Archive for the ‘Heart’ Category
Jul
Merajuk sikit, boyfriend pujuk bawak bunga
“Mulut orang, kita tak boleh nak tutup, sayang..”
Itulah yang selalu I dengar dari Syafi. Hubungan ni dah nak hampir tiga tahun dah, dengan kata-kata tu jelah I dengan Syafi mampu bertahan sampai sekarang. Dari awal bercinta sampailah sekarang ni, bukannya tak ada langsung benda yang melukakan hati masing-masing. Ada. Nak-nak lagi bila dah berjauhan macam sekarang. Kira jauhlah jugak kan JB – KL tu. Bukannya macam hubungan jarak dekat. Merajuk sikit, terus boyfriend pujuk datang rumah bawak bunga, bawak chocolate T______T
Kadang-kadang tu, I tewas juga. Bila dengar kawan-kawan cakap itu ini pasal dia, hati I cepat sentap. Lepas tu mulalah badmood tak tentu pasal padahal Syafi tak tahu apa-apa. Kesian dia. Sampailah Syafi pernah marah I sebab suka sangat dengar cakap orang daripada cakap dia sendiri. Itu maknanya I tak percaya dia kan? Memanglah, mana boleh nak percaya hundred percent!

I bersyukur jugaklah sebab Syafi jenis yang kuat. Apa sekalipun yang orang cakap tentang I, dia tak pernah melenting tak tentu pasal. Dia cakap, dia lebih kenal I, dia tahu I jenis macamana orangnya dan dia takkan percaya benda tu dengan mudah. Macam dulu, masa kitaorang baru dua minggu couple. Kitaorang tukar phone number (biasalah konon-konon macam nak make sure lah setia ke tak LOL). Lepastu ex boyfriend I kacau Syafi, cakap macam-macam pasal I. Syafi takda pun terus nak marah ke apa. Cuma dia sentap sikit lah kan. Lepas tu I pergi rumah dia (masa tu kakak dia ada dekat rumah, kakak dia sendiri tahu dia tengah sentap HAHA). I tunggu dia balik kerja and explain everything. Masa tu dah lah bulan puasa. Berbuka puasa dekat rumah dia, first time jumpa parents and siblings dia. Okay, I rindu saat tu T_____T
Hmm. Sebenarnya I rindu nak berbual dekat sini pasal Syafi. Sorrylah kalau sesiapa terasa macam menyampah ke annoying ke :/
Actually, I ni kan suka dengar Syafi bercerita. Dia pun suka dengar I bercerita. Mungkin sebab tu kot kitorang ni serasi. I paling suka bila Syafi bercerita tentang kawan-kawan dia sebab cara lelaki berkawan memang best daripada perempuan. Jarang I dengar lelaki berkawan dengan lelaki lepas tu ada backstabber. Diaorang akan berkawan secara jujur dan happening je. Setia kawan lelaki lebih kuat berbanding dengan persahabatan perempuan tau. So, bila Syafi cerita pasal kawan-kawan, lepas tu ada salah seorang kawan tu dah ada awek, haa memang I dengan Syafi lah paling excited. Tapi bila salah seorang tu broke up ke apa, memang kitaorang sekali akan rasa tempias kecewa tu haa sampai macam tu sekali tau. So far, alhamdulillah, hubungan kitaorang ni yang paling lama berbanding kawan-kawan dia ataupun kawan-kawan I.
Cuma, I sedih sikit bila I perasan satu keadaan dimana I boleh rapat dengan kawan-kawan Syafi, tapi Syafi tak boleh rapat dengan kawan-kawan I. Kawan-kawan I jenis tak berapa sporting lah (which is diorang sendiri sedar perkara ni). Kalau I bawa Syafi jumpa diaorang pun, diorang nampak ketara tak selesa. Mungkin setakat ni, diaorang belum faham kot perasaan serba salah I. Okay macam ni lah, I ni duduk JB. Syafi dekat KL, kawan-kawan pun dekat KL. Pulak tu bila I balik KL for a days only, mana lah sempat nak spent time dengan kedua-duanya sekali. Terus terang I cakap, I memang kena lebih pentingkan Syafi lah kan. I ni, bukannya berani nak drive sorang. So bila dekat KL, memang the only one yang akan menemani I driving adalah Syafi. Ke mana-mana I akan bawa dia termasuklah kalau nak lepak dengan girlfriends I.
Satu benda yang buat I rasa tak selesa bila nak menyuarakan keinginan I. Contohnya, I ni gila gadget. Memang pantang dengar gadget best-best mesti meronta I nak. Lagi satu jenis I ni, dengki sikit. Contohnya I dapat tahu orang terdekat nak beli handphone baru jenis sekian sekian. Terus I pun rasa nak jugak T_____T Lepas tu I pergi google gambar handphone tu, tenung lama-lama, makin lama hati I makin resah nak jugak. Selalunya bila macam tu, I akan berangan dan secara tak langsung, topik utama perbualan I pada masa tu mestilah benda yang I nak je. Bila Syafi dengar atau baca status Facebook ke apa, dia akan terus cakap dengan I, “Ayang tak payah nak susah payah sangat bergelut cari duit nak beli benda apa yang Ayang nak. Itu tanggungjawab B”. Bila dah jadi macam tu, I rasa guilty. Tapi dah kata perempuan gila gadget macam I ni, memang susah nak kawal perasaan tu. Mesti akan tercakap.
Satu hal lagi yang buat I sayang Syafi. Dia tak pernah macam pertikaikan kenapa I suka collect benda comel. Ada lelaki yang akan rasa ‘perempuan tu tak matang’ bila collect cutesy thing. Ada lelaki jenis terus cakap “Eei awak ni membazir je beli benda macam ni. Macam budak-budak!”. Haa kalau I? Dah tahu dari awal, dia tak boleh support minat kita, lebih baik move on dan tak payah lah nak hipokrit lupakan hobi dan minat kita tu semata-mata sebab dia. Untunglah I dapat Syafi, bukan support minat I je, dia pun cuba juga minat apa yang I minat. Hehe. Tunggu entri lain nanti, ada update pasal benda comel yang Syafi belikan untuk I!
Dah panjang kan? Okay bai.
Jul
Pengalaman Syafi di Ang Mo Kio, Singapore.
Kesian Syafi.
Haha tiba-tiba kan. Tapi memang kesian la sebab tak puas berjalan dekat Singapore. Takpa perlahan-perlahan kan. Lagipun masa tu rushing sangat. Dengan nak kejar masa untuk bawak Mak pergi pasar malam beli makanan. Hehe. Next time dah plan nak bawak Syafi pergi Toa Payoh, Bugis Street & Causeway Point.
Kenapa tak bawak pergi Sentosa Island? Heh, tunggu duit berkepuk lah baru sedap pergi. Harga semua benda dekat Sentosa Island tu mahal gila kot T___T Orang susah, mana mampu.

