Archive for the ‘Friends’ Category

25
Feb

Reveal boyfriend baru Hudaluna

Posted under Friends 42 Comments

Salam hujung minggu.

Sekarang I dekat JB. Balik rushing rushing sebab semalam Nenek meninggal. Ingat lagi tak entri ni? Nenek dah pergi meninggalkan kita semua T_____T Al-Fatihah. Maknanya, I dah tak ada dua dua nenek dan atok. Sedih tu tetap sedih tapi kalau tengok Nenek terlantar sakit, lagi kita kesian kan? Semoga roh arwah Nenek tenang dekat sana. I miss you, Nek.

OKAY NOW, I nak update pasal kehidupan. OH maksudnya, kehidupan I. Alhamdulillah, so far, life makin better, makin boleh terima kenyataan dan makin kuat, cekal & tabah. Memang poyo kan buat surat publish dekat blog? Well, kata pun blog ber-genre-kan personal, so kita buat lah macam diary (tapi agak agak lah jugak kan, takkan semua hal kain dalam nak kena cerita, nehi nehii).

Ini gambar paling terbaru I. Apakah? Budget hot letteww nak cakap gambar terbaru pulak kan T___T GGGR, tak takk takkk, sebenarnya nak berlagak kalau boleh sekaligus nak buat kenduri sebabbbbbbb ;

BERAT I DAH NAIK 5 KG :DDDD

Alhamdulillah akibat makan tidur makan tidur selama 5 bulan ni, berat sekarang dah jadi 39kg. Chaiyok chaiyok untuk menaikkan lagi sampai target ; 50kg. Hik hik hik.

Thanks to my bestfriend Mia jugak sebab tiap tiap hari ajak pergi makan. Kalau I cakap tak nak makan, dia akan marah dan tetap akan suruh makan. Lepastu menjadi jadi lah kegedikkan I yang macam kalau tak makan, rasa nak baham orang sebab lapar. HA HA HA, I sekarang dah pandai lapar okay?

Semalam jumpa saudara mara, semua makcik makcik tegur, “Eh badan dia ni dah naik sikit, nampak berisi, baguslah macam tu. Kurus sangat tak elok, macam ni kan lawa”. Mak dengan rugget je jawab, “Dia memang, kalau tak duduk dengan Mak, badan dia naik. Orang senang hati tak kena bebel bebel”. Memandai je Mak kan.

HAIMBBOI HAMBOIII HAIMMBOIIIISHH, kita ada gossip hangat tau baru keluar dari microwave :D

Haritu kan, kita ada hal tau kena pergi Shah Alam, lepastu kita tweet tweet lah tau lebih kurang gini “Otw to Shah Alam”, lepastu kan ada orang SMS kita tau, “Lepak Shah Alam tak bagitahu pon”. Kita kan terus reply reply message tu kan. Tetiba orang tu kata dia dekat Subang tau. Kita pon ajak lah kawan-kawan kita pergi Subang sebab nak jumpa orang tu kan. Tapi pastu dia cakap dia nak gerak pergi Uptown Danau Kota pulakkkkk. Gedik kan?

Tak apa. Kita kejar jugak dia sebab kita dah lama tak jumpa dia. Lepas tu bila dah jumpa kan, dia bawak ehem ehem tauuuu. Eeeee kita jelessssssss.

Helloooooooo. Hengsemmm okay bofrenggg dia. T__________T I cakap dekat dia terus,Huda tak payah sedih sedih. Yang ada sekarang ni hargai tau, lagiiii hengsemmmm” FUHH-YYYOOO serius diorang serasi betul lah sebabnya Huda kita ni pun manis dan cantik dan comel gila dressup dia. Untung ah dapat Huda. Terus I warning comel dekat #futurehusband Huda, “Jaga dia baik baik tau, hargai dia, jangan buat dia sedih tau. Ingat!”. Si hengsem pon angguk angguk saja. Bagus. Kalau lupa pesanan I tu, siap dia.

OH, I lah blogger pertama yang dah jumpa #futurehusband Huda ni tau. Semoga kekal koranggg. Apahal cencored gambar si hengsem kan? Sebab dia hengsem sangat ah, I risau kalau Yiying terpikat HEHEKHEK ;)

Huda pon cakap, “Raraaaaa, nampak gemuk, nampak berisiiiii”. Happy gila orang cakap aku gemuk, impian sejak kecik agaknya, LOL. Lepastu sebelum balik, lama gila okay Huda cakap cakap dengan I sambil pegang bahu dan pipi I, dia bagi kata nasihat dan semangat. Banyak kali ingatkan I supaya jangan menangis lagi, jangan bersedih lagi. Huuuuu.

