Archive for the ‘Mobile Phone’ Category
Jul
Happy Shichigatsu!
Peluk cium blog >:d<
Faham tak perasaan seorang Mak yang ada anak tunggal lepas tu tak dapat tengok muka anak tunggal dia selama 9 jam? T____T Macam tu lah perasaan I bila blog jadi Bandwidth Limit Exceeded semalam. SANGAP! Nasib baik memang dah bersedia secara fizikal dan mental. Itupun meroyan jugalah dekat Twitter. Hihi. Bukan apa, blog dah jadi macam tempat luahan perasaan, tempat berkongsi itu dan ini dan kiranya apa-apa benda mesti bukak Dashboard, create new post.
Angah call.
“Wei kenapa blog kau putih je ni? Dia tulis bandwidth limit exceeded”
“Bandwidth habis, malas nak tambah. Rindu blog aku ke?”
“Ala! Nak tengok blog kau”
“Hehe nak buat macamana”
T______________T Nampak sangat Angah jealous dengan previous entri. Nanti mesti dia nak suruh buatkan untuk handphone dia pulak. Entri kali ni, sempena 1st July, I nak share lagi pasal baby Nokia E72. I dah tukar theme comel dan ceria. Juga dah tukar font type. Yahoooo comelnya.

Disebabkan font comel macam gini, I jadi excited untuk SMS dengan Syafi. Knowing me, memang tak suka SMS, I malas nak taip dan tunggu orang reply message. Boring.

Kalau online Twitter guna Nokia E72, I lebih suka guna Dabr. Ringan, cepat loading. Kalau guna apps Tweets60 macam boring sebab lembap, lepastu macam tak user friendly sangat. Sekarang ni tweet guna phone pun dah suka sebab font comel (annoying tak).


Hoi I takda lah sejiwang ini. I copy ayat ni dekat mana entah semalam lepas tu send dekat Syafi. Rasa macam seronok nak kasi dia ayat jiwang sekali sekala. Hehe, I tak suka bagi ayat jiwang selalu, nanti tak dihargai. Kadang tu cakap ‘I love you’ pun Syafi request. LOL. Bukan apa, tak nak ayat tu dianggap macam kebiasaan, nanti jadi tak special. Hep hep, tapi I ni kalau mood jiwang jangan cakaplah, memang pengsan semua orang dengar I bermadah, berpujangga, berpuitis dll.
Eh besok I bertolak ke Kuala Lumpur, doakan I dengan family sampai dengan selamat pergi dan balik ya. Dan, harap tak hujan T___T I ada masalah kalau driving dalam hujan. Tsk. Eh eh doakan juga supaya tak banyak lori sepanjang highway.
Pergi pasar beli rambai, bye bye.
Jun
Turn off camera sound (silent) with your Nokia E72
Hai. Senangnya dalam hati.
Dah sebulan lima hari I pakai baby Nokia E72 (Danny), tapi baru semalam I sibuk nak explore theme, fonts, etc. Ini semua gara-gara tengok tweet from Lea ni.

Comel kan font dia? I cuba buat, berjam-jam mengadap laptop untuk buat, tapi I tak berjaya langsung pun. Maybe takda rezeki kot, sampai sekarang I dah give up dah. LOL. Selama ni, I cari theme dekat Mobile9, Mobile88 atau Ownskin tapi semuanya tak kemas, tak teratur, bersepah sana sini. Lea cakap, dekat OviStore ada theme tapi sikit. Eh I tak pernah terfikir nak cari dekat OviStore! So semalam I pergi OviStore dan cari theme. Jeng jeng jengg, I rasa inilah theme yang paling sesuai dengan I.


See? Ada seorang lelaki (Syafi), seorang perempuan (I lah tu), dan tiga ekor kucing (Oliey, Kiki & Tabby). Haaaa sesuai kan? Okay I love this theme! Eh eh SMS untuk Syafi tu ignore lah, I saja nak jakun guna software ScreenSnap. Tapi itulah, masih tak comel sebab font tak boleh tukar, rasa kecewa sangat. Maybe next time, I akan cuba sedaya upaya lagi T_____T

Siapa tahu macamana nak off camera sound? For your information, Nokia’s phone sekarang ni dah tak boleh silent camera sound tau, kira macam undang-undang baru kot tak boleh tangkap gambar orang senyap-senyap. Tapi camera baby Danny I dah takda bunyi dah. Yahoooo. Meh sini I ajar cara-cara nak suruh camera tu diam meh.
- Download this file (it is a small, only 1kb sis file), and save dekat Desktop.
- Pergi link ini. Register, atau kalau dah ada account tu, log in.
- Apply certificate. Isi lah apa yang dia suruh. Masa dia minta IMEI, masukkan IMEI phone korang. Dial *#06#.
- Bila certificate dah approve, pergi Signing Softs dan click pada radio button, then browse .sis file tadi yang dekat Desktop tu. Upload.
- Ada pop up window keluar and bila dah selesai, click Download, save to Desktop.
- Cucuk baby Nokia E72 korang tu dekat USB Cable. Masukkan file yang .sis yang dah Signed tadi tu dekat mana-mana files dalam Memory Card.
- Remove USB Cable, cabut dan pergi Menu > Office > File Manager, cari balik file .sis tadi. Install.
- Pergi Menu > Ctrl Panel > Profiles > Pilih profile yang sedang digunakan > Personalise > Warning Tones > Off.
- Restart phone. Cuba snap gambar. Dah senyap kan? Hehe.
It work on Nokia E71 too. Credit to this blog and thanks!
P/S: Tahniah kepada diri sendiri sebab berjaya menghasut Eyra beli Nokia E72 semalam. Welcome to the club babe!


