Archive for the ‘Tips’ Category

14
May

10 cara mudah untuk meningkatkan kedudukan Alexa rank

Posted under Tips 29 Comments

Hai selamat pagi.

Hari ini I nak buat entri sharing is caring. Setelah dua minggu lebih I sibuk cari blog-blog webmaster yang bagi tips untuk meningkatkan alexa rank. Before I baca blog webmaster ni, I memang tak faham langsung apa itu alexa rank. Dan I juga tak faham kenapa orang lain berlumba-lumba nak mencapai alexa rank ditahap yang tinggi. Bila dah jumpa banyak blog webmaster, I cuba praktikkan tips yang mereka bagi pulak dan mula faham kegunaan Alexa rank.

Apa itu alexa rank?

Alexa rank adalah sistem kedudukan berdasarkan tahap kunjungan ke laman blog/web masing-masing dari seluruh dunia. Lagi rendah alexa rank, adalah bermakna blog/web korang adalah di tempat yang tinggi. Dan jika alexa rank adalah berjuta-juta, itu bermakna korang perlu mengikuti tips ini.

Kenapa korang perlu meningkatkan alexa rank?

Sebagai contoh, ada pengiklan yang nak letak iklan di blog/web korang. Korang meletakkan harga sesuka hati tanpa tengok dulu kedudukan blog/web korang dalam alexa rank. Bila kedudukan blog/web korang tak membantu pengiklan tersebut, mestilah pengiklan rasa macam rugi. Betul tak? So, dia akan tengok alexa rank korang, rupanya berjuta-juta, so secara automatik, dia rasa tak nak dah letak iklan dekat blog/web korang dan rasa rugi sangat. Ini contoh saja ye.

Raracandyfloss.com alexa rank

Ini adalah kedudukan Raracandyfloss.com dalam alexa rank. Daripada berjuta-juta, dah jadi 812,215 dalam masa beberapa hari. Alhamdulillah. Dulu masa pakai blogspot, alexa rank dah mencapai tahap tinggi juga sebenarnya, tapi I tak menyesal pun sebab bila dah guna wordpress self-hosted, barulah ada kick untuk kejar alexa rank. Yalah, dah berdiri atas hosting sendiri kan, lagilah best nak bersaing.

Increase Alexa Ranking

Ini adalah beberapa tips untuk meningkatkan alexa rank yang ternyata berkesan.

  1. Pasang Alexa toolbar – ada addons Alexa toolbar untuk Firefox. I rasa majoriti blogger adalah memakai browser Firefox kan. Install Alexa toolbar pada Firefox dan jangan lupa set kan url blog/web pada homepage browser.
  2. Memasang widget kedudukan Alexa – Letak code Alexa pada sidebar blog/web. I juga menggunakan cara ini dan berkesan ya. Baru beberapa hari pasang, blog I terus berada diperingkat kedudukan bawah sejuta. Oh, jangan lupa claim blog/web korang dekat website Alexa ye.
  3. Galakkan orang lain untuk install Alexa toolbar, terutamanya readers blog/web korang.
  4. Bekerja di office atau syarikat sendiri? Kalau boleh set kan url blog/web pada semua homepage dekat komputer yang ada. Tapi kalau blog personal macam I ni, mustahil kan? Kalau ada kawan-kawan yang kerja dekat cyber cafe pun boleh minta tolong diaorang set kan url blog/web korang pada setiap homepage browser komputer. Hehehe upah lah sikit kan.
  5. Dapatkan kawan-kawan untuk review dan menilai profile blog/web korang dekat website Alexa.
  6. Buat entri – Membuat entri tentang Alexa. Webmaster atau blogger suka membaca tentang cara-cara untuk meningkatkan kedudukan Alexa mereka. Mereka akan link kepada url blog/web anda dengan memberi kredit. Ini secara berperingkat mempunyai kesan pada peringkat Alexa korang.
  7. Membuat entri juga berkaitan dengan webmaster. Hal ini boleh digunapakai dalam kategori domaining dan SEO, dua bidang dimana sebahagian besar webmaster yang telah memakai Alexa toolbar akan masuk ke blog/web korang.
  8. Register dugg atau stumbled – Hal ini biasanya membawa sejumlah besar pengunjung ke blog/web korang dan jumlah itu akan mempengaruhi kedudukan blog/web korang dalam Alexa juga.
  9. Iklan – Banyakkan membeli tapak pengiklanan di blog/web yang ramai pengunjung, ia juga sangat membantu dan mempengaruhi kedudukan Alexa.
  10. Gunakan Facebook atau Myspace – Share kan link post terbaru di Facebook atau Myspace. Bagi I, I share dekat Facebook saja, Myspace dah berkurun tak log in. Hehe.

