Archive for the ‘Hello Kitty’ Category
Oct
Ini kisah saya dengan emak
i sayang mama i. and kebanyakkan readers pun tahu i dah kehilangan seorang abah tiga tahun lepas. pejam celik pejam celik dah tiga tahun i tak dengar suara abah. tak dengar abah gelak. tak tengok muka abah merajuk. jangan risau. i boleh terima kenyataan. i tahu Allah SWT sayangkan arwah abah. al-fatihah. maknanya sekarang i cuma ada mama, ada kakak and ada adik. semua tu penting dalam hidup i. penting. yes. penting.

you guys masih ada emak and abah? hargailah. jangan lupa. satu hari nanti you guys mesti akan kehilangan mereka juga. i bukan doa. tapi serius. i dulu tak pernah terfikir yang i akan kehilangan arwah abah. but Allah SWT ambik nyawa arwah abah sekelip mata. padahal arwah abah tak pernah tunjuk sakit. tak pernah cakap dia sakit. tak pernah merungut sebab sakit. tak pernah. sekelip mata tiba-tiba arwah abah ada luekimia. ada darah beku dalam otak. tak sampai sebulan sakit, dah meninggal. again. Allah SWT lebih sayangkan arwah abah.
mama. mama yang terbaik dalam hidup i. you guys pun mesti cakap emak you guys yang terbaik. kan? ada yang nak cakap emak dia jahat? eh hello guys. jangan lupa awak tu keluar dari mana heh. kalau tak berpeluh emak awak tu. kalau tak mengerang kesakitan emak awak tu. awak ingat awak boleh ada dekat candyfloss baca entri ni sekarang ni? hahahahhahhahahhahekk.

apa i nak. apa i teringin. semua dapat. semua mama bagi. semua mama beli. i merungut streamyx tak bagus. mama belikan maxis broadband. bayar bil internet untuk i setiap bulan. i merungut maxis broadband tak hebat. mama belikan celcom broadband. bayar juga bil internet untuk i setiap bulan. sekarang i merungut celcom broadband suka buat hal. tak ada coverage. coverage lambat. pun mama setuju bila i nak beralih ke p1. cuma belum tahu lagi. sebab i dengar p1 pun sama.
“nak tukar celcom broadband boleh? maxis ni connection slow sangat”
“berapa sebulan?”
“RM129″
“okay”
i meminati karakter kartun hello kitty. mama support. mama belikan hello kitty item. mama bagi duit untuk i shopping hello kitty. pergi singapore pun mama tanya mak mah dekat mana ada hello kitty shop. mama suggest dekat i, suruh beli laptop bag hello kitty. mama suka bila i bawak balik speaker hello kitty. malahan. mama belikan i hello kitty handphone berharga RM7++ untuk i. i love you mama :’)
“ma, ma. cuba tengok handphone ni” -tunjuk dekat internet.
“berapa tu?”
“after convert dalam RM7++”
“dekat mana ada jual?”
“seller ni dekat singapore. tapi handphone tu kat china”
“cuba suruh abang ngah order kan. nanti mama bayar”
before pindah jb. i cakap dengan mama i nak ambik driving license. mama tak yakin. mama tak percaya. mama kata nanti habiskan duit mama je padahal nanti tak lulus. i anggap kata-kata sebagai cabaran. i pujuk mama. mama bagi duit. mama carikan school driving yang terbaik untuk i. supervisor dekat tempat kerja mama yang ajar i. sebab dia juga adalah driving teacher. i belajar. sampai i dapat license. ke mana-mana i bawa mama. sekarang i makin berani berdriving. tak macam dulu. takut-takut. itupun sebab mama yang membakar semangat i. sayang mama.
i masuk wad. mama temankan i dekat hospital seminggu. mama sanggup tidur tak lena =_______=
dua hari lepas. syafi kata dia makan nasi lemak lauk paru sambal. i teringin. i cakap dengan mama. semalam mama ajak pergi pasar malam. mama beli paru. hari ni mama masak lauk paru sambal. i tahu mama sayangkan i, malah lebih dari itu.

you guys tahu? i sayang mama i. i cinta mama i.

Oct
Siapa cepat dia dapat
sesiapa follower raracandyfloss.com di twitter and facebook,
korang mesti tahu jumaat baru-baru ni, rara and family ke singapore.
macam biasalah, bulan syawal macam ni memang suka nak ke rumah
saudara mara. memandangkan dekat sana ramai saudara mara, so macam
fun lah bila beraya dekat sana; dah umur dua puluh satu tapi still dapat
duit raya kah kah kah kah kah fun atau tak fun? fun gila wehh.
okay cerita lain kita cerita di entri lain. hari sabtu tersebut i ke toa payoh
and i ada beli beberapa item hello kitty; siapa cepat dia dapat heh.

wallet ni seriously paling i suka. i dah ada satu. and i beli dekat
sanrio shop area tampines 1. masa i beli hari tu ramai yang nak.
so yang ini i cuma beli lagi satu stock sahaja.

bahagian belakang :D
hello kitty coin bag
price : rm29 (termasuk postage – RM6 pos laju malaysia)1 available reserved by Putri

hello kitty comb
price : rm14 (termasuk postage – RM6 pos laju malaysia)1 available SOLD OUT

hello kitty plastic mug
price : rm15 (termasuk postage – RM6 pos laju malaysia)
1 available

hello kitty sticky notes
price : rm15 (termasuk postage – RM6 pos laju malaysia)
* kalau korang nak guna pos ekspress rm4.50 je pun boleh,
tapi tak dijamin selamat okay.1 available for polkadot,
polkadot reserved by Putri
hello kitty shower gel/hand soap refill bottle
price : rm30 (termasuk postage – RM6 pos laju malaysia)2 available SOLD OUT
now korang boleh order through comment, or email
queenshira@gmail.com
untuk dapatkan account number : CIMB sahaja i ada.
bila korang dah bank in hari ni, rara akan pos item pada hari esok.
siapa cepat dia dapat, ingat heh :P

