Archive for the ‘Bersiar-siar’ Category
May
Redang is wonderful place!
Fuhhh fuhhhh *tiup tiup blog sambil pegang bulu ayam dan kain lap peluh dekat leher* HAHA berhabuk blog. Kesian.
Haritu kan I pergi bercuti JENG JENG JENGGG. Dah basi kot cerita ni, bak kata Akmal, yang lepas jangan dikenang. Tapi mana boleh tak dikenang, kena abadikan memori dalam blog sebagai kenangan terindah :D
DATARAN SHAHBANDAR, TERENGGANU.

HAAA buat apa dekat Dataran Shahbandar? JENG JENGG lagi sekali. Heh, I pergi bercuti dekat Pulau Redang, tahu? Seronok! Naik van ramai ramai, lepas tu sampai dekat Dataran Shahbandar ni awal sangat kot, kitaorang lepak lepak dulu untuk tunggu feri.

Tudiaaaaa van yang kitaorang naik, besar betul hihi.

Favourite picture <3 Masa ni dalam feri nak ke Pulau Redang. Masing masing dah lemau dah, penat kot. Jauh perjalanan.



Have fun sangat masa dekat sana. Cuma yang tak have fun tu, ada lah sikit masalah peribadi yang buat I dengan Akmal gaduh gaduh comel (Mesti Akmal cakap “Ni pon nak cerita? Eee”). ALOLO. Lepastu sampai I jatuh tangga, kaki sakit tak boleh jalan :( Nasib baik lah ada boyfriend yang caring dan tak biarkan I macam tu je :’) EH tapi masa gaduh gaduh comel tu dia tinggalkan I, haaa yang tu dia tak comel langsung perangai tau, eee nangis kang!

Dari kiri : Wan, Shahril, Akmal, Syuk, Fizie, Boy, Ah Tiam, Imran.
HAA babyyy, saya dah hafal nama kawan kawan awak, lulus ujian kan? YAYYY :D

Malam tu, kitaorang spent time together jalan tepi pantai. Cerita itu, cerita ini. Tapi masa tu kaki tengah sakit sangat nak pijak pon tak boleh sangat, so macam mood tenggelam timbul. I buat buat cool macam tak sakit sebab I dah merengek pasal teringin nak jalan tepi pantai kan. Kang mengadu sakit, apa pon tak dapat pulak T____T Dah lah boyfriend I tu bukannya nak spent time dengan I je, kena fikir jugak pasal kawan kawan kan :)
Kitaorang dekat sini for 3 days and 2 nights. Memang best lah. Tempat dia tenang je, air biru, pantai bersih. TAPI yang buat I rasa macam nak meninggal adalah bila dipaksa untuk snorkling. Nak tahu takkk, sebelum bertolak ke sini lagi I dah ingatkan banyak kaliiiii
“Babyyy, sayang tak nak snorkling tau nanti. Takut”
“Ala mana boleh. Pergi sana mesti snorkling lah”
“Sayang takut kot. Nanti baby pergi jelah dengan kawan kawan”
“Kalau macam tu sayang duduk jelah bilik”
“Okay baby”
HAAA bila dah sampai sana lain pulak cerita. Bukan setakat kena paksa dengan Akmal, dengan kawan kawan dia sekali AIYOYO. Terpaksa. Lepas tu tak sampai LIMA MINIT pon aku masuk dalam laut tu HAHAHA. Sempat lah nampak ikan dekat dasar laut tapi tak rasa excited langsung sebab tak pandai imbang badan, macam nak telentang je T___T Banyak kali Akmal ajar kena kayuh kaki lah, kayuh tangan lah, eee takda mood nak belajar sebab masa tu fikir macam nak mati dah LOL. Gila penakut.


CHARLIE’S ANGEL / POWERPUFF GIRLS?
HAA yang tengah tu girlfriend Imran, nama dia Zurina kot kalau tak silap (?) Lepastu kawan dia, Nurul. Mula mula I ingatkan diaorang ni macam pangkat kakak dengan I, (perasan muda KAH KAH KAH), rupanya dua dua baru 22 tahun, alolo comel je. Beza setahun je kot tak payah lah nak cakap I ni tua pulak :D

Comelnyaaaaa baby saya niiii bawakkan bag saya :*

Semua sekali 12 orang. Lagi sorang jadi photographer. EH baru perasan takda gambar dia dalam entri ni. Kejap.