Credit to: DoshDosh & budak ni

Okay cukuplah 10 cara ini yang I boleh kongsi, dimana I sendiri praktikkan cara ini dan berkesan. I bukan mengejar populariti blog tapi bila dah terjebak dengan kegiatan kejar mengejar kedudukan dalam Alexa rank ni, I dah mula rasa keseronokan berblogging dengan wp self-hosted!

05
May

Tips untuk menjadi pasangan yang disayangi

Posted under Tips 2 Comments

Kebahagiaan itu indah. Tapi, tak semua pasangan yang bercinta bagai merparti dua sejoli, pinang dibelah dua dan burung gagak sama-sama hitam (?) adalah bahagia. Kadang-kadang kita tengok pasangan tu macam happy je, macam tak pernah bergaduh atau salah faham, tup-tup kita dapat tahu diaorang dah putus. Tak ternganga korang? Haaa. Itulah yang I maksudkan. So kalau korang tengah bercinta dan nak bahagia, korang kena lah selalu menjadi yang terbaik. Sometimes memang korang akan rasa macam situasi ni.

Asyik aku je nak kena faham dia, nak kena ambil berat pasal dia, dia tak pun. Perasaan aku, bukannya dia tahu macamana. Bila aku merajuk, dia buat tak tahu saja.

Tapi selalunya, awal-awal bercinta bolehlah nak pujuk memujuk berkasih sayang tak ingat dunia, tapi bila dah lepas dua tiga tahun, korang ingat senang nak dapat macam awal-awal bercinta? Heh. Melainkan kalau korang dengan pasangan korang tu amalkan tips yang I akan bagi ni.

Happy couple

  1. Rela untuk mengalah – Korang boleh menangi hati pasangan korang tu kalau korang ada sikap ni. Bila korang amalkan sikap ni dalam hubungan tu, kemungkinan besar pasangan korang pun akan selalu mengalah juga. Jangan terlalu ego, walaupun bukan salah kita. Tapi kena ingat, jangan pulak mengalah dengan semua situasi. Kena pandailah membaca situasi. Jangan pulak kalau ada orang nak mengorat pasangan korang tu, korang terus bagi. Tu bukan mengalah heh, tu gila nama dia.
  2. Mahu untuk meminta maaf dan akui kesilapan – Tak perlu nak ego sangat dalam hubungan. Mula-mula masa cinta baru nak berputik tu bolehlah. Tapi kalau macam I cakap tadi dah dua tiga tahun nanti macam boringlah. Kalau betul salah kita, minta maaf dan akui je kesilapan tu, tak luak mana pun. For sure pasangan korang tu akan lebih sayang dekat korang.
  3. Ucap cinta – Selalulah bagitahu pasangan korang tentang perasaan korang. Jangan buat dia tertanya-tanya dalam hati macam “Betul ke dia sayang aku?” . Sentiasa bagitahu yang korang sayangkan dia, atau rindu, atau tak boleh kehilangan atau apa-apa lah. Takkan ayat manis pun nak kena ajar?
  4. Berpenampilan menarik – Maksudnya, sentiasa kemas. So secara tak langsung, korang akan buat pasangan korang tu bangga sebab memiliki korang, nak kenalkan dekat keluarga, saudara mara, kawan-kawan pun tak lah malu.
  5. Memiliki kejujuran – Ini hal mutlak yang semestinya ada dalam setiap perhubungan. I yakin if takda kejujuran dalam hubungan, takkan kekal lama. Terlalu berahsia boleh buat hubungan jadi retak. So kena ingat, ketidakjujuran itu adalah identiti pengkhianatan.

Hubungan kasih yang ada dalam hidup kita adalah diibaratkan tanaman yang harus dijaga. Semakin kreatif kita jaga, semakin rajin kita bagi perhatian, hasilnya pun adalah baik!

Page 2 of 1512345...10...Last »