi mana lepas tu walaupun penat dah menggila dah, sampai kaki pun dah rasa macam jalan atas angin, kitaorang decided nak pergi the merlion pulak. jeng jeng jeng.

tiba-tiba i rasa macam i ni salah seorang daripada pengikut nuffnang yang pergi award dekat singapore hari tu. eceh. tapi diaorang cakap diaorang susah cari makanan halal, i macam hairan sebab i rasa singapore macam malaysia jugak, bersepah tempat makan halal T____T bila dah sampai merlion, kitaorang ikut jalan-jalan yang area clarke quay, ikut tempat clubbing-clubbing tu. i lalu situ langsung tak bukak mulut untuk bercakap sebab bau arak kuat gila sampai i rasa macam nak termuntah dah.

masing-masing muka dah penat. i sampai tak larat nak senyum dah. tengok the merlion pun macam dah tak heran. dalam hati masih teruja tapi penat i tu buat hilang keterujaan. walaupun i dah banyak kali keluar masuk singapore, seriously this is my first time pergi the merlion. hari tu kakak-kakak i pergi sana tapi i demam and tinggal dekat rumah mak mah je. trr.

abang azam lah yang beriya sangat nak naik kerbau ni. bila dah naik kan i rasa macam tak tahu nak posing macamana. sebab ramai lagi yang beratur nak ambil gambar dekat atas kerabu kerbau ni. so i macam malu nak posing eceh.

okay gambar last untuk entri ni. i dengan adik i. tengok badan dia lepas tu compare dengan badan i T_________T fuhhh, lepas tu dalam pukul 12 lebih baru bertolak balik rumah. itupun kitaorang dah tak larat nak berbual dah dalam kereta.

and and, jalan-jalan kitaorang ditemani dengan gps yang i beli hari tu :D

04
Nov

Tips bercuti secara ringkas

Posted under Family, Fashion, Santai, Tips No Comments

tak lama lagi dah nak cuti sekolah. eh², entri tadi dah ada bagitahu kot. hish kenapa tak sabar ni?

okay sekarang i nak cerita pasal weekend akan datang. weekend ni i and family nak pergi masuk singapore (again) and insyaAllah kalau tak ada halangan, angah ajak pergi sentosa island. abang azam pun ikut sama. macam fun pulak kalau pergi lebih dari tiga orang. selalunya kan i masuk singapore hanya dengan mama and adik. so bila ada angah dengan abang azam, meriah lah sikit. i rasa meriah banyak kot sebab bakal abang ipar i tu suka sangat melawak. kejap kejap dia buat lawak. i rasa dia terbaik lah untuk jadi abang ipar i, insyaAllah.

okay i nak kongsikan tips berholiday. hihi. mana tahu kalau jadi pergi sentosa island, i boleh guna tips yang ambil dari intrend ini.

jangan bawa terlalu banyak alat solek

elak daripada membawa banyak alat solek sebab akan mengguna banyak ruang dalam bag. bawa apa yang dirasakan perlu sahaja. i rasa semua make up pun semua perlu. kalau tak perlu buat apa i beli, so i bawak jelah semua ye? hihi.

praktikkan solekan natural

bagi menyelamatkan keadaan, bawa palet solekan bernada natural. ia lebih sesuai untuk aktiviti riadah ataupun mood relaks semasa memperuntukkan masa percutian. bedak padat, gloss dan maskara sudah memadai. err. masa i tengok dolphin show nanti mestilah i makeup tebal² mana tahu dolphin terpikat (-___-”)

gambar original i sendiri ambil masa i tengok dolphin show dekat sentosa island, singapore. tengok pada orang yang depan tu tutup kepala pakai kertas pun dah nampak betapa panasnya cuasa masa itu :B i pulak pergi duduk yang paling hadapan pada masa itu sebab nak tengok dolphin secara dekat. tak duduk bawah khemah pun. i duduk atas pasir. serius i hebat demi record aksi dolphin =___=

hindari kulit menggelupas

sekiranya percutian di pulau dan banyak masa dihabiskan di tepi pantai (i pergi dolphin show nanti boleh pakai tips ini), aplikasi krim tabir suria pada seluruh bahagian badan yang terdedah pada cahaya matahari. jangan pakai sebarang solekan kerana ia menyebabkan kulit menggelupas. oh maknanya i tak boleh makeup untuk tengok dolphin show nanti T________T

hindari kulit berminyak

jika kulit you guys jenis berminyak, hindari solekan tekstur minyak seperti bedak asas ataupun bedak padat. gunakan solekan unsur debu ataupun pusam bagi mengurangkan produksi minyak pada wajah. (asyik-asyik hindari solekan. pergi pantai nak camwhoring pun tak cantik lah nanti. muka kusam tanpa solekan lepas tu tangkap gambar macam suruh orang ucap takziah) hmp.

laughter is the best medicine

percutian pastinya lebih bermakna dengan senyuman dan gelak ketawa. perhebatkan senyuman dengan layangan gincu atau gloss rona lembut sebagai daya tarik sepanjang menikmati percutian. kalau tak pergi pantai pun, i memang orang yang suka ketawa tak berhenti. heh.

belaian hingga penghujung hari

setelah sehari suntuk menikmati aktiviti menarik (kalau menarik lah), di penghujung hari jangan lupa membelai diri dengan mencuci muka dan mengenakan masker. oleskan juga lotion pada tubuh (i tak suka pakai lotion sebab nanti macam berlengas) hahahaha

Page 4 of 10« First...23456...10...Last »