Photographer adalah yang paling kanan. Hihi. Nama dia Azrin, kot? Dia ni adik Fizie tu, so macam tak berapa nak ingat nama dia since dia ni macam pendiam je? EH, ke I yang diam? KAH KAH KAH.
Apapun, nak ucap sekalung penghargaan terima kasih kepada Akmal & his friends yang sudi terima kehadiran I dalam acara gilang gemilang terbilang cemerlang ke apatah ni. Walaupun I ni macam diam tak banyak cakap, tak reti bergaul hu ha hu ha sangat, kawan kawan Akmal semua sporting. Eleh macam lah diaorang tu baca blog tak semenggah ni *pengsan* T_____T
Babyyy, thankyouuu tau! Happy 2 months, I love you <3 Hihi.
P/S: Akhirnya update jugak entri ni, dah lah internet lembap T___T Semua ni demi Akmal tersayang ALOLO. Title entri pon dia yang bagi. Eee sayanggggg dia! OKAY over kan =P
Apr
Two wishlist done! Thankyou, boyfriend.
Dear diary,
Alhamdulillah, Allah SWT temukan I dengan Akmal pada masa yang sangat tepat setelah berbulan bulan I hidup single. EH, ada orang single bertahun tahun kot, hihi. Akmal selalu cakap dia tak sweet, tak romantik, tapi I rasa dia lah lelaki yang sangat sweet sebab selalu cuba dan usaha nak penuhi impian I.

Breakfast McD adalah salah satu keinginan I masa ada dekat JB tau. Bukan nak kata JB takda McD, tapi biasalah malas nak bangun awal pagi, lepastu McD jauh kot dengan rumah. #alasanbanyak. So haritu, Akmal bawak I pergi breakfast McD dekat Genting Sempah :)

Mia dengan Amat pun join sekali. HAAA kitaorang memang selalu berempat, so takyah nak pelik sangat lah. Takda ‘dating’ dalam life kitaorang ni, ekekeke.

Muka I bukan main gembira dapat breakfast McD, apasal Akmal buat muka ketat? HAHAHA, knowing him, dia sebenarnya tak suka bergambar sangat. Gedik, hihi. Entahlah, masa tu dia mood sleepy lagi kot, sebab kitaorang gerak awal sangat T___T
KITAORANG PERGI BUKIT TINGGI ;-)


Tenang je dekat sini. Udara pun segar je. Cuma cuaca dia sekejap sejuk, sekejap panas, buat I mula rasa tak sihat, migrain. Tangan kaki mula sejuk menggigil, badan panas. Dah mula macam nak demam. Tapi gagah jugak sebab dah kira bersyukur lah kekasih hati nak bawak datang sini tau.

Akmal risau sangat bila I cakap I migrain. Dia dah terus ajak balik nak pergi klinik. MEMANG TAK AHH I nak balik kan? Hihi. So dia layan jelah karenah I.

Thankyou Mia & Amat sebab join haritu. Banyak kali kot I pujuk diorang ni ikut, akhirnya berjaya jugak, keh keh keh.



Gambar ni Akmal yang ambil, dialog dia masa tu, “Meh B ambil gambar benda ni, nantikan Sayang nak letak dekat blog”. Seeee, sangat memahami kan? Eeee sayanggg dia sangat :’)



I dah macam tuan puteri habis dah, handbag pun Akmal bawakkan.
Alololo comelnyaaaa dia. Jatuh cinta banyak kali kalau tengok dia senyum, dengan lesung pipit tu :D

KAH KAH KAH, penuh nafsu je I layan aiskrim tu. Dah lah masa tu tengah sakit tekak kan, memang heaven habis lah dapat aiskrim. Tapi tu pun jadi orang paling last habiskan aiskrim T____T

EH HAI ENCIK BOYFRIEND <3
Terima kasih sebab dah tunaikan salah satu wishlist saya. Padahal wishlist tu cuma keinginan yang diluahkan dekat Facebook je kot :) Saya hargai sangat semua kenangan indah ni. Saya sayang awak, Bby.

