Archive for the ‘Friends’ Category

24
Jan

Jumpa blogger famous amos, terharu

Posted under Bersiar-siar, Friends 44 Comments

OH HELLO MONDAY <3

Dah berapa hari tak jumpa Mia? Last jumpa hari Khamis kot? Lepas tu masing-masing demam. Demam terkejut agaknya, tak kuat semangat memang macam tu lah, hek hek. TAPI, semalam gagah untuk hangout walaupun tak berapa nak sihat lagi sebenarnya.

Baru berapa hari tak jumpa dah rindu T_______T Mungkin sebab dah terbiasa hari-hari jumpa, susah senang bersama-sama.

Lepak Georgetown White Coffee Wangsa Walk dulu, layan air Chocolate yang mendatangkan migrain, lepas tu mula lah rasa nak pitam 24 hrs. Heh.

Lepas tu TERUS HILANG MIGRAIN bila baca tweet ni:

HWAAAAA nak pengsan boleh takkkkkk? Sebab masa tu I pun ada dekat WangsaWalk tauuuu T___T Banyak kali I call Yiyin tapi tak angkat angkat, biasa lah dalam karaoke kan, mana lah nak perasan, sambil sambil pulak layan lagu emosi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan – Elly Mazlein tu. Ggggrr.

Macam nak marah. Apahal perempuan ni tak pickup calls kan? Eeeeeiiii.

3:53pm, handphone berbunyi. Yiyin call! HEEE at lastttttt, dapat jugak jumpa depan WangsaBowl, OMG. Tak sangka. Dah lama tak jumpa. Almost 4 months kan baby? T_____T

Walaupun dapat jumpa sekejap je dalam 15-20 minit camtu, tapi I terharu sebab u sanggup keluar karaoke untuk jumpa I. Rindu u sangat, banyak benda nak dibualkan, banyak benda nak diluahkan, tapi masa mencemburui kita, cewah, hik hik. TAPI, I ingat ayat you sayang,

“Raaaaa.. jaga diri.. Muka sembab sangat dah ni (sambil pegang muka I). Tamo fikir banyak banyak, rehat cukup cukup tauuuuu. Blogging macam dulu balikkkk, ramai tanya you kenapa, ramai risaukan you…”

I sayang you babe, I janji akan jaga diri I, akan cuba jadi warna warni macam dulu balik :( Thankyou sebab selalu jadi kawan yang baik untuk I, selalu ada untuk I, harap harap friendship kita forever tauuu, jangan lupa I :’(

TWEET LEPAS JUMPA.

PADAHAL DIA YANG FAMOUS SANGAT TU T_________T

LOVE YOU YIYIN!

P/S: Girlssss (merujuk kepada semua blogger perempuan yang comel comel), bila nak lepak lepak sama? JOMMMM plan! :D

10
Jan

Movie ; Death Bell Bloody Camp

Posted under Driving, Friends 16 Comments

SELAMAT PAGI,

Oh semalam hari apa? Ahad kan? Okay hari ini Isnin kita semua perlu menjalankan tanggungjawab masing masing semula, you guys masuk office kan? I pula masuk sekolah hari ini, cewah acah mak enon.

Eeeiiie semalam kan pergi tengok wayang dekat Timesquare tau, cerita Death Bell : Bloody Camp. Huwaaaa sumpah sikit pun I tak faham cerita dia. Kelemahan I adalah tengok cerita korea (call me stupid, but I don’t care), sebab I tak boleh bezakan pelakon dia, lebih lebih lagi perempuan, muka ala ala sama semua orang T____T

So semalam, masa tengok cerita ni, I terbosan bosan duduk dalam wayang. Manakala bestfriend adalah sangat relaks dan boleh faham movie tersebut. Danggggg.

Err atau mungkin masa tersebut kepala I tengah kusut memikirkan hal lain yang tidak berkaitan, cis.

Walaupun kitaorang ni bestfriend sejak zaman dalam perut emak masing masing, tapi adalah sangat jarang hangout tengok wayang bersama. Kalau keluar, selalunya akan lepak lepak atau makan makan atau karaoke atau err itu je kot? HAHAHAHA lupa pulak, dating sama sama, eh itu cerita lain.

Masa dalam movie tadi tu ada dia ni, comel, tapi nama dia dalam movie tu pun tak tahu apa entah :/ GGGRR, tahu tak tulisan dalam movie tu warna putih yang macam tak nampak langsung lepas tu laju tak sempat nak baca? TAHU TAKK? *marah*

EHHH belum habis tau. Nak mengadu kejap ni HWAAA tadi I accident :( Keluar dari Timesquare, menuju ke Pekeliling untuk ambil kawan, tiba tibaaaaa “GEDEBUKKKKKK!” Kuat jugak lah kereta I langgar belakang kereta Gen 2 tu. Pfftt menggigil jugak lah lutut ni kan, owner kereta tu turun dah macam nak ajak bergaduh kan dengan muka bengis dia. Tapi nasib baik lah pandai slowtalk apa semua, and takda apa yang teruk.

Actually salah I sebenarnya -___-” Brek kereta dah haus kot, lepas tu tayar pun kurang angin kot, err nak buat macamana, takda sapa nak tolong tengok tengokkan, I ni perempuan, mana lah nak tahu sangat benda benda tu, tahu bawak je. Esok nak kena bawak kereta pergi bengkel cek brek apa semua, entah berapa pulak kena tu, serabutnyaaaa :( klahTenksBai.

Page 4 of 30« First...23456...102030...Last »