Archive for the ‘Santai’ Category
Jan
Satay Station Setiawangsa
Selamat pagi (kalau baca time pagi lah), LOL.
Sekarang ni hampir setiap malam jadual dah penuh dah. Kelmarin pergi McDonald, semalam pergi Satay Station, hari ni tak tahu lagi apa hehehe. Misi untuk duduk rumah adalah tidak berjaya apabila ada perasaan tidak aman duduk di rumah.

Pada malam tadi yang sungguh bahagia dan indah sekali, Cik Mia kita ni offer nak belanja satay. Dan tempat pilihan kami adalah cuma di Satay Station Setiawangsa, sebelah Sekinchan Ikan Bakar tu. Semalam tak pergi jauh jauh sebab Cik Jira kita kata nak balik sebelum pukul 10pm (tapi misi balik seawal jam 10pm adalah tidak berjaya sama sekali). Dusta dan ramalanku benar belaka.
Btw thanks Mia sebab belanja kitaorang, kau kerja siang malam memang untuk belanja kitorang makan tiap tiap bulan tau. Hahahahahaha.

Order satay daging 15 cucuk, satay ayam 15 cucuk, pastu setiap sorang makan dalam 8 cucuk je. Yang lebih Mia bungkus bawak balik.

Perut kenyang, hati pun baru lah nak senang senang sikit, pergi kedai cari topup Hot Ticket RM15 takda. Arghhhhh. Haritu merata-rata semua kedai jual Hot Ticket RM15, sampai nak beli topup nilai pun tak ada T____T Sekarang ni terbalik pulakkkk, wtfish.
Hipotesis tentang makanan : Semakin sikit kuah diberi, semakin cepat kuah habis.
Hipotesis tentang air : Semakin masam air itu, semakin rasa nak marah.

YAY kami kalau keluar bertiga pun dah happening dah, tak perlu ramai ramai pun. (Pffft, padahal kalau ramai lagi happening tau) T______T
P/S: Lepas hantar diorang balik, I pun balik rumah. Tapi pukul 1.30am ada orang SMS ajak pergi uptown Danau Kota. Hiks. Pukul 3am balik rumah, tidur. Pagi tadi Angah kejut mintak tolong hantar pergi kerja jalan jem sebab hujan, okay fine itu sahaja cerita setakat ini. kTenksbai.
Nov
Tempat apa yang best dekat KL?
Happy Monday T___________T
Asal Monday je nak buat muka ‘ T__________T ‘ tu kan. Oh macamana dengan weekend? Haih, boring. Kalau takda weekend pun takpa. Hari Sabtu pergi lepak lepak dengan Mia. Lepas tu macam boring tak tahu nak pergi mana, terus hantar Mia balik rumah. Jiera pun takda, balik kampung.
Tak dapat nak release tension. Gggr.

Semalam ingat nak release tension jugak, tapi still boring. Tapi not bad lah, nak dibandingkan dengan hari Sabtu tu. Semalam dapat jugak lepak lepak dekat taman KLCC tu. Lama jugak tak lepak situ. Last dua tahun lepas kot. Lepak tak sampai sejam pun, lepas tu decided pergi makan.

Ehem ehem. Mia dengan ‘kawan’ baru dia, Amat. Kira okaylah, kasi restu. Muka pun lebih kurang je. Hik hik hik.

Chicken chop

Mee bandung

Fries
Actually ada makan Char Kuey Teow semalam tapi lupa nak amik gambar. LOL nampak sangat dah lapar.

Lepak lepak makan dekat Taman Dagang, Ampang. Best jugak tempat tu, lepas ni nak pergi lagi. Makanan pun not bad. Sepanjang dua tahun I tinggalkan KL, takda ke tempat relaks relaks nak tenangkan fikiran? Balik balik orang pergi Titiwangsa, balik balik orang pergi iCity, balik balik Bukit Ampang, balik balik tergolek (?) macam dah boring je T_______T
Agaknya betul lah orang kata, KL memang tempat stressed. Kalau nak tenangkan fikiran, kena pergi bercuti (?).
P/S: Gambar owner blog takda since muka serabut teruk!

