Archive for the ‘HIDUP SEORANG BLOGGER’ Category

29
Aug

HIDUP SEORANG BLOGGER II

Posted under HIDUP SEORANG BLOGGER 18 Comments

Salam.

HIDUP SEORANG BLOGGER yang sentiasa berkeinginan tinggi terhadap sesuatu terutamanya gadget baru ( handphone, laptop dll ), akan mementingkan wang. Dan sementara wang yang terhasil daripada blog akan digunakan untuk memenuhi keinginan tersebut. Ramai beranggapan, blogger yang mencari ‘ duit tepi ‘ daripada blog adalah desperate. Desperate yang dimaksudkan adalah apabila blogger itu sentiasa memantau traffik blog beliau.

HIDUP SEORANG BLOGGER yang mempunyai keinginan itu akan terus memastikan earning daripada pihak pengiklan sentiasa bertambah. Lagi banyak, lagi gembira. Biasalah, siapa yang tak gembira bila dapat duit? Biasanya, blogger jenis yang kutuk-kutuk blogger yang cari ‘ duit tepi ‘ melalui blog ni, adalah penuh sifat hasad dengki dengan rezeki orang lain ataupun beliau dilahirkan dalam keluarga yang berada, duit berlambak-lambak di depan mata. Hehe.

HIDUP SEORANG BLOGGER yang mengumpul duit daripada blog itu meneruskan blogging dengan hati kental. Tidak kisah orang mengata tentang kehidupannya yang sentiasa mencari traffik untuk blog. Apa yang nak dikisahkan selagi beliau berusaha sendiri? Cek buffered earning/CPM pada setiap pagi, ala come on lah, kebanyakkan orang yang letak iklan di blog pun akan buat benda yang sama, ye tak? Tipulah kalau nak kata tak ambil kisah langsung kan? Tak perlu hipokrit, biarkan saja blogger-blogger yang mencari ‘ duit tepi ‘ melalui blog, rezeki datangnya dari Allah SWT dengan hasil usaha kita sendiri.

HIDUP SEORANG BLOGGER

Image by : Google

HIDUP SEORANG BLOGGER seperti saya, secara jujurnya mengakui saya juga selalu mencari idea untuk mendapatkan traffik apabila buffered campaign/CPM sedang berjalan. Bukan itu saja, malah sepanjang buffered campaign/CPM berjalan, saya juga akan cek earning pada setiap pagi selepas bangun tidur. Maknanya saya adalah seorang yang fikirkan duit 24/7? Oh, itu sudah semestinya, hehehe.

HIDUP SEORANG BLOGGER yang ingin lebih maju menggunakan domain dan hosting? Tidak semestinya! Sudah banyak blogger berjaya tanpa domain name ( .com , .net , .my dll ) dan tanpa self-hosted. Buktinya, blog Kb-Mall-Runtuh dan Irene Nadia dianggap sangat berjaya.

HIDUP SEORANG BLOGGER yang update blog tentang tips mesra SEO dianggap sampah? Itu bagi kamu, yang tidak perlukan tips tersebut, jadi kita bagilah peluang pada orang yang memerlukan tips tersebut untuk baca. Tak apa kan? Janganlah ada sedikit yang tidak puas hati akan berterusan tidak puas hati. Manusia ni ragamnya lain-lain. Kalau kamu nak semua orang penuhi citarasa kamu, memang sampai bila-bila lah takkan dapat!

HIDUP SEORANG BLOGGER banyak lumrahnya. Tak semua orang suka dengan gaya penceritaan kita. Macam saya, ramai yang tak suka cerita-cerita yang ada di blog ni, nak nak lagi kalau kisah cinta kot? Mungkin akan jadi bosan dan jemu. Yelah, siapalah yang suka baca kisah cinta orang lain kan? Hehe. Tapi, saya kuatkan semangat untuk terus berblogging kerana ada juga readers yang masih menghargai blog ni, ada juga beberapa kali dapat email kata-kata semangat dan nasihat untuk saya di alam blogging ni.

HIDUP SEORANG BLOGGER haruslah ingatkan diri masing-masing, bahawa sampai bila-bila pun kita takkan mampu puaskan hati semua pihak. Itu prinsip saya dari dulu lagi.

Entri ini adalah entri wajib kedua ( yang terakhir ) untuk contest SEO – HIDUP SEORANG BLOGGER yang dianjurkan oleh saudara Denaihati yang pemurah dan hadiah ditaja oleh eQurban. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk menyertai contest ini, keputusan kita nantikan dengan penuh sabar, manalah tahu kalau rezeki berpihak pada saya? Hehe. Apapun ilmu SEO yang saya ada tidaklah sehebat mana, sekadar mencuba.

22
Aug

HIDUP SEORANG BLOGGER

Posted under HIDUP SEORANG BLOGGER 96 Comments

Bismillahirrahmanirahim.

