Raracandyfloss » Kucing http://www.raracandyfloss.com Tue, 07 Sep 2010 05:45:14 +0000 en hourly 1 http://wordpress.org/?v=3.0.1 http://www.raracandyfloss.com http://lh4.ggpht.com/_Zm_hN-emoxo/TGzT5F2PNoI/AAAAAAAADK4/e_Glh7pDZtQ/2-7.png Raracandyfloss Rest in peace, sayang. http://www.raracandyfloss.com/2010/06/rest-in-peace-sayang.html http://www.raracandyfloss.com/2010/06/rest-in-peace-sayang.html#comments Wed, 23 Jun 2010 12:55:36 +0000 Rara http://www.raracandyfloss.com/?p=1345

I ada berita yang sedih. At least, sedih bagi pihak I sekeluarga dan pencinta kucing yang lain. Hari ini, kira-kira lepas Maghrib tadi, I kehilangan seekor anak kucing yang baru lahir kira-kira sebulan yang lepas. Sebak tengok saat-saat akhir dia dengan I, Mak dan adik. Perginya pun atas peha Mak. Nasib baik Mak perasan anak kucing tu dah lemah petang tadi. Sekarang, anak Kiki tinggal tiga sahaja. Macam kurang lengkap bila dah jadi nombor ganjil, kan?

Image421 Rest in peace, sayang.

Baby, tak sempat pun nak fikir nama. Baby mesti dah ada dekat syurga, kan? Baby doakan untuk kita sekeluarga tau. Kalau Baby jumpa Abah, mesti Abah nak jaga Baby. Tapi, Baby tak pernah jumpa Abah kan. Baby tak kenal siapa Abah kan. Haih, sebaknya hati I. Memang tak kuat langsung nak berdepan dengan sesuatu yang menyebabkan kematian atau kepergian. Dulu, masa arwah Abah meninggal dunia pun, I ego, cuba tak nak menangis depan orang, tapi semua tu bohong, ego lah macamana pun, memang tak boleh.

Bayangkan, kalau berhadapan dengan kematian, kita tak akan dapat tengok muka dia lagi buat selama-lamanya? Kita tak akan dapat dengar lagi suara dia buat selama-lamanya? Kita juga tak akan tengok lagi gelagat dia buat selama-lamanya, tak kiralah tengah marah atau gembira. Kan?

Sekarang I tak kuat, tapi orang mesti akan cakap, “Sabar, Rara”, yes I’m trying. Memang itu sajalah perkataan yang boleh digunakan untuk menenangkan seseorang atau sesuatu keadaan kan? Hidup, macam tu lah :(

]]>
http://www.raracandyfloss.com/2010/06/rest-in-peace-sayang.html/feed 11
Dah besar budak-budak ni ha http://www.raracandyfloss.com/2010/05/dah-besar-budak-budak-ni-ha.html http://www.raracandyfloss.com/2010/05/dah-besar-budak-budak-ni-ha.html#comments Mon, 17 May 2010 16:00:56 +0000 Rara http://www.raracandyfloss.com/?p=950 Lagi empat hari.

Apa yang lagi empat hari? Lagi empat hari I akan naik KL, berjumpa dengan kakak-kakak tersayang, Ahmad Haikal dan Alesha yang busuk masam, Muhammad Syafi yang gedik dan kawan-kawan. Oh, tak sabar sangat. Tapi, I dengan sisters dah plan for something, tak boleh cerita dekat sini dulu nanti tak best. Nanti masa our planning dijalankan, I’ll updates through Twitter. Now, nak cerita pasal baby meow yang dah makin besar, sihat dan comel!

DSC02396 Dah besar budak budak ni ha

DSC02398 Dah besar budak budak ni ha

DSC02399 Dah besar budak budak ni ha

Ketiga-tiga meow di atas ni dah celik mata dah, tapi disebabkan I snap gambar masa baby meow semua ni tidur, so tak dapatlah nak tunjuk dekat korang. Teehee. Tapi, Snowbell belum bukak mata lagi T______T Eh eh, I taktahu nak bagi nama apa dekat budak-budak tiga ekor dekat atas ni. Snowbell je yang ada nama. Adik ada bagi idea, tapi semua nama yang dia bagi tak comel. Hehe.

