Archive for the ‘Tips’ Category

24
May

10 sebab hubungan tak mampu bertahan

Posted under Tips 8 Comments

Hello people :)

Siapa yang sedang bercinta atau sedang ingin bercinta? Err.. Atau yang sedang menghabiskan sisa sisa cinta? Eee kalau boleh, elakkan lah daripada mengakhiri sesuatu perhubungan tu.

“Every relationship has its own problems, but what makes it perfect is when you still want to be there when everything sucks.”

So yeah, jom kita tengok sebab-sebab hubungan tak mampu bertahan, and who knows kita boleh elak benda benda camni kan?

1. MENIPU

Kunci utama dalam hubungan kan adalah kepercayaan. Dari awal hubungan tu kepercayaan tu mesti ada. So kalau ada something spoiled, then untuk beri kepercayaan tu kali kedua, confirm macam dah tak best kan? Admit it, percaya tu still ada cuma hubungan tu dah mula ada keraguan. For sure lah cam boring kan? Elakkan dari menipu. Sebab menipu ni ‘pembunuh’ utama dalam hubungan. Walaupun cubaan menipu tu konon konon cam “Alahh benda kecik je”, PLEASE DON’T DO IT. Sebab benda remeh mana pun akan boleh jadi besar. Beware.

2. HARAPAN/KEBEBASAN

Biasanya, perempuan yang suka berharap ni. Berharap agar lelaki macam bagi perhatian dan kasih sayang. Kan? Same goes to me. Tapi kita sebagai perempuan ni kena faham ada lelaki yang memang jenis caring, kau tak payah berharap pon, dia akan caring dan tunjuk kasih sayang. Tapi kalau dapat lelaki jenis tak kisah langsung pasal kau? Ha tu yang nak emosi 24 jam dekat Twitter kan? Haha. Kebebasan pulak biasanya lelaki lah, yang memerlukan girlfriend yang memahami kalau dia tengah busy ke, tengah lepak dengan kawan ke, tengah spent time dengan family ke.. Tapi lelaki pun, agak lah, dah perempuan kasi kebebasan tu jangan pulak melebih lebih kau pergi cari perempuan lain wtf.

3. ASYIK ASYIK ‘KAHWIN’

HAAA ni selalunya perempuan lah ni. Kejap kejap kau merengek, “You, bila kita nak kahwin ni? I boringlah single life macamni. Mak I pun dah tanya tanya bila I nak kahwin. Kawan kawan I pun ramai dah bertunang, dah kahwin, dah ada anak.. blah blah blah..” Whoahhh, desperate betul ni. Okay fine, perkahwinan tu memang benda baik, tak elok tangguh tangguh. Tapi agak lah, kalau soalan yang sama kau tanya dekat boyfriend kau setiap hari! Cuba percaya pada jodoh. Kalau dah ketentuan Allah SWT tetapkan kau kahwin esok, esok jugak kau kahwin, jangan risau. Kadang kadang lelaki ni bukannya tak nak fikir soal kahwin, dia lagi over fikir pasal kahwin ni berbanding perempuan sebenarnya, tapi dia nak yang terbaik, nak lengkapkan hidup, nak jalankan tanggungjawab sebagai anak dulu. Faham?

4. MENGUNGKIT

Tolonglah. Benda dah lepas, jangan nak flashback balik. Kalau kisah kisah ex bf/gf tu, jadikan pengajaran cukuplah. Tak perlu nak jadikan punca pergaduhan.

5. BEZA PENDAPAT

Kau suka yang ni, aku tak suka, kau tak suka yang tu, aku suka. Bergaduh sebab berbeza pendapat, childish betul. Lepastu ada pasangan yang mempunyai cita-cita, macam nak sambung study, ataupun nak kerja luar negara ke apa tapi kau tak bagi, kau sekat impian dia. Selfish kan? So tak payah lah. Memang kau akan fikir takut untuk kehilangan dia, takut dia lupa diri, takut dia lupa semua memori cinta, tapi percayalah. Kalau dia sememangnya diciptakan untuk kau, tetap akan jadi milik kau.

