Archive for the ‘Hello Kitty’ Category
Jul
Present from my boyfriend and when he meet my mom for the very first time
Keh keh keh. Sorry lambat sambung cerita.
OH jom lah I show off sikit pasal hadiah yang I dapat, hihi. I dapat sekaligus TIGA hadiah. Maknanya ada TIGA bungkusan berbalut cantik. Sayangnya nak bukak, penuh hati-hati. Walaupun hati dah tak sabar nak tahu hadiah apa KAH KAH KAH.
“B, nak bukak hadiah mana dulu ni?”
“Mana-mana lah”



SEMUAAA HELLO KITTY ITEM! OH-EM-GHEEE. Rasa macam nak menjerit tapi disebabkan keadaan senyap sunyi waktu tu pukul 2 pagi, I macam cover sikit. HAHAHA. Tapi ada lah jerit secara sopan sikit, kot.
Semuaaaa I suka! Mana pulak tak suka, Hello Kitty pulak. Dah lama kot I tak shopping Hello Kitty stuff, sekali dapat camni, rasa terharu sebab boyfriend macam comel pergi kedai beli Hello Kitty stuff. Bila bayangkan dia pilih pilih barang tu, eeeee comelnyaaaaaaa.
“Bila baby beli hadiah tu?”
“Dah lama kot B simpan. Masa tu kita 3 bulan”
“Bila? Yayang taktahu pun. B pergi dengan sapa?” -Haruslah siasat kan, keh keh.
“B pergi sorang jelah. B jalan-jalan tiba-tiba lalu depan kedai tu, B tengok banyak Hello Kitty” -Tak ingat dialog betul, lebih kurang camni lah.
TAPI memang terharu laaaa. Lelaki pergi pilih barang Hello Kitty lepastu suruh orang tu balutkan, tak ke macam satu benda yang patut I banggakan? *berlinang airmata*
Hari Sabtu tu, I dengan Akmal bawak Mak pergi beli barang untuk kenduri. Lama jugak lah dekat kedai tu, Akmal tolong ambilkan barang barang dalam list yang Mak buat. Lepastu sepanjang dekat kedai tu kitaorang bergurau macam biasalah, Akmal tu kan 24 jam buat I happy je :D
Malam tu, Mak suruh I dengan Akmal pergi makan dekat luar sebab Mak penat, tak larat nak masak. Keh keh keh. So kitaorang pergi dating dekat Danga Bay. Seronokkk sangat! Jalan jalan, tengok tengok funfair kat situ, pastu Akmal beli token nak dapatkan patung, memang harapan lah kan :P Last last dapat sticker Strawberry Shortcake je dua keping. Tapi takpalah, takda rezeki. Yang penting kitaorang have fun!
Dah nak balik baru lah Akmal cakap, “Bawak camera je lebih, tak tangkap gambar pun”. HAHAHA I malas, rasa macam rugi kalau layan camera sebab nak spent time dengan dia je. Hehe punyalah menghargai detik detik bersama, precious betul lah.

Macamana I nak kata tak bahagia? Sebab dia terlalu indah buat I <3

On the way balik, kitaorang singgah lepak dekat McD Bukit Indah. Seronok bercinta macam ni. Bahagia je. Akmal betul-betul membahagiakan I, sepanjang masa nak buat I senyum :’)
Akmal dengan Mak I? EHEM, mula mula macam kekok sikit kot. Tapi lepas tu okay kot kan baby? Dah siap panggil ‘Mak’, hihi. Bila Akmal berbual dengan Mak, dengan Mak Long, dia sempat jugak loya buruk sampai Mak Long ketawa macam nak pecah perut, comel je tau. Hopefully Akmal selesa dengan family I! :)))
Apr
Hello Kitty crochet
Hai kawan-kawan.
I dah tambah lagi 5gb untuk celcom broadband. Weeewitt. Sekarang I dah boleh akses semua benda dengan kadar laju dan boleh memekak dekat GB macam hari tu. Hahaha, rakyat GB masih ingat tak dekat I ni? Heh, I bukannya glamour pun, I saja kasi rakyat GB macam pening kepala dengan karenah I saja. Okay kejap, I boring tahu tak dapat update blog, tak dapat blogwalking, tak dapat cek earning Innity, tak dapat cek analytics dekat Nuffnang. Phewww, nasib baik hari ini dah boleh dah, nasib baik, kalau tak, korang tahu tak semalam muka I ni macam muka dibelenggu T____T Sedih I, sedih. Semalam juga, I ada terima parcel daripada kawan dekat twitter, Leila.


Sebenarnya I order Hello Kitty crochet ini dekat direct message twitter. I dapat tahu Leila baru menjinakkan diri dengan dunia crochet, jadi I pun cuba untuk contact Leila dan request beliau buatkan Hello Kitty untuk I. Cewah. Tiba-tiba Leila DM I lagi lepas beberapa hari tu, dan bagitahu I, Hello Kitty crochet I dah hampir siap cuma tinggal nak letak mata dan hidung saja. Yayyy I sukaaaa!

Siapa tak seronok? Sekarang I dah dapat baby baru yang comel. Mama dah siap letak dekat dalam kereta tapi I kasihan kalau baby baru I tersebut akan kepanasan. Jadi I bawa masuk rumah dan duduk diam-diam sebelah I semasa I sedang menaip entri ini. Hee comelnya.
Okay kejap lagi I nak pergi post office jadi Santa Claus. Heh bukan bukan. I nak pergi hantar item customer lah. Teehee. I dah sihat weewittt. Dan dan dan, berat I dah jadi normal balik 33kg, alhamdulillah. Ha lagi, malam ni Angah I balik JB, naik bas pukul 9.30pm dan akan sampai JB lebih kurang jam 1am, dan I ini lah yang akan ambil Angah dekat Larkin, bukan itu saja, I nak request McFlurry oreo agaknya dapat tak?

