Archive for the ‘Nuffnang’ Category

26
Sep

DiGi iPhone 4 Real

Posted under iPhone 4, Nuffnang, Plan iDiGi 3 Comments

Day 3.

Happy weekend everyone!

HAA hari Ahad macam ni kan kalau duduk berkumpul bersama family mesti seronok kan? Ataupun kalau family jauh ke, boleh spent time dengan kawan-kawan.  Apa kata DiGi? Friends and family :)

Eh okay, kalau cakap pasal Friends and Family kan, korang tahu tak dalam iDiGi Postpaid Plan, boleh membuat panggilan ke enam nombor Friends and Family dengan kadar yang murah? Dan yang I suka adalah, boleh membuat panggilan percuma, SMS percuma dan MMS percuma kepada supplementary lines (line tambahan)! OMG boleh jimat banyak kan?

iphone4

iPhone 4, please be mineeeeeee!

iDiGi Plan

Bil bulanan serendah RM58 sebulan untuk pakej iDiGi 88! Percuma 200 minit masa berbual, 200 SMS dan 20 MMS! Kadar internet sehingga 1GB! Bagi remaja yang masih sekolah juga sudah mampu untuk memiliki iPhone 4 bersama pakej iDiGi 88 kan? Jimat tau.

Free internet! HAAA of course paling suka yang ini!! Full time blogger macam I ni, for sure lah paling suka ini kan. Boleh update blog guna iPhone 4 di mana  saja (orang kuning DiGi kan selalu ikut kita ke mana-mana, hehe), boleh jugak update status Facebook & Twitter, boleh cek email dan banyak lagiiiiii dengan internet! Seronoknyaaaa hehehe. Paling best, tidak akan dikenakan extra charges ye!

Oh tak lupa juga, 0% installment sehingga 36 bulan! YAYYYY.

iDiGi Postpaid Plans

Okay kalau tengok gambar dekat atas ni, ada jugak pakej iDiGi 138 iaitu sebanyak RM88 sebulan. Percuma 450 minit masa berbual, 400 SMS, 40 MMS dan internet sehingga 3GB. Juga ada pakej iDiGi 238 (RM158/sebulan) ; percuma 1000 minit masa berbual, 600 SMS, 60 MMS dan sehingga 5GB internet.

Kalau I, pilih pakej mana heh? I choose iDiGi 138 (RM88) lah dulu sebab sekarang ni belum bekerja kan. Duit untuk sara hidup I pun datangnya daripada Nuffnang ; thanks Nuffnang :D

Tapi nanti, bila I dah bekerja (maybe on October nanti lah), I boleh upgrade kepada pakej iDiGi 238 (RM158). Haa masa tu kena tunggu gaji bulan November lah, hik hik. Eh, boleh ke nak upgrade pakej? Why not? Dengan DiGi, mesti boleh punya! Untuk maklumat lebih lanjut boleh tengok sini, ataupun kalau nak tanya macam-macam lagi soalan, boleh call DiGi customer support 016-221 1800. Jangan risau, DiGi staffs sangat nice and friendly tau.

iPhone 4 lebih lengkap dengan iDiGi Postpaid Plan kan? I want, I wanttttt!!

25
Sep

DiGi iPhone 4 Play

Posted under iPhone 4, Nuffnang, Plan iDiGi 2 Comments

DAY 2.

Dah hujung bulan ni, mesti ramai yang dah dapat gaji kan? Bestnya, boleh kira-kira duit untuk beli iPhone 4 dengan plan iDiGi. I yang tak bekerja ni jealous jelah dengan you all! T__________T

Okay hari ini kita di dalam topik ‘Applications’. Handphone canggih macam iPhone 4 mesti dikaitkan dengan Apps, kan? Itu antara salah satu faktor penting untuk memiliki iPhone 4 tau! Bukan saja banyak, tapi terlalu banyak App yang dimiliki oleh iPhone 4. Rasanya kalau I ada iPhone 4, mesti rambang mata nak download dan beli macam-macam Apps yang best!

APPS FOR TRAVELLING – Currency

Ini penting ya untuk pengguna macam I ni. Selalu membeli belah di Singapore, dan sangat memerlukan App ini untuk check tukaran mata wang asing. Hanya dengan touch sahaja, I boleh tahu harga selepas convert to Ringgit Malaysia (RM). Mudah, bukan?

APPS FOR MOMS AND DADS – Babyphone

OMG! I tak sangka iPhone 4 menyediakan App sehebat ini! Biasanya, parents yang masih ada baby, akan sediakan baby room. Dan disitulah bayi mereka ditidurkan. Jadi, untuk memastikan bayi dalam keadaan selamat, parents akan membeli sebuah alat yang agak mahal untuk mendengar tangisan/rengekkan bayi mereka. Untuk apa membeli yang mahal jika hanya dengan memiliki iPhone 4 dari DiGi sahaja, boleh mendapatkan App sehebat ini!

Ternyata iPhone 4 sangat mementingkan keselamatan pengguna dan keluarga!

Masih lagi di dalam APPS FOR MOMS AND DADS, I teruja dengan App Elmo’s Monster Maker. Biasalah, I kan sangat rapat dengan anak-anak buah I, jadi I rasa App yang berciri comel begini sangat penting ya. Mana tahu kot kot nanti anak buah merajuk dengan I ke, boleh lah I pujuk dengan hanya bermain Elmo’s Monster Maker.

APPS FOR FUN AND GAMES – Charadium Pro

Draw a picture! I love drawing! Kalau guna PC pun, I suka melukis menggunakan Adobe Illustrator, apatah lagi kalau ada iPhone 4, I dapat melukis di mana sahaja. Dan paling seronok, game ni boleh main teka-teka dengan family and friends. Contohnya, I draw something, tapi family and friends kena teka apa yang I lukis tu. Haaa best kan? Mesti fun kalau berkumpul ramai-ramai dan bermain dengan Charadium Pro!

APPS FOR MANAGING MONEY – PayPal

Suka online shopping macam I? App ini sangatlah sesuai. Sekarang ini hanya dengan beberapa sentuhan, kita boleh membeli apa sahaja barang menggunakan PayPal. Account PayPal ni kenalah register dan dalam tu mestilah ada duit, hehehe. Untuk pengetahuan semua, fungsi PayPal adalah untuk transfer duit antarabangsa. Katakanlah, I order barang dekat Australia, so I boleh buat money transfer menggunakan iPhone 4 sahaja. Mudah, kan?

Terlalu banyak App dari iPhone 4 yang boleh dimiliki di iTunes App Store – sama ada App percuma ataupun berbayar. Memang seronok kalau dapat memiliki iPhone 4 ni, nak nak lagi langgan plan iDiGi. Tak perlu bimbang dengan bil bulanan kerana ternyata DiGi memang memberikan pakej terbaik dan murah. Hanya dengan kadar serendah RM58 sebulan, DiGi juga memberikan 200 minit panggilan percuma, 200 SMS percuma dan 20 MMS percuma!

Page 2 of 1012345...10...Last »