6. STATUS

Contohnya. Kau jenis dari kalangan keluarga kaya raya. Tapi pasangan kau tu cuma ASAL DARI KAMPUNG. Kau nak suruh dia jadi up to date tetiba. Ghee. Cuba terima apa adanya dia. Terima baik buruk dia. Terima kurang lebih dia. Itupun kalau kau betul betul sayang lah kan.

7. SAKIT HATI

Kau dah tahu pasangan kau tak suka benda tu tapi kau buat jugak. Banyak kali dia merajuk dan sakit hati sebab benda yang sama, tapi kau ignored perasaan dia. Selfish betul kau ni. Tapi berpada pada lah, kena tengok jugak, apa yang dia tak suka tu. Takkan dia tak suka kau makan, kau tak makan, kan? Pandai-pandai lah.

8. MENYUSAHKAN

Ada pasangan yang memang suka menyusahkan pasangan dia. Tak habis habis tambah masalah dekat pasangan. Boring lah life kau kalau macam tu. Memang lah betul, susah bersama, senang pun bersama. Tapi dah kalau tak pernah ada senang, semuanya susah je? Hehehe.

9. KAWAN-KAWAN DAN KELUARGA

Tak mustahil, kawan-kawan dan keluarga pun boleh menjadi punca perhubungan tu jadi tak stabil. Pengaruh kawan-kawan dan keluarga pun boleh tahan jugak T___T So yeahh, kalau tak pandai nak control, memang habis lah boleh hancur hubungan sekelip mata. Hm.

10. ACUH TAK ACUH

Yang pasangan kau punyalah sayang kau, kalau boleh satu dunia dia nak bagitahu yang dia bercinta dengan kau. Tapi kau acuh tak acuh, endah tak endah, buat macam dia tak wujud. Kalau kau tak nak kat dia, lepaskan je. Kalau kau sayang, tolong ubah sikit perangai tu.

“It’s painful to say goodbye to someone you don’t want to let go, but more painful to ask someone to stay when you know they want to leave.”

Okay, renung-renung kan dan selamat mengubah cara anda! :)

It’s funny how I am good at giving advices to others but when it comes to helping myself, I don’t know what to do! =)

08
Jun

Tips : Hubungan cinta jarak jauh

Posted under Tips 40 Comments

Hai.

I rasa ramai juga yang ada masalah macam ni. Actually, ini bukan masalah. Ini adalah pengorbanan dalam cinta, kononnya. Hihi. I pun boleh dikatakan cinta jarak jauh juga. Kalau dari awal bercinta dah memang jauh, itu lain ceritalah. Tapi macam kes I ni, mula-mula setiap hari boleh bertentang mata, tiba-tiba satu hari tu terpaksa dipisahkan oleh jarak. Haa, macam tak meraung ke hati masa tu? T_______T Perkara ni mula menjadi masalah bila salah seorang atau masing-masing tak ada rasa sifat kepercayaan. Bila tak ada rasa percaya, itu barulah kita panggil sebagai masalah.

Bagi I, memang susah sikit nak percaya Syafi since dia pernah buat something yang buat I rasa macam nak cekik-cekik dia. Hihi, tapi itu cerita dua tahun lepas lah kan. Sekarang ni I memang percaya dia lah.  Pengalaman I, masa I tak percaya dia tu, memang susah. Apa benda dia buat semua I tak percaya, walaupun masa tu I tahu dia jujur, tapi tetap hati I ni cakap jangan percaya. Fobia agaknya. LOL. But, people make mistake kan? Bagi I lagi, kesilapan tu boleh terjadi sebanyak tiga kali, lepas tiga kali, sorry to say, I dengan hati gembira akan cakap “Bye-bye” lah. Tapi itu semua dengan ex lah kan. Dengan Syafi ni, alhamdulillah, tak sampai macam tu. InsyaAllah.

