Archive for the ‘Software’ Category

01
Jan

Kaspersky antivirus 2010 activation code

Posted under Friends, Laptop, Memory, Software No Comments

berdebar rasanya nak taip entri untuk tahun baru. treng trenggg. nervous gitu macam seram sejuk tangan, macam menggigil satu badan, macam fuhhh. akhirnya kita semua dah melangkah ke tahun dua ribu sepuluh. i rasa macam tak percaya. banyak betul kenangan manis sepanjang dua ribu sembilan. rasa sayang nak lepaskan tapi apa boleh buat, life must go on and kita anggap tahun-tahun lepas sebagai kenangan terindah dalam hidup. ecewah.

penuh penantian. penuh debaran. debaran sehati blog. aik? bwehehehh.

okay fine. i memulakan tahun baru i dengan cukup perfect. tiba-tiba i menang contest macam ‘tinggg!’.

i pun tak ingat entah bila i join contest ni. contest ni senang je i masuk. drop comment dekat entri dia and tinggalkan email. i macam tak sangka lah menang. kot-kot owner blog dia main-main je. eh tiba-tiba macam ‘tinggg!’ betul rupanya. hekkk kau lah rara.

i menang tanpa bertanding rupanya.

nasiblah. rezeki tahun baru i kan. dapat jugak activation code kaspersky antivirus selama setahun. wah gituu kan. owner blog yang buat contest ni, i sendiri dah tak ingat url blog dia. kalau you baca entri i ni, please bagitahu and i will give you a credit.

macam ‘tinggg!’ tiba-tiba laptop delly pinky i ni dah ada kaspersky antivirus tau you guys. ingat senang nak dapat free macam tu? kalau tempoh trial 30 hari tu memang lah boleh download dekat mana-mana. haa. tarikh expired activation codes ni sampai 01012011. marbelesssss.

rupa-rupanya kan you guys, laptop i mengandungi virus trojan yang terdapat dalam folder psp game yang kak cujie download through laptop i. fuhhh. patutlah delly i semput je. heh.

amboiiii you guys kan wish happy new year untuk i, tak sah kalau tak tulis gini “tak sabar nak makan nasi minyak” amboiiiii. karang i bagi makan nasi putih lauk kampung je baru you guys tahuuuuu :P

22
Dec

Menjawab persoalan anda

Posted under Friends, Software, Tutorial 2 Comments

hari rabu yang kurang kasih sayang ni, i ingat nak menjawab semua persoalan adik-adik, kakak-kakak manis semua yang selalu sangat tanya i, dekat mana nak dapat layout macam ni, dekat mana nak buat header macam i ni, macamana itu macamana ini. karang kalau tak jawab, sure nanti kena maki dekat shoutbox macam budak ni buat dekat i. dah lah email i, lepas i tak boleh nak tolong dia, dia mengamuk dekat shoutbox i pulak. memang nak kena lah kan. ip adress dah lah terpampang. tapi tak apa, i maafkan je dia, manalah tahu hari tu adalah hari kurang kasih sayang dia kan? T_______T
  • macamana nak buat layout 3 column?

jawapan i yang sebenarnya memang tak tahu. sebab coding asal layout i ni dibagi oleh liyanaa.com sebab dia suruh i tukar daripada classic templates ke xml layout ni. tapi bila i dah buat entri private hari tu, dayah yang baik hati pulak bagi link untuk layout 3 column ni. haaa. kira beruntung lah you guys sebab dapat link tu. sekali zassss je dah dapat 3 column. lepas tu pandai-pandai lah edit kasi cantik. i pun mula-mula belajar jugak baru pandai. pelan-pelan kayuh lah. kalau nak tutorial apa-apa, i recommend blog kak ceera.

  • macamana nak buat header macamni and transparent?

i buat header ni dekat adobe photoshop cs4. mana nak dapat photoshop tu tolong lah jangan tanya i banyak-banyak kali. i marah nanti. you guys beruntung gila tau sebab dapat download photoshop secara percuma dekat sini. kalau i dulu kan masa still study, macam nak pengsan cari adobe photoshop yang full version tapi yang local punya. nak beli original memang tak mampu lah kan. mencari ke sana sini, sanggup download guna ares sampai berhari-hari.

buat transparent tak adalah susah mana. masa nak create tu, siap-siap lah tick dekat transparent lepas tu nak save tu save la dengan cara save for web & devices. jangan lupa letak format as .gif atau .png sahaja.

  • macamana nak buat site stats?

hello. i pun mula-mula susah sangat cari benda tu. tapi if you guys betul-betul nak, please jangan malas untuk google. ni takkkkk. baru google sekali tak dapat, terus tanya i minta coding. bukan tanya kat mana dapat, terus minta coding dia T______T itu i tak kisah lah. tapi bila dah bagi, i bagilah yang sebijik macam i punya, malaslah nak tukar warna font dia. eh sekali dia pakai font color yang sebijik macam i jugak. at least tukarlah

  • macamana buat ‘hello candyfloss‘ macam dekat dalam entri?

100% menggunakan adobe photoshop cs4. tutorial nak buat animation pun you guys boleh google. i memanglah tak google sebab i ada memang dah ada basic since form 4. siapa budak multimedia pun mesti tahu nak buat animation kan?

  • macamana nak dapat domain .com macam i?

jawapan dia, senang je. register dekat mana-mana web yang jual domain. ada duit, bank in. selesai. mana ada domain .com free? kalau ada, kat mana? meh bagitahu i? kalau ada, i pun nak lah. siapa tak nak free, kan? bwheheheheh.

  • macamana nak buat blog macam ni?

hahahahaha soalan ni memang mintak kena cium agaknya. you guys, bila orang tanya macam ni dekat i, apa jawapan yang sesuai agaknya heh? i kena bagi dia coding blog i ke? soalan dia sebenarnya meminta jawapan yang macamana? T________T



and please heh. kalau nak tanya something, reveal lah link blog.

okay dah. lepas ni, no more merengek-rengek heh? i dah penat sangat nak jawab (-______-”)

Page 1 of 3123