Archive for the ‘Gift’ Category

10
Jun

Review : Kerana Terpaksa

Posted under Gift, Novel 14 Comments

Heheyyy :)

Ingat lagi tak novel yang Cikgu Normah hadiahkan untuk I? Kalau tak ingat, boleh tengok entri ni. Hihi. I dah habis baca dah novel tu tau. So yeah, this is my review about “Kerana Terpaksa”.

Tak ingat berapa kali I menangis sepanjang baca novel tu T_______T Sedih sangat. Terlalu banyak part sedih dan menyakitkan. Tapi mestilah nangis nangis tu semua I dalam bilik sorang sorang kan. Hehehe. Habis basah bantal dengan teddy bear semua, alololo.

Kerana Terpaksa karya Ilham Kalsom ni menceritakan tentang seorang perempuan bernama Suria. Perempuan ni memang kuat sangat, tabah, cekal, pandai, err kan best kalau I ada sifat tu semua. Hati dia keras, keras untuk menerima cinta. Sampailah satu hari tu, ada seorang lelaki bernama Tengku Haizal tu suka dia. EH bukan suka je, tapi sayang dan cinta hihi. Masa tu diaorang baru Tingkatan 5. Percintaan diorang ni memang complicated lah. Sebab emak Tengku Haizal (Datin Raja Habibah) yang kaya raya tu tak suka Suria, sebab Suria ni orang kampung je. Macam-macam cara Datin tu buat untuk pisahkan Tengku Haizal dengan Suria.

“Sebelum dengan Ayah pun, Ibu pernah jatuh cinta dengan lelaki lain. Tapi kami tidak sekufu. Latarbelakang, pendidikan, rupa paras semuanya berbeza benar. Kalau ada jodoh pun mungkin tidak kekal lama. Masih panjang perjalananmu, Suria, jangan dikejar sesuatu yang melukakan, nanti kau akan jadi seorang yang pahit. Anak Ibu kan manis?” – Puan Khatijah.

Suria ni pulak, memanglah kuat. Tapi suka lari dari masalah. Setiapkali ada benda tak elok berlaku antara dia dengan Tengku Haizal, mesti dia jauhkan diri. Tengku Haizal ni macam orang gila cari dia. Sampai Suria ni sambung belajar bidang kedoktoran dekat London pun, Tengku Haizal sanggup cari.

“Kalaulah sabar dan tabah itu boleh dibeli di kedai, dah lama aku borong untuk berhadapan dengan kau” -Tengku Haizal.

Sampailah Tengku Haizal dah tak sanggup kehilangan Suria lagi, dia ajak Suria kahwin dekat London, tanpa pengetahuan kedua-dua pihak keluarga. Mula-mula Suria tak nak, tapi sebab dah sayang, Suria pun setuju. Itupun lepas Tengku Haizal merajuk. Masa tu kakak Tengku Haizal, Tengku Sorhanna pun ada dekat London. So, Tengku Sorhanna jelah yang tahu pasal perkahwinan diaorang. Lepastu barulah Kak Long Suria, Suraya pulak tahu.

Dah kahwin pun, banyak lagi dugaan yang diaorang kena tanggung. Datin Raja Habibah dapat tahu perkahwinan tu masa dia nak melawat anak-anak dekat London. Dia pura-pura sambut baik Suria, lepastu dia cakap daddy Tengku Haizal (Raja Hamdan) sakit teruk. Dia bawak Tengku Haizal balik Malaysia, dan Suria pulak stay dekat London sebab nak uruskan hari convo. Padahal lepastu dia tak bagi Tengku Haizal balik London semula, dia sekat semua duit, dia jual rumah yang Tengku Haizal dengan Suria duduk dekat London, dia matikan line telefon Suria, macam-macam lah dia buat. Tengku Haizal dekat Malaysia tak tahu nak buat apa T____T

 

Sedangkan Suria dekat London tengah pregnant. Kak Long minta Suria balik Malaysia. Suria balik, tapi tak pernah balik rumah parents dia dekat Terengganu sebab tak berani nak berhadapan dengan parents dia dan bagitahu keadaan dia masa tu. Yelah, dah lah kahwin senyap-senyap lepastu pregnant lepastu taktahu husband dekat mana, HWAAA. Masa Suria nak deliver baby tu, dia cam mengalami konflik. Lepas baby dah selamat, Suria koma. Masa tu Kak Long terus balik Terengganu ceritakan hal sebenar dekat family. Anak Suria, Tengku Ammar pun dalam jagaan family Suria.