Passport Syafi, LOL. Ini adalah first time Syafi pergi Singapore heh. I rasa macam bangga sikit lah bila pergi Singapore, I yang macam jadi tourist guide. Kalau dekat KL kan, I mana hafal jalan sangat. Hihi. Kata je membesar dekat KL selama dua puluh tahun, tapi jalan tak hafal-hafal. Alasan? Jalan KL selalu berubah.

Alololo comelnya sayang saya niii. Pakai baju Sesame Street warna kuning amboi amboi amboiii. Actually, I nak beli warna biru tu, tapi Mak cakap sama sangat dengan Angah & Abang Azam punya. Diorang punya tshirt warna merah. Ada juga warna hijau tapi kartun Sesame Street tu dalam tong sampah, euw tak nak lah. So I dengan Syafi decide pilih warna kuning, ikut nasihat Mak. Hehe.

Kitaorang dah ada beberapa pasang baju couple ni sebenarnya. Dulu pun pernah letak kat blog kot. Tapi jarang lah pakai since kitaorang ni jauh kan. Baju Syafi yang untuk couple shirt semua I simpan. Bila pergi KL atau dia datang sini barulah pakai. Heh.



Pergi sana shopping tak banyak. Berbekalkan duit sekadar beberapa dollar saja, Syafi rembat tiga helai tshirt, I pulak macam biasalah, shopping Hello Kitty. Haha, tapi tak banyak pun. Sikit je T_____T Next time pergi Toa Payoh baru boleh beli banyak kot. Kot lah. Tsk.
Bila dah sampai JB, Mak tanya.
“Puas, Pi?” — Pi adalah singkatan kepada Syafi.
“Tak puaslah Mak. Next time lah kan”
“Ala kesiannya. Tu lah. Mak suruh tidur sana, tak nak”
I menyampuk.
“Ala. Kalau tidur sana kena ada Mak lah. Malu lah duduk rumah Mak Mah”
Thanks Mak Mah sebab bawak kitorang jalan-jalan dekat Interchange and Ang Mo Kio hub :)







