Archive for the ‘Fashion’ Category

30
Oct

Tips kulit sihat dan cantik

Posted under Fashion, Tips 2 Comments

nak kulit sihat? tak perlulah sampai pergi berhabis duit dekat beauty saloon. kononnya nak manjakan diri. kalau kita sendiri pandai jaga kulit, tak akan ada masalah kulit suram atau sebagainya. yang penting, kita kena selalu manjakan diri dengan cara kita sendiri tanpa perlu mengeluarkan belanja ratus-ratusan ringgit. jom kita cuba tips yang dikongsikan oleh intrend ni!
  • makanan sihat

elakkan atau kurangkan makanan yang boleh menyebabkan muka berjerawat dan kulit berminyak. contohnya coklat, kentang goreng and minuman soda. banyakkan makan sayur (ehem) and buah-buahan, ia lebih mendorong untuk mendapatkan kulit sihat.

  • senaman and minum plain water

bersenam secara teratur mempengaruhi kesihatan kompleks kulit muka. selain itu, penting untuk you guys tahu, you guys kena minum lapan gelas plain water sehari. bila darah dalam badan berjalan lancar, ia boleh menjadikan kulit kita berseri balik. you guys juga kena tahu, bersenam and minum plain water boleh mengurangkan stress tau.

  • cuci muka sebelum tidur

haaa. siapa yang tak pernah cuci muka sebelum tidur? muka still ada blusher, ada mascara, eyeliner, lipstick, lepas tu terus tidur. bukan setakat pemalas, pengotor pun ada jugak heh. biasa-biasakanlah diri tu untuk basuh muka dengan air suam sebelum tidur. pembersih muka mestilah sesuai dengan kulit. and then sapukan penyegar, diikuti dengan pelembap. sekali seminggu, gunakan scrub atau revive gel untuk membuang kotoran lama yang menempel pada muka dan mengecilkan liang pori.

  • tidur yang cukup sangat penting

tidur yang cukup adalah tidur selama lapan jam setiap malam. confirm esok pagi you guys bangun dengan segar. bangun tidur tu jangan lupa mulakan hari dengan senyuman. sambil menggeliat tu, sambil senyumlah and cakap pada diri “have a nice day”. hihi. rasanya you guys tahu lah kot kalau tidur yang tak cukup boleh menyebabkan lingkaran hitam bawah mata.

  • lindungi kulit daripada cahaya matahari

penting sekali melindungi kulit daripada sinaran matahari yang menyebabkan berkeriput, terbakar dan kemerah-merahan. gunakan cream dengan spf 15.

  • berhenti merokok

ayyomaa, ayyopaaaa. ada tak perempuan yang merokok tengah baca ni? T_______T seriously, merokok boleh menyebabkan proses penuaan yang melampau; muka cepat berkedut.

terimalah muka sebelum tidur daripada i :’) TAKPAYAH kot nak hipokrit sebab i memang tak lawa.
27
Oct

I love earring

Posted under Daily buys, Fashion, Friends, Gift No Comments

earring. i loveeeeeee earring. serious. kalau ada orang nak hadiahkan i, tak payah susah-susah fikir, boleh beli earring, tapi jangan lah beli yang seringgit dua tu. baru pakai sekali dah patah. eh eh eh cop. macam lah ada orang nak hadiahkan. tak guna cakap banyak. ok ok nak sedapkan hati nanti i hadiahkan untuk diri sendiri. baikkkkkkk.

you guys pernah tak tengok orang pakai earring type 16mm flesh tunnel? huih. i pernah tengok. depan mata. takutttttt. tapi i tak takut kalau tindik banyak-banyakkkkk. hihi. masa remaja dulu biasalah nakal lebih, social lebih, mengada lebih.. i tindik sampai tiga lubang belah kanan, and dua lubang belah kiri. sekarang ni i nak simpan satu lubang je. yang lain dah nak tutup dah. i bukan tindik satu-satu tau you guys. i tindik sekali dua terus. masa tu the girlfriends yang teman. i yang tindik, diaorang yang tutup mata. kenangan betul. dulu jelah i nakal macam tu, sekarang ni nakal jugak tapi nasib baik dah duduk jb ni ha. kurang sikit lah heh.

yes yes yes, i bukan budak baik macam ayu sangat atau macam feminin sangat atau eh eh atau terlampau baik sangat pun. tak tak takkkkk.

punyalah pemalas nak buat storyline sampai letak je gambar lepas tu biar je you guys tengok sedikit sebanyak daripada collection i. start from now memang i nak collect earring. hobby ni dah lama sebenarnya terpendam dalam diri i. since i meningkat keremajaan memang i dah gilakan earring. okay sekarang boleh comment dan cakap “wah cantiknya earring” hihihihii. kalau malas nak comment, you guys memang garfield. meowwww!
Page 4 of 6« First...23456