Archive for the ‘Mobile Phone’ Category

29
May

My new gadget, hello baby.

Posted under Mobile Phone 59 Comments

Hai. Alhamdulillah kita berjumpa lagi. Entri hari ketiga dekat KL takda. HAHAHA. Gambar dengan buah hati ada satu je, tapi biarlah simpan dalam handphone diam-diam. Tak nak letak dekat entri sebab masa tu muka I teruk, maklumlah kan masa tu muka sedih sebab tak puas bercinta T_______T Semalam I dapat something dekat wall facebook I.

Hai Eyra, entri ini ditujukan khas untuk you. Hihi. Eh tak tak, sebenarnya entri ini direquest oleh baby (Mieya), I memang panggil dia as ‘baby‘, sebab I macam Mommy dia yang suka membebel pot pet pot pet :P Okay, beberapa bulan lepas memang I ada sedikit kekeliruan untuk memilih sama ada membeli Nokia E72 ataupun Blackberry Bold 9700. Honestly, masa tu I confuse sampai macam down, hihi teruk kan I? Padahal bukannya nak beli on the spot pun. I siap minta pendapat Syafi banyak-banyak kali, setiapkali I tanya, mesti Syafi jawab “B rasa E72 sesuai kot dengan Ayang, sebab Ayang ni bab camera cerewet sangat,”.

Apa yang Syafi cakap tu betul. I memang cerewet dengan camera phone. Melainkan kalau I dah ada DSLR nanti. Camera Blackberry Bold 9700 adalah 3.2mp, tapi kualiti kurang memuaskan nak dibandingkan dengan 3.2mp Sony Ericsson. I dah cuba camera Blackberry Bold 9700, memang tak boleh, I memang tak berkenan langsung. Jenis I pula, memang tak suka nak usung digicam ke sana ke mari T_____T

Akhirnya Nokia E72 dah selamat menjadi salah satu gadget I pada 23 May 2010, alhamdulillah. Features apa paling best? Memang banyak. Kiranya sesuailah bagi blogger or twitterer macam I ni. Hihi. Ada 3G (secondary camera), camera 5.0mp (high quality), ada Wi-Fi, Symbian OS 9.3, GPS, full qwerty keypad dan yang paling best mestilah sebab phone ni nipis je tau, 2.36 inches! I boleh update blog guna handphone, tapi not so me lah kalau update guna phone, sebab tak selesa, penat jari nak taip dekat phone tu ha. I juga boleh tweet tweet guna Tweets60 atau Dabr. I juga boleh memberitahu lokasi I dimana menggunakan Waze dan Foursquare. I boleh bermain Facebook! Okay semua boleh, jangan risau. Tambah-tambah lagi I dah pasang Wi-Fi dekat rumah. Oh ya, kalau nak download software apa-apa, boleh download di Ovi Store. Kebanyakkan software adalah free.

Sorry, gambar tak clear, guna camera handphone Mak, tak berapa ada quality T_______T Tapi tapi, ada orang tanya I, tak menyesal ke tak beli Blackberry Bold 9700 padahal kan beza harga cuma dalam RM300 saja? Jawapan I, tak. Eh bukan sebab nak sedapkan hati atau apa. Tapi lain orang, lain citarasa. I memang dah cuba guna Blackberry tu, dan cuba juga untuk jatuh cinta pada Blackberry, tapi tak boleh. Susah sebab benda penting yang I utamakan (camera) dah confirm tak menepati piawaian kehendak hati I ni :(

Hello hello, jangan cakap I tak mampu beli Blackberry heh, sebab ada ‘orang’ tu cakap, “Bagi yang tak mampu pakai Blackberry Bold 9700 tu bolehlah pakai E72 ni,”. I like err.. what the? Bukan tak mampu lah, tapi kalau 3G pun takda secondary camera, camera pun tak cantik, I nak buat apa? T____T BBM free? Err, itu je? Kalau boyfriend tak pakai Blackberry, nak BBM dengan siapa? I pun bukannya jenis manusia yang suka sistem pesanan ringkas ni. Hihi.

Kesimpulannya, tepuk dada, tanya selera :)

16
Apr

Sony Ericsson C903 untuk dijual

Posted under Mobile Phone 28 Comments


Hai. Tiba-tiba I rasa nak let go handphone kesayangan I, Sony Ericsson C903. Oh no no no, bukan sebab I terdesak takda duit heh, sapa cakap macam itu I akan letak kaki I dekat muka dia tahu? T______T I nak let go sebab I nak beli handphone baru, sekarang ini I tengah gilakan handphone yang ada qwerty keypad. I nak sangat, tapi kalau I beli handphone yang I nak, I tak nak pakai Sony Ericson C903 ini lagi sebab I bukan jenis manusia yang gemar pakai handphone banyak-banyak, nombor sampai dua tiga. No need. I pakai satu nombor sahaja.

Sony Ericsson C903Sony Ericsson C903 - Camera

Kalau uols tengok gambar-gambar dalam blog ni yang sharp and very the cantik, itu semua adalah jasa baik daripada Sony Ericsson C903 ini. I tak tipu, 5mp camera dah cukup untuk bagi uols hasil gambar yang cantik, lagi pulak ada autofocus dan LED flash. 3G ada, navigation GPS sistem pun ada. Harga I letak RM550 tapi boleh nego lagi ya. Sebab I baru pakai 5 bulan, I beli dengan harga RM1190. Serious buyer only heh. Yang sekadar nak nego-nego tapi main-main, memang nak makan kasut nama dia. I tak akan pos, I prefer COD je, dimana kita akan berjumpa, urusan boleh dibuat di area JB atau KL sahaja. Jangan risau, macamana set original I beli, macam itulah yang uols akan dapat, termasuk 2GB memory stick. Dan tak perlu risau juga sebab satu calar pun langsung takda heh, I ni memang pandai jaga handphone.

SOLD OUT

Page 4 of 8« First...23456...Last »