Haishh, macam-macam lah Suria kena tanggung sepanjang dia membesarkan anak dia, Tengku Ammar. Sedih sangat. Lepastu dah jumpa Tengku Haizal balik, lepastu happy. Lepastu terpisah balik, lepastu terjumpa balik. Banyak kali kot I pun tak ingat dah berapa kali diaorang dipisahkan.

TAPI, novel ni memang best, tak rugi baca. Lagi best sebab Cikgu Normah yang hadiahkan untuk I, hihi. EH korang takkan nak tunggu orang hadiahkan jugak, kan? Pergilah beli! Beli sekali tisu lapan kotak tau :D

P/S: Comel tak doodle I kali ni? Teehihi.

03
Jun

Kerana Terpaksa

Posted under Gift 18 Comments

Hey people :)

Hwaaa tengah demam ni. Mula-mula migrain lepastu selesema lepastu batuk lepastu sakit tekak, seksanyaaa T___T Still nak update blog sebab boring asyik baring baring baring, erghh.

Lagipun hari ni rasanya bermakna sangat. Tengah bermalas-malasan atas katil tiba-tiba ada van poslaju horn banyak kali depan rumah. Haishh nasib baik ada adik (hari ni dia cuti dari kelas tambahan), boleh collect kan item, kalau tak, macamanalah agaknya nak bangun pergi ambil item.

Serious. Masa Cikgu Normah minta alamat, I ingatkan sebab nak pos kad jemputan kahwin sesapa. Pulak tu dekat inbox, cikgu cakap lagi sebulan baru sampai.

“Cinta sempurna itu perjalanannya jauh,
bukan dinilai pada jarak tetapi
hanya masa yang menentukannya.”

Dearest Shira :

Assalamualaikum, harap Shira yang manis sihat sejahtera hendaknya.

Inilah kejutan yang cikgu maksudkan. Tak terkejut mana pun kan! Lainlah kalau dapat handbag LV atau Gucci, ole-ole dari luar negara.

Malang sekali! Hanya novel cinta yang mampu dibeli!! Yang indahnya, penulis itu sendiri yang menandatanginya. Elxiza Michelle atau nama penanya Ilham Kalsom. Itu yang mahal tu!

Harapan saya moga novel ini boleh menjadi koleksi simpanan bersama teddy bear + barangan kitty Shira!

Selamat menangis + ketawa bersama Suria!

Yang ikhlas :

(Normah Mispar)

Cikgu hadiahkan novel ‘Kerana Terpaksa’ karya Ilham Kalsom. Rasa tak sangka sangat bila dapat hadiah dari cikgu, secara surprise pulak tu. Actually, I mula rapat dengan cikgu masa cikgu komen blog I ni tau. Lepastu kitaorang rapat dekat Facebook pulak. Walaupun cikgu tak pernah mengajar I, tapi I rasa senang je bila berbual dengan cikgu. EH tapi cikgu pernah mengajar Akmal. Subjek Sains kan, cikgu? Hehehe.

Terima kasih, cikgu. Saya hargai hadiah pemberian cikgu ni. Nanti dah habis baca, saya review dekat blog ni tau. By the way, saya dah start baca dah.

OH ya, selain surprise dari cikgu, I ada dapat lagi surprise item tau.

Pink chocolate bar casing for my Whiteberry. Comel kan? :D

 

Page 1 of 812345...Last »