Archive for the ‘Celcom Broadband’ Category
Aug
Harga baru untuk Celcom broadband adalah keterlaluan
Hai selamat hari Khamis, LOL.
Hari ini mood I sangat baik dan insyaAllah akan baik sampai hari Selasa nanti (perancangan awal). Boleh? Tapi, entri hari ini I macam nak meluahkan perasaan sebagai hak pengguna T______T
Dah dua tahun lebih I menggunakan perkhidmatan Celcom broadband. Alhamdulillah, coverage dekat area rumah I ni sangat memuaskan, jarang-jarang buat masalah. Disebabkan rumah takda fixed line, I teruskan jelah pakai Celcom broadband ni, lagipun bila travel mana-mana senang nak bawak, boleh online. Bil bulanan mahal sikit pun takpalah as long as puas hati pakai kan?
Tapi, sejak beberapa bulan lepas, I beli wireless router. Maknanya dalam masa yang sama, adik surf internet, I pun boleh surf internet. Biasalah, bila dah jadi macam tu, dengan YouTube, online game dan lain-lain, bandwidth 5gb yang disediakan oleh pihak Celcom tak mencukupi. Setiap bulan lah I call Celcom careline untuk topup bandwidth.
Harga untuk topup bandwidth:
- 1gb – RM5
- 5gb – RM20
Biasanya I topup terus 5gb, iaitu penambahan sebanyak RM20 pada bil akan datang. Means, RM98 (bil bulanan tetap) campur dengan RM20. Okay fine, itu I tak kisah lah kan. RM20 tu berbaloi lah jugak kiranya.

TAPI! Baru kejap tadi ( 26 August 2010 – 11:47am ) I call Celcom careline untuk topup bandwidth, dengan yakinnya I cakap nak tambah 2gb, bermakna RM10 kan? Tiba-tiba staff Celcom tu cakap, dah ada pertukaran harga. Ingatkan 5gb jadi RM25 ke, tak pun RM30 ke. Nak tahu harga baru untuk tambah bandwidth broadband?
- 1gb – RM15 (sepatutnya harga ni boleh beli 3gb, kenaikkan harga sebanyak tiga kali ganda)
- 5gb – RM50 (lebih dari dua kali ganda harga asal)
Melampau kan? Nampak sangat mengambil kesempatan. Tak elok lah buat macam ni. Kita ni pengguna, kadang-kadang coverage Celcom tu masa hujan terutamanya memang ada gangguan lah. Kadang-kadang tu Celcom tengah upgrade network pun ada gangguan jugak. Tapi bagi I biasalah tu kan? Mana ada yang perfect. Walaupun Streamyx, ada jugak gangguan. Janganlah naikkan harga secara melampau macam tu kan?
Haih, orang lain sibuk nak turunkan harga, yang ni pulak naikkan harga mendadak sangat T_____T Seriously, I rasa sampai bulan depan jelah I akan subscribe Celcom broadband ni. Lepas ni memang nak bertukar lah. Tak kiralah terpaksa pakai fixed line ke apa. Memang niat dah lama ada untuk bertukar, tapi sebab memikirkan service Celcom pun not bad, I teruskan. Tapi, kali ni memang ‘BYE BYE’ sebab dah melampau lah kan. Tak patut kot naikkan harga mendadak macam tu.
Harap sangat pihak Celcom boleh fikir banyak kali balik benda ni. Haih. Tak lama lagi nak naikkan harga untuk broadband daily/weekly pulak ke? Broadband daily sekarang RM6 for 24hrs, nanti RM30 pulak ke? Heh.
P/S: Keluhan hati seorang pengguna :(

