Archive for the ‘Tutorial’ Category

09
Jun

Tutorial : Cara membuat watermark comel

Posted under Tutorial 52 Comments

Siapa yang rekues tutorial watermark?

Hai semua. Hari ini I nak tunaikan rekues beberapa readers yang minta ajar macamana nak buat watermark comel. Kalau watermark tulisan tu memanglah semua orang pun boleh buat dengan senang kan? Nak buat tutorial cantik comel sikit (ehem) bolehlah baca dan fahamkan tutorial ni. Mula-mula sekali, tutorial ini memerlukan dua software penting. I sertakan sekali link untuk download dua software tersebut heh.

Adobe Photoshop – Download
Photoscape – Download

Lepas dah download dua software tersebut, korang semua dah boleh senang hati pergi buka Adobe Photoshop. Actually, I guna Adobe Photoshop CS4, tapi link download yang I bagi tu adalah Portable Adobe Photoshop CS5. I rasa lebih kurang je. Kot. Hihi.

1) Buka Adobe Photoshop. Pilih Menu > File > New dan popup window seperti gambar dibawah akan keluar.

Pada ‘Width’ dan ‘Height’, boleh tentukan saiz watermark korang. Jangan lupa, pada Background Contents tu mesti pilih ‘Transparent’ tau. Click OK.

2) Pilih icon ‘T’ pada toolbar untuk meletakkan text. Contohnya; Image by;.

Pergi pada Layers box dan double click pada layer ‘Image by;’ tersebut (seperti gambar dibawah).

Window popup akan keluar dan sila ikut arahan. 1,2 dan 3.

Ini adalah text yang telah ditambah ‘Stroke’.

3) Pilih icon ‘T’ pada toolbar untuk meletakkan text. Contohnya; abc.com

Pergi pada Layers box dan double click pada layer ‘abc.com’ tersebut (seperti gambar dibawah).

Windows popup Layer Style muncul. Ulang cara-cara untuk tambah ‘Stroke’ dan setelah selesai, double click pula pada layer ‘Gradient Overlay’. Pilih jenis warna yang dikehendaki. Jangan tutup window popup dulu.

4) Double click juga pada ‘Drop Shadow’ dan tukar % ‘Spread’ dan ‘Angle’ mengikut citarasa korang. Click OK. Well, dekat Layer Style ni ada macam-macam style yang boleh dilakukan pada text korang tu, ikut kreativiti lah okay?

Dan ini adalah contoh watermark yang terhasil.

5) File > Save as.

Make sure buat format as .png.

6) Sekarang dah boleh tutup Adobe Photoshop dan buka pula software Photoscape. Pilih Editor, cari gambar yang mahu di edit. Click pada tab ‘Object’ dan cari icon seperti gambar di bawah, pilih More. Cari watermark yang telah di saved sebagai .png tadi.

Done.

P/S: Tutorial ni banyak sangat step tapi sekali je, lepastu bila nak update post baru, bolehlah guna Photoscape je untuk tambah watermark dalam gambar.
P/S/S: Ingat, baca dan fahamkan. Jangan cakap susah, susah, susah je.

01
Jun

Tutorial: Tukar warna highlight text dan plugin facebook ‘like’ button

Posted under Tutorial 21 Comments

Hai. Hari ini I ada hati yang baik (perasan) nak buat tutorial. Tutorial kali ini simple sahaja. I dah tanya dekat friendpages Facebook, tapi ada beberapa orang je yang request tutorial dekat situ. Niat nak buat tutorial ni bila ada orang email dan minta I ajarkan cara nak tukar color bila highlight text. Contohnya macam gambar ni:

Text selection color

Cara tukarkan warna highlight text.

Untuk pengguna Blogspot, macam biasalah you guys kena pergi Dashboard > Layout > Edit HTML. Then letakkan code dibawah ini pada mana-mana saja dalam HTML code tersebut.

::-moz-selection{
background:#000000;
color:#FFFFFF;
}

Pengguna WordPress juga boleh gunakan code di atas dan letakkan code tersebut dimana-mana pada style.css. By the way, you guys boleh tukar color code tu ikut warna favourite lah ye. Untuk color code, I suka pergi sini.

Plugin ‘Like’ button

Tutorial ini pula request daripada Ayong. Disebabkan Ayong adalah wordpress self-hosted user, I ajar cara untuk wordpress user lah eh? Kalau blogspot user tu dah banyak sangat tutorial sana sini, tapi I nak recommend tutorial dekat blog kawan baik I ni.

Actually, ada cara manual tau untuk ‘Like’ button ni. Tapi I dah tak ingat camana entah Cik Chokilala ajar dekat shoutbox. So I bagitahu nama plugin yang I guna jelah ye? Hihi.

like button

Nama plugin button ‘Like’ ni adalah FBLikeButton. Click sini untuk install. Credit untuk Liliana Mardiana sebab bagitahu I pasal plugin ni. UPDATE ; Ini tutorial untuk buat secara manual :)

Simple kan tutorial I kali ni? Siapa suka atau tak suka, boleh LIKE. Tak kira, I paksa :P Siapa nak request tutorial, bolehlah contact I dekat friendpages Facebook I.