I ada beberapa tips nak dikongsi dengan you guys yang sedang mengalami cinta jarak jauh. Tak kira lah girlfriend dekat Ayer Keroh, boyfriend dekat Ayer Hitam (habislah dah keruh, hitam pula), ataupun boyfriend dekat London, girlfriend dekat Kampung New York, Pahang. Teehihi. Tapi tapi, kalau setakat macam girlfriend dekat KLCC, boyfriend dekat Ampang Park, kau janganlah cakap itu pun cinta jarak jauh -______-”

Faham dan redha sebab-sebab berjauhan

7 Jun 2008, kenangan paling perit I dengan Syafi sebab terpaksa berjauhan disebabkan I terpaksa ikut Mak berpindah ke Johor Bahru. Syafi tak boleh terima, menyebabkan dia mula berkawan dengan entah siapa-siapa entah, sampaikan masa tu kawan baik dia sendiri minta tolong I nasihatkan dia. Bukan senang heh, I dah jauh, I tak tahu dia pergi mana, berkawan dengan siapa, entah apa dia tengah buat. Semua pun I tak tahu. Tapi masa tu, hati I kuat. I cuba contact parents dia, minta tolong. And parents dia pun berterima kasih dekat I masa tu. Siblings dia pun bagi kerjasama juga, report dekat I bila ada apa-apa. Bila jadi macam ni, hubungan baik dengan keluarga pihak pasangan pun menjadi penting, kan? Alhamdulillah, lepas I balik dari KL, face to face dengan Syafi sendiri, perlahan-lahan Syafi boleh terima keadaan cinta jarak jauh kita.

Menghargai kebebasan

Hargai kebebasan yang pasangan bagi, dan jujurlah. Keluar dengan kawan-kawan rapat, contohnya berkaraoke atau main bowling, itu tak apa. Jangan pula keluar dengan orang lain lepas tu bermesra-mesraan sampai macam jatuh cinta ke apatah, itu dah macam curang lah kan. Walaupun kata “kawan” tapi kalau dah sampai pegang tangan, apa benda kan? Jangan buat macam tu, nanti one day akan terkena balik, trust me.

Kata-kata cinta, luahkan

Orang sekarang ni dah pakai SMS. Masa mula-mula bercinta tu, SMS sampai tak henti. Kadang tu sampai masa tidur pun boleh reply SMS. Err ataupun hantar SMS sampai 5-6 pages dekat pasangan. Amboi amboi amboiii, terasa I sendiri tau. Hehehehe. Tapi kan, korang pernah tak cuba tulis surat luah perasaan, “I love you, you love me, tapi I lebih sayang kalau you bagi I cincin dua puluh ribu ringgit punya”. Haa lepas tu kan korang send surat tu guna pos biasa yang guna setem 30 sen tu. Tapi janganlah pergi bagitahu dia “You tunggu posmen datang esok tau” haaa JANGAN karang tak surprise!

Kejutan

Siapa dah lama follow blog ni, mesti tahu kejutan yang I pernah buat untuk Syafi masa birthday dia tahun 2009. Haaa siapa yang belum baca, boleh baca post tu dekat sini.

Kepercayaan, kejujuran, keikhlasan

Mesti percaya pada pasangan, itulah kunci setiap perhubungan tak kira jauh atau dekat. Tapi kepercayaan cinta jarak jauh adalah lain sikit tau. Kena banyak bersabar, tak boleh nak melenting tiba-tiba. Tanya dulu kalau macam ada keraguan. Kalau pasangan tak boleh nak jawab barulah kita sergah dia. Kalau boleh, lebih percayakan dia berbanding orang lain. Kadang-kadang orang lain memang lebih suka tengok kita menderita, tabur fitnah yang bukan-bukan. InsyaAllah, kalau kita jujur, telus dan ikhlas, pasangan takkan meragui kita.

Hello, I adalah queen control. Hehehe tapi takda lah sampai Syafi tak boleh lepak dengan member kan. Beragaklah juga. Kita control sesuatu dengan reason berharap benda tu takkan terjadi lah. Kot. Apapun, put trust on him/her.

Tiba-tiba I rasa nak cakap padan muka dekat ex-ex boyfriend yang pernah tinggalkan I. Sebab? Diaorang rugilah hilang perempuan macam I. Amboi statement melampau gitu. Ah, peduli apa kan. Semua pun tak guna! LOL. Tak baik.

Page 1 of 1512345...10...Last »