Archive for the ‘Kucing’ Category
May
Menitik airmata masa taip entri ni, sayunya.
Tadi I blogwalking. Lepas tu I sign in Gengblogger, tengok entri mana yang berkenan, I pun click. Jumpa satu blog ni, I tertarik dengan entri dia pasal perangai buruk pemandu-pemandu Malaysia. Tiba-tiba belum pun sempat I nak tengok entri tu, I terpandang gambar kucing putih yang comel sangat. Tapi I pelik. Kenapa kucing tu takda tangan? Okay, I memang macamni, kucing ada empat kaki, tapi I still panggil yang dua dekat depan tu sebagai ‘tangan’. I menjerit “Ha? YaAllah. Mana tangan dia?! Makkk tengok kucing ni takda tangan!” Terus Mak tengok tapi masing-masing sangkakan kucing tersebut memang dilahirkan cacat.

http://kakimotong.blogspot.com/
I nampak ada video dekat bawah gambar Hero (nama kucing putih tu). And I tertarik untuk tengok video tu bila ada words ‘PLAY WITH SOUND AND PLEASE DON’T CRY IN FRONT OF YOUR PC‘. I click play, Mak dengan adik ada sebelah I masa tengok video tu. Rupa-rupanya Hero bukanlah cacat semasa dilahirkan. Astaghfirrullahazim. Kasihannya Hero sebab terpaksa hidup menderita macam tu. I sedih sangat, bergelinang dan menitik juga airmata I, Mak dengan adik. Sesungguhnya kami sekeluarga pun adalah orang yang menyayangi kucing sebagaimana Rasulullah SWT sangat cintakan kucing.
I teringin sangat nak jumpa Hero. Kalau diberi kesempatan, I nak jumpa Hero dan peluk cium dia. Semoga orang yang menderitakan seumur hidup Hero akan mendapat balasan yang setimpal. MasyaAllah.. Allah itu Maha Kaya. Kepada Kak Mariah dan abang Hairey, semoga hidup kalian sekeluarga dirahmati Allah SWT dan diberikan rezeki yang melimpah. Terima kasih kerana berperikemanusiaan untuk merawat Hero.
I tak dapat teruskan taip entri ni. Sebaknya dada, pilunya hati. Untuk lebih banyak video dan kisah Hero, boleh tengok – HERO.
May
Alhamdulillah, dah selamat semuanya
Hai selamat tengah malam.
Alhamdulillah semuanya dah selamat. Tiga hitam dan satu putih. Yang putih tak tahu datangnya dari mana. Kebarangkalian anak Oliey adalah besar. Gebu, muka penyek. Ada satu yang hitam sama dengan Kiki, belang-belang semua sama, cuma takda heart shape saja. Malangnya takda satu pun anak Kiki yang ada heart shape. Terkilan.



I dah cop yang warna putih. Nama dia Snowbell, macam nama kucing putih gebu dekat dalam Stuart Little. Paling besar antara yang lain. Tapi I belum berani pegang, tu tangan tu, tangan adik I. Sebenarnya anak Kiki ada empat ekor tapi lagi satu tu gambar dia gegar, tak reti duduk diam malas I nak layan.

Hai semua, terima kasih sebab mendoakan Kiki, selamat semuanya.. Penat tau beranak, dah lah empat ekor. Ingat senang ke?
Kiki ni ada masalah betul kalau nak beranak, punyalah payah I dengan Mak jadi bidan sampai tak lena dua malam. Lepas ni bila kittens dah besar sikit pandai main-main, nak bawak Kiki pergi veterinar. Kasi suntik apa patut. Haih. Seksa betul I dengan Mak minggu ni, kelam kabut dibuat Kiki.
Oh by the way, tahniah juga kepada Kakak Chika and her husband dah menerima ahli baru dalam keluarga pada 7 May 2010. Alhamdulillah semuanya selamat, semoga bayi dalam keadaan sihat. Banyakkan rehat dan selamat berpantang!

