Archive for the ‘Memory’ Category

08
Oct

Blogger’s Meet Up : Sunway Lagoon.

Posted under Friends, Memory 35 Comments

Cerita dah basi (hari Sabtu minggu lepas punya) hahahahahah.

Macam ni, plan ni macam awal awal lagi dah plan, macam ramai nak join tapi tiba-tiba bila hari ketibaan, ramai cakap macam ada hal, tak dapat join. Tak apa tak apa, next time kita boleh berjumpa bila-bila masa. Cuma nak pergi Sunway Lagoon lagi tu macam tak nak lagi lah buang masa terdekat ni kot, lepas ni kita buat jalan-jalan ke rumah I pulak, LOL.

Sehari sebelum ke Sunway, I pergi ambil Ynn dekat rumah dia, lepas tu pergi launching Blackberry Torch dekat Westin Hotel Bukit Bintang. Eh I ambil Huda jugak tau, sebab Huda adalah partner Ynn untuk launching event tu. Oh lepas event tu, kitaorang makan makan dekat McDonald Setiawangsa then hantar Huda balik dekat Taman Permata. Haa lepastu tahu takkkkk, I ajak Ynn tidur rumah Kak Cujie. Hik hik hik.

Okay I nak korang perhatikan tangan Farah tu. Hahahah kena simen sebab jari patah, eksiden motor T_____T Well, I suka tengok Farah dengan Aisyah dah rapat dah, memang dah macam lama kenal je tau.

Baru masuk dalam air, tengah tunggu Syafi dengan Shafiq belikan pelampung. Hahahah sebenarnya nak pelampung sebab macam malas nak berjalan je pun. Motif? Nak duduk atas pelampung lepastu suruh Syafi tarik wahhahahaha.

P/S: Farah bukak simen kat tangan dia, hahahahhahah, nak mandi punya pasal.

Kelaparan selepas bermandi manda ; makanan memang mahal okkkk. Rasa macam nak bergaduh je sebab mahal sangat haha tetiba kan.

Masuk Sunway Lagoon tapi feeling macam pergi Zoo Negara. Semua Syafi punya pasal T_________T

“B tahu pukul 2.30-4.30 kita gi tengok tiger. B nak tengok tiger tu bangun tidur pastu makan”.

Sementara tunggu tiger bangun tidur, dia ajak pergi masuk zoo Sunway tu. Ishhhh, orang nak berendam, nak main games. Ggrrr. Sampai kering rambut.

Dari kiri : Syafi, Shafiq, Farah & Rara

Masing-masing layan je perangai Syafi dengan Shafiq nak tengok tiger.

Lepas tu I macam seboleh-boleh nak main game ni. Walaupun taktahu nama dia, tapi berusaha pergi cari maps, tunjuk dekat Aisyah. At last jumpa jugak, game ni mencabar jugak lah sebab macam menjunam tiba-tiba tanpa bantuan belt ke apa, cuma kena pegang besi tepi tu je. Seram gila.

Lepas tu girls semua nak naik roller coaster ni. Syafi dengan Shafiq mengada tak nak naik, alasan dorang tak best lah apa lah, padahal penakut! Lepas tu Shafiq buat-buat pergi toilet, Syafi pulak dipaksa oleh I untuk naik, LOL. Nak tahu ayat apa yang berjaya buat Syafi naik? I cakap camni, “Kata nak sehidup semati,”. Hahahahahhah. Dah naik, dia cam seronok pulak. Bukan apa, game macam ni lah sesuai untuk kita release tension.

Dulu I berani naik benda ni, sepuluh kali pun takpa. Tapi since benda ni dah pusing 360 darjah, jangan harap lah kan. Seriau ok kalau naik benda yang confirm confirm kepala macam jatuh ke bawah. Ish. Tapi Aisyah, Farah & Shafiq naik jugak.

Ku sangkakan burung hantu kecil sahaja, rupa-rupanya besar bukan main T____T Eeeii takut.

Sebelum balik barulah nampak Ynn dengan Faweez, ehem mereka berdatingan berduaan sahaja tau. I ajak bersama-sama pun tak mahu (nangis kejap). LOL, takpa takpa kita faham mereka mahu masa mereka. Hik hik. Tapi comel lah sebab masa mandi manda diorang manis betul.

Lepas tu, siap siap untuk balik memandangkan Sunway Lagoon pun dah nak tutup. Bincang bincang, kitaorang decided nak makan kat Sunway Pyramid, apa lagi kalau bukan dekat Kenny Rogers. Tapi nak nangis lagi sekali sebab Ynn tak dapat join makan makan tu sebab Ynn kena balik awal sebab takut Faweez tak tahu jalan balik sebab macam tak cam jalan kalau malam.

