Archive for the ‘Santai’ Category

20
Aug

Kuasa keyword dalam blogging

Posted under Nuffnang, Santai 39 Comments

Tengok tajuk je terus rasa nak muntah kan? Padahal ilmu tentang keyword dan SEO ( Search Engine Optimization ) pun belum mendalam, masih suam-suam kuku atau senang cerita, tak reti apa lagi, merangkak pun belum. Hehe. Macamanalah agaknya nak dapatkan tempat di Google nanti untuk SEO Contest – Hidup Seorang Blogger. Takpa, rezeki itu datang dari Allah SWT, kalau takda rezeki tu, mungkin lain kali. Untuk kali ini, kita berusaha.

Semalam (19 August 2010), bermula dari 12am sehingga 11.30pm, keyword hits yang tertera pada analytics Nuffnang adalah seperti di bawah:

Agaknya keyword apalah yang meletup sangat tu kan? Dalam masa kurang 24 jam, satu keyword berjaya meraih 440 hits. Alhamdulillah, ada juga rezeki untuk buffered earning meningkat. Actually keyword tu bukanlah isu semasa sangat pun.

Masih lagi mempelajari ilmu keyword, backlink dan SEO. Tak pandai lagi nak buat strategi untuk blogging, tapi I update macam biasa je pun, bukanlah 100% nak kejar traffik. Eh, tipulah kalau kata tak nak traffik langsung kan? Kalau tak nak, buat apa pasang advertisement dalam blog? Hehe. Cuma berpada-pada lah! InsyaAllah.

P/S: Masih ada lagi dua puluh hari berpuasa kan? Sekejapnya masa berlalu.

31
Jan

Jom jom order jom!

Posted under Bersiar-siar, Craft, Family, felt fabric, Santai 1 Comment


Oh hello hello loves,

Semalam I pergi Singapore balik hari. Dalam sehari tu, I dengan family dapat pergi Cosway, pergi NTUC Ang Mo Kio hub, and pergi Ang Mo Kio central. Padahal satu hari tu singkat je kan. Sampai Ang Mo Kio pun dalam pukul 1pm macam itu. Balik JB balik dalam pukul 5.30pm. Bayangkan dalam masa beberapa jam tu weols pergi beli itu dan ini dekat tempat yang lain-lain. Pfft.


Actually, dari rumah I ke Singapore ikut Tuas Checkpoint je. So tak lah jauh sangat. Masa dekat Cosway, I buat muka boring je. Mama dengan Angah pilih itu, pilih ini. I pulak macam apatah duduk tercanguk dekat kerusi tu. Nasib baik ada kerusi untuk duduk. Heh. Dah balik dari Cosway, weols balik rumah Mak Mah balik. Lepas makan, Mama nak pergi NTUC beli barang dapur.


Pelik tak, orang Malaysia shopping dekat Singapore? HAHAHA Singapore tengah sales banyakkkkkk sebab nak Chinese New Year ni. Satu family borong sampai dua tiga troli. Blergh. Bersesak-sesaklah troli. Angah I nak tolak troli pun takut. Bukan takut terlanggar barang, tapi takut terlanggar kaki gebu gadis-gadis yang pakai hot pants tu. Kalau dah langgar kaki diaorang and calar kang satu hal pulak.

Lepas tu kan, I merengek dengan Mama, I nak felt T________T Well, dekat JB susah nak cari semua warna. Ada online shop pun mahal macam H9*846^$#2 pffft! Berbeza kalau beli and borong sendiri cuma kena pandai cari kedai je. Tapi kalau uols tanya I dekat kedai macamana ada jual felt tu, for sure I akan jawab “Dekat kedai yang jual felt lah” HAHA sebab I sendiri pun bukannya tahu sangat. Kena pandai survey and mulut tu ringan-ringan sikit nak tanya heh.


Bertambah lagi koleksi felt I. Warna pink tu macam warna candyfloss kan. Jom makan. Bweheheheh. Actually, ada banyakkkk lagi warna dekat situ tapi tak apa, next time I boleh tambah lagi stock since dah tahu kedai dia dekat mana and seller pun sangat nice. Semua warna basic pun I dah ada sebenarnya. Tapi saiz besar lepas tu harga cuma $1, apalagiiii beli jangan tak beli. Tapi kos nak masuk Singapore tu macam kira okay lah kalau nak beli online pun. Tapi lebih puas hatilah kalau beli sendiri (Taktahu lah berapa banyak tapi dekat situ)


I dapat beli borong jugak phone strap ni. Tapi semua warna hitam. Senang nak match dengan warna apa-apapun. So kalau uols nak order felt names nak letak dekat phone pun dah boleh sangat dah.


Ribbon pun dah makin cantik dah. Kalau beli online ni, semeter je dah RM2.50 ba:{pak#$ma%hal540gi@la HAHAHA T_______T Jom lah order cepatlah apa lagi. Email I cepat and bagitahu nak yang macamana and nak buat nama apa and lepas tu baru I boleh kira harga. Jangan worry lah I tak caj mahal macam nak cekik darah. Takkk. Takkan punya. Berbaloi lah dengan harga material yang berkualiti siap import-import lagi :D Itupun I ambil upah sikit gila tak banyak pun.

Okay dah takyah banyak cerita. Jom jom email I order felt banyak-banyak lepas tu ada free gift. Heh heh.

Page 2 of 1012345...10...Last »