Archive for the ‘Friends’ Category

25
Mar

Three in one

Posted under Friends, Tentang Cinta 16 Comments

SELAMAT PAGI <3

Amaran : Kita nak sambung kisah bercinta ni. Haha.

  • 15 March 2011 – hari ke 10 bercinta.

Teman Akmal pergi main futsal dekat Centremart, Danau Kota. Benda yang Akmal paling risau adalah kalau I boring. Nahhh. Mana ada boring, seronok je. I dah biasa kot teman arwah Abah dulu main takraw. Akmal cakap,

“Nasib baik ada blackberry, kalau tak, mesti sayang boring”.

Nak je I jawab, “Selagi ada b dengan sayang, takkan boring”. Tapi macam melampau pulak sampai nak keluarkan kata-kata azimat kan ahahaha.

Habis futsal, lepak kejap minum minum dengan kawan-kawan Akmal.

Then, ambil Mia & Amat, lepak QBistro, Permaisuri. Seronok tengok Akmal, sebab dia friendly and easy-going. Lepas tu macam biasa, pergi karaoke. EH TAK TAK, kali ni pergi karaoke macam luar biasa sikit sebab ada Akmal. Hahahaha. Segan kot T____T

Tengok tu muka penat dia. Jahat kan I, dia penat penat main futsal, I pulak seboleh boleh nak ajak lepak dengan kawan-kawan I. Nasib baik Akmal sporting dan memahami. Hihi. Masa tu, I dengar dia nyanyi lagu Alasanmu – Exist. Lagu nak sedih je, eeee.

Amat macam biasa, semua lagu dia bedal. Mia pulak main pilih je lagu untuk kitaorang nyanyi. Malu kot suara I dah lah teruk T_____T

  • 16 March 2011 – hari ke 11 bercinta.

Tengahari. Akmal suruh siap, nak bawak I pergi renew lesen. Dia dah cakap awal awal, “Biar b yang teman sayang pergi renew lesen, b tak nak sayang pergi sorang”. How sweeeetttttttt *pengsan.

Thanks b, sebab sanggup curi curi sikit masa kerja sebab nak temankan pergi renew lesen. Hihi. Siap bawak pergi makan Nasi Ayam dekat Taman Melawati :’)

  • 19 March 2011 – hari ke 14 bercinta.

HAAAA hari ni hari last kitaorang dating setakat ni, sebab esoknya 20 March 2011, I dah balik JB. Mula mula teman Akmal pergi Low Yat. Lepastu I bbm Mia, bincang bincang, so kitaorang setuju untuk double date. Pickup Mia & Amat dekat tempat kerja lebih kurang dalam pukul 4pm.

Pergi Timesquare. Makan makan dekat KFC. Tengok adegan merajuk merajuk Mia & Amat, ahahaha diaorang tu kan, suka tau buat perangai comel. Bila sorang merajuk, tiba tiba sorang lagi tu pun merajuk. Habis siapa nak pujuk siapa? HAHAHAHA.

Lepas makan, lepak kejap kat luar. Biasa lah, lepas makan kan, lelaki lelaki ni tak boleh jauh dengan rokok, ggrr.

Lepastu tiba tiba macam ada soalan.

“Lepas ni nak lepak mana dok? Boring kot lepak sini” – Amat
“Korang nak gi mana? Aku takda idea” – I.
“Jom lah pergi Bukit Tinggi ke.. Putrajaya ke..” – Amat
“Haha demand pulak mamat ni” – I.
“Putrajaya? Putrajaya ada hot air balloon. Nak pergi?” – Akmal

“NAKKKKKKKKKK!” hahahaha tiba tiba kan I excited. Tak pernah pergi kot T___T Akmal terus call kawan dia tanya tanya pasal hot air balloon tu :D

Jeng jeng jengggg. Bila dah sampai, rasa excited tengok balloon lepas tu macam boring sebab ramai sangat orang. TapiĀ  tetap rasa comel sebab dapat tengok balloon Doraemon. Gambar balloon takda sebab pakai flash pon tak nampak, tak pakai flash pun lagilah tak nampak. Tah pape. Nasib baik bila ambil gambar Elmo dengan Hello Kitty boleh nampak.

