Archive for the ‘Kucing’ Category

23
Jun

Rest in peace, sayang.

Posted under Kucing 11 Comments

I ada berita yang sedih. At least, sedih bagi pihak I sekeluarga dan pencinta kucing yang lain. Hari ini, kira-kira lepas Maghrib tadi, I kehilangan seekor anak kucing yang baru lahir kira-kira sebulan yang lepas. Sebak tengok saat-saat akhir dia dengan I, Mak dan adik. Perginya pun atas peha Mak. Nasib baik Mak perasan anak kucing tu dah lemah petang tadi. Sekarang, anak Kiki tinggal tiga sahaja. Macam kurang lengkap bila dah jadi nombor ganjil, kan?

Baby, tak sempat pun nak fikir nama. Baby mesti dah ada dekat syurga, kan? Baby doakan untuk kita sekeluarga tau. Kalau Baby jumpa Abah, mesti Abah nak jaga Baby. Tapi, Baby tak pernah jumpa Abah kan. Baby tak kenal siapa Abah kan. Haih, sebaknya hati I. Memang tak kuat langsung nak berdepan dengan sesuatu yang menyebabkan kematian atau kepergian. Dulu, masa arwah Abah meninggal dunia pun, I ego, cuba tak nak menangis depan orang, tapi semua tu bohong, ego lah macamana pun, memang tak boleh.

Bayangkan, kalau berhadapan dengan kematian, kita tak akan dapat tengok muka dia lagi buat selama-lamanya? Kita tak akan dapat dengar lagi suara dia buat selama-lamanya? Kita juga tak akan tengok lagi gelagat dia buat selama-lamanya, tak kiralah tengah marah atau gembira. Kan?

Sekarang I tak kuat, tapi orang mesti akan cakap, “Sabar, Rara”, yes I’m trying. Memang itu sajalah perkataan yang boleh digunakan untuk menenangkan seseorang atau sesuatu keadaan kan? Hidup, macam tu lah :(

18
May

Dah besar budak-budak ni ha

Posted under Kucing 19 Comments

Lagi empat hari.

Apa yang lagi empat hari? Lagi empat hari I akan naik KL, berjumpa dengan kakak-kakak tersayang, Ahmad Haikal dan Alesha yang busuk masam, Muhammad Syafi yang gedik dan kawan-kawan. Oh, tak sabar sangat. Tapi, I dengan sisters dah plan for something, tak boleh cerita dekat sini dulu nanti tak best. Nanti masa our planning dijalankan, I’ll updates through Twitter. Now, nak cerita pasal baby meow yang dah makin besar, sihat dan comel!

Ketiga-tiga meow di atas ni dah celik mata dah, tapi disebabkan I snap gambar masa baby meow semua ni tidur, so tak dapatlah nak tunjuk dekat korang. Teehee. Tapi, Snowbell belum bukak mata lagi T______T Eh eh, I taktahu nak bagi nama apa dekat budak-budak tiga ekor dekat atas ni. Snowbell je yang ada nama. Adik ada bagi idea, tapi semua nama yang dia bagi tak comel. Hehe.

Ni dia budak yang belum celik mata, baru buka sikitttttt je. Itupun macam tak ikhlas, asyik tidur 24/7. Nanti, masa I pergi KL, semua baby meow ni akan dijaga oleh Mak nya, iaitu Kiki, sambil diawasi oleh Pak Itam I. Mesti rinduuu sangat dekat semua budak-budak ni haa. Nasib baik kecil sangat lagi, kalau tak, I angkut je bawak pergi KL haaaa.

Btw, I asyik tukar watermark je. Bila tengok logo drama ‘Kita’ dekat Astro Ria tadi, rasa macam comel, tapi tak dapat lah sama camtu. Tapi mana lagi comel? Yang sekarang atau yang previous watermark? Okay, need you guys to give some opinion :)