DSC02400 Dah besar budak budak ni ha

Ni dia budak yang belum celik mata, baru buka sikitttttt je. Itupun macam tak ikhlas, asyik tidur 24/7. Nanti, masa I pergi KL, semua baby meow ni akan dijaga oleh Mak nya, iaitu Kiki, sambil diawasi oleh Pak Itam I. Mesti rinduuu sangat dekat semua budak-budak ni haa. Nasib baik kecil sangat lagi, kalau tak, I angkut je bawak pergi KL haaaa.

Btw, I asyik tukar watermark je. Bila tengok logo drama ‘Kita’ dekat Astro Ria tadi, rasa macam comel, tapi tak dapat lah sama camtu. Tapi mana lagi comel? Yang sekarang atau yang previous watermark? Okay, need you guys to give some opinion :)

]]>
http://www.raracandyfloss.com/2010/05/dah-besar-budak-budak-ni-ha.html/feed 19
Menitik airmata masa taip entri ni, sayunya. http://www.raracandyfloss.com/2010/05/menitik-airmata-masa-taip-entri-ni-sayunya.html http://www.raracandyfloss.com/2010/05/menitik-airmata-masa-taip-entri-ni-sayunya.html#comments Mon, 10 May 2010 08:46:43 +0000 Rara http://www.raracandyfloss.com/?p=859

Tadi I blogwalking. Lepas tu I sign in Gengblogger, tengok entri mana yang berkenan, I pun click. Jumpa satu blog ni, I tertarik dengan entri dia pasal perangai buruk pemandu-pemandu Malaysia. Tiba-tiba belum pun sempat I nak tengok entri tu, I terpandang gambar kucing putih yang comel sangat. Tapi I pelik. Kenapa kucing tu takda tangan? Okay, I memang macamni, kucing ada empat kaki, tapi I still panggil yang dua dekat depan tu sebagai ‘tangan’. I menjerit “Ha? YaAllah. Mana tangan dia?! Makkk tengok kucing ni takda tangan!” Terus Mak tengok tapi masing-masing sangkakan kucing tersebut memang dilahirkan cacat.

http://kakimotong.blogspot.com/

http://kakimotong.blogspot.com/

I nampak ada video dekat bawah gambar Hero (nama kucing putih tu).  And I tertarik untuk tengok video tu bila ada words ‘PLAY WITH SOUND AND PLEASE DON’T CRY IN FRONT OF YOUR PC‘. I click play, Mak dengan adik ada sebelah I masa tengok video tu. Rupa-rupanya Hero bukanlah cacat semasa dilahirkan. Astaghfirrullahazim. Kasihannya Hero sebab terpaksa hidup menderita macam tu. I sedih sangat, bergelinang dan menitik juga airmata I, Mak dengan adik. Sesungguhnya kami sekeluarga pun adalah orang yang menyayangi kucing sebagaimana Rasulullah SWT sangat cintakan kucing.

I teringin sangat nak jumpa Hero. Kalau diberi kesempatan, I nak jumpa Hero dan peluk cium dia. Semoga orang yang menderitakan seumur hidup Hero akan mendapat balasan yang setimpal. MasyaAllah.. Allah itu Maha Kaya. Kepada Kak Mariah dan abang Hairey, semoga hidup kalian sekeluarga dirahmati Allah SWT dan diberikan rezeki yang melimpah. Terima kasih kerana berperikemanusiaan untuk merawat Hero.

I tak dapat teruskan taip entri ni. Sebaknya dada, pilunya hati. Untuk lebih banyak video dan kisah Hero, boleh tengokHERO.

]]>
http://www.raracandyfloss.com/2010/05/menitik-airmata-masa-taip-entri-ni-sayunya.html/feed 30
Alhamdulillah, dah selamat semuanya http://www.raracandyfloss.com/2010/05/alhamdulillah-dah-selamat-semuanya.html http://www.raracandyfloss.com/2010/05/alhamdulillah-dah-selamat-semuanya.html#comments Fri, 07 May 2010 16:12:51 +0000 Rara http://www.raracandyfloss.com/?p=819