Hello Kitty & Elmo ; hahahahaha *pengsan.

Lepas tu hantar Mia & Amat balik rumah sebab Akmal ada hal. Kena pergi birthday party kawan dia dekat KTV Jalan Imbi. Akmal bawak I, hihi. Comel gila dia jaga I sepanjang dalam karaoke tu sebab kawan dia ramai sangat :D Nasib baik bukan I sorang je perempuan.

Birthday boy & Gedik boy, hik hik hik

Habis comot comot, bukan Akmal je kena tau. Dengan I pun kena sekali, habis muka dengan rambut T_____T Tak kisah lah yang penting birthday boy have fun kan. TAPI kan, I pergi toilet nak cuci muka dengan rambut, orang dalam toilet semua buat muka tahan gelak je, eeeee. Rambut bau cake.

Habis birthday party pukul 1am. Memandangkan hari last dating sebelum I balik JB kan, Akmal nak bawak pergi makan nasi lemak, tapi tak kesampaian sebab kedai tu tutup *%&#*@IGW(! Then lepak lepak tengok kawan dia main futsal dekat AU5. Lepastu Akmal bawak pergi makan nasi lemak dekat tempat lain, area AU5 tu jugak. Kiranya sebagai breakfast lah sebab masa tu dah pukul 4am. Lepastu balik, dalam pukul 6am sampai rumah, tidur. Pukul 8am mak kejut suruh siap siap balik JB T_______T

Balik JB terus selesema lah sakit tekak lah demam lah, haha gedik gila.

P/S: Btw, masa dekat Putrajaya tu, sempat jumpa Ayong, thanks babe sebab sudi jumpa :)

 

01
Mar

Kita dah jumpa blogger comel, @eykameow

Posted under Friends 38 Comments

Selamat petang.

Alhamdulillah I dah selamat pindah duduk JB balik T____T BORING, tapi nak buat macamana, dekat KL macam-macam hal yang jadi haih. Kucar kacir sekejap macam kan apa (!)

Mawar Sari Apartment, I miss you. Tak sempat memasak bersama housemates, Anne & Meilin. Tak sempat nak baring bersama sambil tengok Astro. Banyak perkara sangat yang tak sempat. Terkilan sangat. TAPI, duduk dekat level 12 dah cukup menggayatkan. Kalau time angin kuat, bunyi dia betul betul scary T____T BYE BYE apartment dan tak lupa juga pak guard yang selalu cari gaduh sebab kereta I takda sticker, ha ha.

EEEEE paling seronok sebab lepas dapat jumpa Huda, dapat jumpa Eyka pulakkkkk. EYKAMEOW ; Siapa tak kenal kan, blogger paling comel dan gorgeous. Cara dia berbual, dressup dia, warna warni dia yang selalu kita tengok dalam blog tu, tersangatlah comel. Sebelum jumpa, I asyik cakap dekat Mia, “Wei.. Aku segan ah nak jumpa Eyka ni. Dia comel gila ok. Aku selekeh”. Hekhek, nasib baik Eyka sporting. Tak kisah pun jalan dengan orang selekeh macam I ni ha (tapi tak tahu lah dalam hati dia kan HAHA).

Jumpa jumpa, Eyka terus cakap, “Eeeee betul lah Huda cakapppp, Rara dah berisiiii. Huda cakap tengok pipi. Eeee yelahhh. Pipi Rara dah berisi, dulu dalam gambar, cengkung jeee”. HAAAA sekali lagi macam bangga. Seronok tau orang cakap macam tu tanpa dipaksa! Selama ni selalu paksa Syafi panggil I ‘gemok’. Oopss :(

Jumpa Eyka best sangat, rasa tak kekok. Kitaorang berbual macam dah lama kenal. Lepak dekat McD Timesquare cerita macam-macam. Boyfriend dia pun sporting tau, friendly dan tak sombong. Hee. Jeles tengok dia dengan boyfriend T______T

P/S: Lepas ni nak cuba cuba jumpa blogger dekat area JB pulak. Siapa dekat JB, mari tampil ke dalam ruangan komen :P

Page 2 of 3012345...102030...Last »