Archive for the ‘Oliey’ Category
Jan
I’m back!
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dear readers,
Finally I’m back. Tak tahu nak cakap apa melainkan rindu rindu rindu! Berbulan-bulan without blogging, mestilah banyak sangat benda yang jadi pada life, ups and down, gembira, sedih, macam-macam! Tapi I aktif bertwitter so takda lah hilang tiba-tiba kan? :)

I dah ada anak buah ketiga, alhamdulillah. Anak pertama Angah & Abg Azam ; ALYSA ADELIA 11 December 2011, 08:35am, 3.3kg, Hospital Ampang. For now, Angah dekat JB, berpantang dengan Mak. And I’m here in KL, dah berbulan tak balik JB -__-
Life is getting better, bersyukur sangat. Hubungan cinta (cewah) pon alhamdulillah bagus. Hihi. Oh ye. Untuk pengetahuan readers yang dari awal bersama blog usang ni, Oliey (kucing kesayangan) dah mati December lalu T___T
Dan beberapa hari lalu, diberikan seekor kucing yang setakat ini dipanggil ‘Lala’ (tak confirm lagi nama dalam surat beranak LOL) oleh seorang kenalan.

InsyaAllah lepas ni I akan update blog ni balik macam dulu-dulu. Walaupun sekarang ni umur dah meningkat 24 tahun namun masih belum berkahwin, apa skema sangat ayat ni gggrr. Tak apa, kita tak perlu rushing-rushing *tetiba*
Apapun terima kasih kepada kawan-kawan yang tanya/suruh/paksa pasal misi meneruskan update blog ni. Terharulah uolss. Dan terima kasih jugak kepada follower yang still tekan button follow walaupun tarikh akhir latest entry adalah sangat memilukan hati iaitu beberapa kurun lepas KAH KAH. Terima kasih banyak-banyak. Oh tak lupa jugak yang mana still backlink blog ni, link kan kepada tutorial dan tips dan err resipi masakan mungkin (ada ke?). OKAY sekian dulu setakat ini nanti kita sambung bebel bebel balik.
Habislahhhh lepas ni memang sehari akan ada 10 entry haha kbai
P/S: By the way, I tengah mencari someone yang baik hati boleh buatkan header untuk blog I ni. Kalau ada, bagitahu I eh? Hehe
May
Alhamdulillah, dah selamat semuanya
Hai selamat tengah malam.
Alhamdulillah semuanya dah selamat. Tiga hitam dan satu putih. Yang putih tak tahu datangnya dari mana. Kebarangkalian anak Oliey adalah besar. Gebu, muka penyek. Ada satu yang hitam sama dengan Kiki, belang-belang semua sama, cuma takda heart shape saja. Malangnya takda satu pun anak Kiki yang ada heart shape. Terkilan.



I dah cop yang warna putih. Nama dia Snowbell, macam nama kucing putih gebu dekat dalam Stuart Little. Paling besar antara yang lain. Tapi I belum berani pegang, tu tangan tu, tangan adik I. Sebenarnya anak Kiki ada empat ekor tapi lagi satu tu gambar dia gegar, tak reti duduk diam malas I nak layan.

Hai semua, terima kasih sebab mendoakan Kiki, selamat semuanya.. Penat tau beranak, dah lah empat ekor. Ingat senang ke?
Kiki ni ada masalah betul kalau nak beranak, punyalah payah I dengan Mak jadi bidan sampai tak lena dua malam. Lepas ni bila kittens dah besar sikit pandai main-main, nak bawak Kiki pergi veterinar. Kasi suntik apa patut. Haih. Seksa betul I dengan Mak minggu ni, kelam kabut dibuat Kiki.
Oh by the way, tahniah juga kepada Kakak Chika and her husband dah menerima ahli baru dalam keluarga pada 7 May 2010. Alhamdulillah semuanya selamat, semoga bayi dalam keadaan sihat. Banyakkan rehat dan selamat berpantang!