Ok lah, entri ni rasanya daripada pagi tadi asyik tergendala je nak taip. Eh lupa nak bagitahu. I dah duduk KL balik sekarang. Siapa siapa nak datang rumah, adalah sangat dialu-alukan heh, dekat Setiawangsa je.

Ok baiiiiiiiii.

11
May

Dari InTrend, ke blog dan Facebook, thankyou.

Posted under Friends, Memory 7 Comments

Lepas SPM, korang buat apa? Still contact dengan classmate masa sekolah tak? Hee, I contact dengan sorang je classmate I masa tingkatan empat dan lima, Amie. Itupun kadang-kadang lah SMS, tak selalu sangat. Bila rindu tu, call lah jugak, lepas tu berbual macam biasa. Classmate lain? I tak contact. Jumpa dekat Facebook pun macam tak kenal je. Masing-masing berubah. Yelah, dah lima tahun tinggalkan sekolah. Semalam, ada lah sorang perempuan ni add I dekat Facebook. Nama dia ‘Nur Liyana‘. Sebelum ni I langsung tak explore siapa yang add I, tiba-tiba bila dapat friend request from ‘Nur Liyana‘ ni, I terus click profile dia. Serious terkejut bila I tengok gambar Nana, my very bestfriend masa tingkatan dua!

friends

Mula-mula I tulislah dekat wall dia, macam biasalah say thanks sebab add I and I miss you lah apa lah kan, excited lah masa tu. I thought Nana macam tak nak tegur I sangat like others classmate kan. Rupanya tak. Nana bagi respond yang super nice. I tanya how come dapat jumpa Facebook I kan, dari wall kitaorang sambung chat pulak. Ini respond Nana sepanjang kitaorang chatting. I rindu Nana. Sangat.

btw i’m so proud of u…regarding ur awesome blog. harus cikgu suraya bangga. jah u very the terer. i sanggup buat facebook demi nak contact u taw. u look mature evnthough u still petite. u r gud listener. u r good friends la syg.. nana tengok intrend pastu mcm kenal n then trus capap dpn lappy n rogol la website ituuuuu. since dat mmg hari2 la rogol raracandyfloss ittuuu…

Rupa-rupanya dah lama Nana stalk blog I, sejak blog ni masuk InTrend. Macam-macam kisah kitaorang cerita. Daripada cerita tingkatan dua sampailah tingkatan empat dan lima. Masa tingkatan dua, I memang rapat sangat dengan Nana sebab kitaorang duduk bersebelahan. Apa-apa cerita semua nak kongsi, tapi bila time rehat, tak pernah rehat sama. Nana dengan geng dia, I dengan geng I. Hehehehe. Naik tingkatan empat, kitaorang sama-sama terpilih masuk kelas Produksi Multimedia, dibawah jagaan Cikgu Suraya Hashim. Tapi I dengan Nana dah tak berapa rapat sebab tak duduk sama. Lagipun Nana geng dengan budak lain, I pun geng dengan budak lain, padahal satu kelas. Dalam kelas tu macam ada puak-puak.

Tapi bila something happen dekat I, atau ada orang buli I ke atau buat I sedih ke, Nana mesti akan panggil orang tu and tanya macam-macam. Marah orang tu demi I. Demi I, okay? Nana still jaga I walaupun kitaorang takdalah rapat sangat pun masa tu. But I must admit, I still sayang Nana macam masa kitaorang tingkatan dua. I know Nana pun sama :’)

Hari last dekat sekolah, kitaorang tak jumpa pun. Masa hari graduasi pun kitaorang takda berbual mesra. Tegur-tegur camtu je. And last kitaorang jumpa masa September 2005, hari last SPM. Biasalah bila SPM, ada yang keluar awal dan lambat, so I keluar awal, memang takdalah jumpa Nana. Sekarang dah 2010, lima tahun dah berlalu. Sekarang jumpa balik, insyaAllah one day I nak jumpa Nana since Nana pun ada cakap yang dia nak datang JB lepak dekat I.

So you guys macamana? Ada ke contact lagi dengan classmate? Hehe, seronoknya bila I tengok ada yang still buat reunion apa semua tu -______-

nana

Haaa, inilah Nana! Nana, if you read this baby, I nak you komen entri ni tau. Tak kira, hehehehe. I miss you, so badly.

Page 1 of 3123