HIDUP SEORANG BLOGGER bermula pada April 2008. Masa tu tak lah aktif sangat macam sekarang ni, senang kata tak addict lah. Readers pun bukan kata sikit, tapi langsung takda. Terpengaruh untuk join blogging pun sebab kakak. Eh, sebenarnya sebelum tu dah sign up blogger dah, cuma blog tu private, kisah cinta zaman muda, LOL.

HIDUP SEORANG BLOGGER bukannya senang macam orang cakap. Orang lain yang bukan blogger bila dengar cerita ‘blogger berjaya‘, mesti diorang anggap senang nak sampai tahap tu. I sendiri pun dah dua tahun lebih menjadi blogger, tak pernah sampai tahap ‘blogger berjaya’ tu. Memang betul, I banyak dapat duit hasil iklan di blog, iaitu dari Nuffnang dan Innity. Tapi blog I picisan saja, hehe. Setakat ni, memang banyak pahit manis sepanjang berblog. Cemuhan dari anonymous memang kebiasaan lah bagi blogger, yang sebenarnya anonymous itupun selalu datangnya dari kalangan blogger juga, setuju?

HIDUP SEORANG BLOGGER adalah sangat mementingkan disiplin. Kenapa? Sebab disiplin lah faktor utama untuk kita update blog. Macam I, setelah menapak selama dua tahun di blogspot ( http://queenrara.blogspot.com/ ) , bertukar domain name kepada http://www.raracandyfloss.com/ , I mengambil keputusan untuk meneruskan blogging dengan self-hosted WordPress. Alhamdulillah, ada rezeki untuk memiliki platform self-hosted. Bila dah keluar duit sendiri untuk blog, yang I rasakan agak mahal lah jugak tapi berbaloi-baloi, rasa disiplin untuk update blog tu semakin lebih baik dan teratur.

HIDUP SEORANG BLOGGER akan seronok dan excited untuk mengetahui perkembangan blog sendiri. Turun naik nya traffik blog. Pantau unique visitor blog. Seronok untuk blogwalking di blog orang lain, tak kira lah blog itu genre personal, news, atau memberi tips dan tutorial. Sebenarnya sebagai blogger, harus memastikan kandungan blog itu adalah benda yang nyata, tidak sesekali memberi info yang salah supaya tidak terlibat dengan mana-mana percanggahan.

HIDUP SEORANG BLOGGER

HIDUP SEORANG BLOGGER dapat berkenalan dengan ramai kawan yang sporting. Daripada blog, berkenalan di Facebook, di Twitter dan paling tak sangka, dapat berjumpa dengan ramai blogger. Seronok tau. Kadang-kadang tu, jumpa secara tak sengaja! Contohnya macam I pergi Bubbles shop, Temerloh, Pahang. Tiba-tiba, owner kedai tu tegur, “Rara ke?“. Macam tak sangka, kan? Dia kenal I sebab dia baca blog I. Dan beberapa bulan lepas pula, pergi Jusco Bukit Indah, Johor. Tiba-tiba silent readers tegur “Eh, ni Rara kan?”. Bukan nak kata popular, tapi alhamdulillah, at least readers kenal I, dari situ I anggap ada juga orang hargai blog ni.

HIDUP SEORANG BLOGGER juga akan lebih mementingkan kualiti gambar. Bagi blog personal macam I, kualiti gambar sangat penting. Kalau boleh tak nak update entri bagi gambar yang bersaiz kecil atau kurang jelas. Gambar kena sharp dan cantik.

Nak tahu tak, disebabkan terlalu addicted dengan blog, dah macam jadi rutin harian HIDUP SEORANG BLOGGER untuk refresh blog sendiri banyak kali dalam sehari. Ini adalah kes syok sendiri, kot? Kalau bosan, mula lah buka software Adobe Photoshop, Adobe Illustrator atau Dreamweaver untuk edit mana-mana bahagian yang dirasakan perlu!

HIDUP SEORANG BLOGGER bagi I, ni pendapat I lah kan, kalau nak blogging tak perlu lah ada istilah ‘blogger otai’ atau pun seumpamanya. Takda maknanya jangka masa seseorang itu menjadi blogger dijadikan sebab untuk dipanggil ‘blogger otai’! Hehe. Just my two cents.

Akhir kata, HIDUP SEORANG BLOGGER banyak menghabiskan masa paling kurang 6 jam untuk menghadap laptop demi blog. Hehe.

Entri ini dibuat untuk SEO Contest – HIDUP SEORANG BLOGGER yang dianjurkan oleh saudara Denaihati dan sponsor oleh eQurban. Terima kasih kerana memberi peluang untuk menyertai contest ini. Good luck untuk semua peserta!

Page 1 of 212