Agak-agak kan, lepas ni bila pindah JB balik, boleh ke gain weight lagi? Macam TAKKK je? :(

09
Feb

Raja Sehari : Pink and grey wedding

Posted under Family, Friends, Wedding 33 Comments

RABU – 02022011, bermulalah kehidupan kakak kedua sebagai seorang isteri. EH apasal pulak ayat I jadi skema terlampau ni? Sekarang ni biasalah, lelaki lelaki dah terror, sekali lafaz je. Hihi. Masa dah sah tu, I tengok Mak dengan Kak Cujie menangis. Sebagai perempuan yang dah takda perasaan ni, I tak menangis pun, bergenang sikit je airmata. Tough gila kan? Heh heh heh.

Ramai yang cakap, “Kakak kakak dah selamat dah, lepas ni giliran awak pulakkk”. Rasanya dalam masa dua tiga hari tu macam nak pekak telinga dengar soalan yang sama. Jawapan I, biasa ah, standard artis artis, “Lambat lagi, calon pon belum ada ni”. HAHAHAHAHA. Lepas tu semua buat muka tak percaya. Dah tu, kalau ada boyfriend, mestilah boyfriend datang wedding kakak I tu kan? TAPI TAK ADA, maknanya memang tak ada lah, ggrh.

KHAMIS – 03022011.

Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir Aras 2, Wisma Sejarah

Pelamin yang I idam-idamkan dulu. SEKARANG??! Pelamin anganku musnah T___________T

Yiyin, Me & ZueZoey

Me & Syafa (Yiyin’s sister)

Yiyin, Me & Anne

Thankyou for cominggggg. Tahu takkkkk, kitaorang bergambar dekat depan pelamin ambil masa yang agak lama. Lepas satu satu camera okay, dah macam artisssss. Ahahahaha. I ingat nak tunggu gambar dari DSLR Yiyin baru update entri ni, tapi macam lambat je lagi nak dapat, hik hik :P

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, ramai juga orang datang walaupun cuti CNY, ramai balik kampung. Kalau terror, cuba cari AnneKay dalam gambar atas ni. Siapa jumpa, dia comel. Thanks to my housemates, Anne & Meilin sebab sudi datang. And Anne, yang makeup kan I, susah payah nak makeup mata I yang berkerdip kerdip ni. Kesian dia tahan sabar je tau. Hwaaaa susahnya nak hilangkan fobia mata tu :(

Mia, Kak Cujie, Mak & Me.

Thankyou juga dekat Mia yang banyakkkkkk sangat tolong I. Masa I lari pergi ambil kawan dekat Cheras untuk jadi photographer suka suka, Mia lah yang tolong cover cover I, ahahaha comel takkk, I lari sekejap lepastu semua orang cari I? LOL jahat gila aku. Makeup Mia pun by Anne jugak. Paling kelakar, malam sebelum hari sanding tu, Mia, I dengan Jira sanggup pergi downtown Cheras sebab nak inai tangan. LOLLLL.

Guestbook yang Anne dengan Meilin lupa nak sign HAHAHAHAHA. Yiyin dengan ZueZoey, awak sign takkk?

Me & Farah

Farah ni ingat tak? Dia lah perempuan gedik dekat Menara TM Batch 24 #Billing , hek hek. Tak sangka Farah dengan Ziel datang. Tapi ramai juga yang I sangka akan datang, tapi tak datang pun T______T Btw, thankyou Farah, lama juga lepak kat situ, gelak gelak dia satu dewan boleh dengar hehe comel. TAPI Farah dengan Meilin (my housemate) tak sempat jumpa, sebab Meilin dah balik dulu. Farah dengan Meilin tu roomate masa dekat Unisel dulu. Sekarang I pulak housemate dengan Meilin :D

Baju ahli keluarga I sama betul dengan pelamin, dah macam tenggelam terus kan?

Ahli keluarga sebelah arwah Abah yang datang dari Pahang. Saudara mara dekat Singapore semua tak dapat datang sebab tak ada cuti, CNY kan :( Btw, thankyou for coming.

PENGANTIN GEDIKKKKKK ; Tahniah tauuuu.

Penat jugak I dengan Mia angkut hadiah dari dewan bawak balik rumah. Fuhhhh, tapi alhamdulillah semua dah selesai. DAH DAH DAH, jangan tanya soalan yang sama macam dekat atas tu. Hal kahwin ni lambat lagi kita fikir, hati kita dah tawar tau (?). Suruh Mak je carikan jodoh. Okthxbai.

JOM TENGOK ENTRI YIYIN PASAL WEDDING NI ;)

Page 3 of 3012345...102030...Last »