Archive for the ‘Friends’ Category

06
Jan

Satay Station Setiawangsa

Posted under Friends, Nyummy, Santai 21 Comments

Selamat pagi (kalau baca time pagi lah), LOL.

Sekarang ni hampir setiap malam jadual dah penuh dah. Kelmarin pergi McDonald, semalam pergi Satay Station, hari ni tak tahu lagi apa hehehe. Misi untuk duduk rumah adalah tidak berjaya apabila ada perasaan tidak aman duduk di rumah.

Pada malam tadi yang sungguh bahagia dan indah sekali, Cik Mia kita ni offer nak belanja satay. Dan tempat pilihan kami adalah cuma di Satay Station Setiawangsa, sebelah Sekinchan Ikan Bakar tu. Semalam tak pergi jauh jauh sebab Cik Jira kita kata nak balik sebelum pukul 10pm (tapi misi balik seawal jam 10pm adalah tidak berjaya sama sekali). Dusta dan ramalanku benar belaka.

Btw thanks Mia sebab belanja kitaorang, kau kerja siang malam memang untuk belanja kitorang makan tiap tiap bulan tau. Hahahahahaha.

Order satay daging 15 cucuk, satay ayam 15 cucuk, pastu setiap sorang makan dalam 8 cucuk je. Yang lebih Mia bungkus bawak balik.

Perut kenyang, hati pun baru lah nak senang senang sikit, pergi kedai cari topup Hot Ticket RM15 takda. Arghhhhh. Haritu merata-rata semua kedai jual Hot Ticket RM15, sampai nak beli topup nilai pun tak ada T____T Sekarang ni terbalik pulakkkk, wtfish.

Hipotesis tentang makanan : Semakin sikit kuah diberi, semakin cepat kuah habis.

Hipotesis tentang air : Semakin masam air itu, semakin rasa nak marah.

YAY kami kalau keluar bertiga pun dah happening dah, tak perlu ramai ramai pun. (Pffft, padahal kalau ramai lagi happening tau) T______T

P/S: Lepas hantar diorang balik, I pun balik rumah. Tapi pukul 1.30am ada orang SMS ajak pergi uptown Danau Kota. Hiks. Pukul 3am balik rumah, tidur. Pagi tadi Angah kejut mintak tolong hantar pergi kerja jalan jem sebab hujan, okay fine itu sahaja cerita setakat ini. kTenksbai.

23
Dec

Disember 22, 2010

Posted under Bersiar-siar, Friends 23 Comments

Life sekarang macamana?

So far, alhamdulillah okay. Cuma kadang-kadang hati tu rasa macam sentap jugak. Macam sehari dua ni, bila keluar, kawan-kawan semua berpasangan, tiba-tiba I sorang, mestilah sentap kan? Tapi disebabkan kawan-kawan yang memahami dan sporting, diaorang tak pernah lah biarkan I sorang sorang.

Lan & Nora

Thankyou korang sebab datang daripada Pahang dan sudi lepak dengan kitaorang. Harap-harap korang have fun sepanjang dekat sini. Sorry tak bawak jalan tempat best, asyik asyik karaoke kan, biasalah, orang tengah kecewa ni. Takkan nak pergi taman bunga kan, confirm lah lagi terasa kan, hihi.

Semalam, dalam pukul 3pm jugak lah baru keluar rumah dengan Mak, Adik, Nora & Lan. Pergi makan makan dekat Taman Melawati. Lepastu bawak diorang pergi Timesquare. Sebenarnya tak hafal jalan tau, (biasalah, dah biasa hidup mengharapkan orang), tapi redah sajalah macam nyanyuk nyanyuk. Nasib baik sampai.

Bertolak balik dari Timesquare dalam pukul 7pm. Sampai rumah, siap siap lepastu keluar balik T_____T

Life I macam ni lah sekarang, kena selalu hiburkan hati sendiri macam apa entah lepastu bila dah sunyi mula lah sentap sentap. Nasib baik ada someone yang selalu bagi semangat dan nasihat. Macam semalam lah, tiba-tiba sentap sebab someone tu macam marah dekat I. Sedih bukan kepalang (ambik kau, AYAT).

Mia.

Jiera & me. *semua gambar mata dia macamtu, tak faham.

Lepastu, someone terus balik. Ajak lepak makan pun tak nak. Kitaorang pun terus pergi makan dekat Taman Dagang, Ampang.

Tak penat ke hari hari keluar? Best ke life macam ni?

Penat sebenarnya. Sangat sangat penat. Tapi nak buat macamana, ini je lah yang mampu hiburkan hati sendiri. Cuba tak nak fikir benda negatif. Sekurang-kurangnya tak ada lah buat benda bodoh. Sejahat-jahat I, keluar malam balik pagi, tapi tak pernah buat benda bodoh macam clubbing ke apa ke. Merokok pun tak, shisha tu orang kata tak effect apa-apa, sekadar suka-suka, itu pun tak sentuh heh. Sorry la, nampak memang sosial, tapi masih tahu baik buruk.

Dulu, zaman college, ada jugak kenal kawan-kawan yang bila stress, diorang ambil pil, ambil ice. YaAllah, tak pernah terfikir pun sampai macam tu, subhanallah.. Stress macamana pun, tolonglah jangan ambil benda-benda tu.

SIAPA DAPAT STRAIGHT A’s FOR PMR?

Page 5 of 30« First...34567...102030...Last »