Archive for the ‘Santai’ Category

27
Dec

Singapore; day second.

Posted under Bersiar-siar, Driving, Family, Santai No Comments

second day bermaksud apa you guys? bermaksud last day jugak lah. tapi last day bukan last untuk forever heh. bweheheheh.

seronok gila bila dalam kereta, i duduk belakang macam mam besar. selalunya i lah bertungkus lumus pegang stereng, tekan minyak, tekan clutch, tekan brek, tukar gear, semua i T_____T tapi beberapa hari since angah balik jb, i kira bercuti daripada tugas sebagai driver. hikhik. bahagia betul. okay, actually we olls tak tidur pun dekat singapore. kitaorang balik rumah balik tau you guys. esoknya pulak, angah ajak pergi survey catering jb. so bila pergi, tengok ada wedding pulak masa tu. so abang azam ajak pergi ikea singapore. again, we olls masuk singapore. tapi kali ni ikut checkpoint tuas.

kalau dah hari cuti, memang hari cuti lah jawabnya. jammed tetap jammed. checkpoint tuas yang selalu lengang tu pun boleh jammed. tapi ikut checkpoint tuas ni mahal lah. sebab dekat tol tg.kupang kena bayar rm10.80. lepas tu autopass lagi T_________T

sesat dalam sejam lebih. round-round singapore. dari tuas nak pergi tampines pun sesat (-___-”) dah sesat jauh sangat, terpaksa pergi ikea bukit merah je. yang dekat dengan queensway tu. heh. dah tanya macam-macam orang baru jumpa ikea. hekk. guna gps pun macam tak faham jalan. jalan dekat singapore bukannya senang. signboard diaorang akan muncul bila dah nak dekat area tu je tau.

at lasttttttttttt; jumpa jugak ikea. kenoneng (pening) bila sesat. ikea ni tak lah besar sangat nak dibandingkan dengan ikea tampines.

haaaa punya pemalas tau you guys. tempek gambar je lepas tu buat muka tak bersalah. bweheheh. kalau you guys perasan, gambar ke empat tu, dia guna katil yang sama dengan ynaa. showroom dia memang buat i geram sampai berangan nak buat bilik macam ini, macam itu, bila dah kahwin nanti. pfffft.

shopping macam-macam jugak tapi biasalah kebanyakkannya kitchen stuff, takkan nak tempek letak sini you guys? T_______T

okay. one more thing. ada beberapa orang yang nak tanya i pasal nuffnang. so you guys yang nak tanya tu, boleh tinggalkan soalan dekat comment i heh. insyaAllah if boleh jawab, i jawab. hihi.

27
Dec

Singapore; day first.

Posted under Bersiar-siar, Family, Mobile Phone, Santai No Comments

yes. jumaat lepas i dengan family masuk singapore kejap. memang tak rancang nak tidur sana. so pergi dengan sehelai sepinggang. hihi. mulanya plan ni datang dari angah dengan abang azam lah. alang-alang dah ada passport, dekat pun dekat, so apa salahnya nak pergi jalan kan you guys.

bermula perjalanan dari nusa perintis ke woodlands. we olls pilih nak masuk ikut checkpoint woodlands sebab rumah mak long timah i betul-betul bersebelahan dengan checkpoint tu. if you guys biasa dengan singapore, mesti tahu area mana. hihi; area marsiling. we olls stuck dekat checkpoint dalam dua jam. you guys bayangkan, perjalanan yang boleh sekejap, jadi stuck almost dua jam? heh. jammed tak agak (-___-”)

dah sampai rumah mak long timah. memang rasa lega sangat bila dah masuk singapore. dah lah lepas stuck dengan jammed, we olls stuck masa nak swap autopass pulak. kena register baru lah apa. serious rasa macam menyusahkan. dah lah $10 (bermakna rm24.50 satu kad autopass) T_________T before ni we olls masuk tak ada pun kena swap autopass tu. maklong siapkan makan-makan and minum-minum petang, lepas tu we olls pun menjamu selera. ecewah. sebelum balik, we olls tunggu kak wati’s husband balik dari kerja dulu sebab nak tanya jalan. actually, navigation system i hantar kedai, update software.

memang susah rupanya if tak ada navigation system tu.

i terpaksalah minta tolong huda topupkan credit handphone i sebab urgent nak guna navigation system through handphone. thankyouuuuu huda! nasib baik handphone pun ada navigation system. kalau tak? T___T and at last sampai jugak we olls dekat bugis street tu. kak wati kata dari marsiling ke bugis tu boleh sampai dalam setengah jam, we olls tersesat-sesat sampai satu setengah jam heh.

fuhhhh sales jangan cakap lah. memang sales gila gila gila punyaaaaaaaa. christmas, end year sales. bestttttttt.

after shopping, we olls pun balik jb balik. tapi balik ikut checkpoint tuas. lancar. tak ada stuck langsung. phew.

btw; you guys dah tengok paranormal activity tak? i dah tengok semalam. if you guys lemah semangat please jangan tengok. i pun sangat sangat menyesal sebab tengok. sekarang nak mandi pun takut. pfffft. malam ni confirm tidur dengan mama. serius.

Page 3 of 1012345...10...Last »