Archive for the ‘felt fabric’ Category
Mar
Singapore, again
Amaran: Entri ini adalah di taip oleh budak darjah 1.
Pada hari Sabtu yang lepas, saya dan emak saya pergi ke Singapore. Kami menaiki bas dalam pukul 10 pagi. Saya berasa sangat mengantuk pada pagi itu. Tetapi saya kena pergi jugak sebab saya nak beli bahan-bahan untuk crafting felt. Apabila kami tiba disana, kami terus pergi craft shop di Ang Mo Kio. Selepas itu, barulah kami pergi ke rumah Mak Mah.
Saya membeli beberapa jenis ribbon. Emak suruh saya beli secara banyak tetapi saya kata taknak. Itu adalah alasan saya untuk masuk ke Singapore lagi pada lain hari. Jahat kan saya? Tapi sebabkan saya jahat tu lah, saya demam. Saya tak nak lah pergi Singapore banyak kali lagi dah.
Ini Mak Mah yang belikan untuk saya. Mak Mah membelikan ribbon oren ini sebanyak 5 meter. Saya suka sangat. Terima kasih, Mak Mah.
Kain felt ini saiznya adalah lebih besar dari saiz A4 paper. Saya rasa sangat tak rugi beli dan berbaloi. Pilihan warna sangat banyak. Dan, kain felt ini juga adalah yang jenis tebal. Saya lebih suka yang tebal sebab berkualiti tinggi.
Dan ini pula cerita tentang kucing saya yang kurus. Nama dia Kiki. Saya nak tanya, kenapa dia macam itu?
Itu sahajalah cerita saya pada hari ini. Saya sekarang sedang demam. Tolong doakan saya semoga sihat selalu. Terima kasih kerana membaca. Bye.
Mar
Sweet Material
Sejak akhir-akhir ni, I jarang blogwalking. Maybe sebab busy urusan pindah rumah blog. Dan maybe jugak sebab order dari customer makin banyak. Walaupun busy sebab urusan pindah rumah blog, I tetap sibuk re-stock ribbon, tiny buttons dan lain-lain. Yang susahnya sekarang, I nak cari Novelty buttons yang murah sikit T__T Empat hari berturut-turut posmen datang hantar items yang I order.
Foam sheet yang I order semalam dan dah sampai pun hari ni. Actually foam sheet ni bukanlah jenis felt fabric. Tapi I nak guna untuk certain felt yang I akan buat. Nanti I tunjuk contoh bila dah siap heh. Nasib baik harga dia berpatutan, bolehlah I beli. Kalau harga mencekik tu, tak nak jugak lah I sibuk pergi order. This item from Tuaran, Sabah tau. Macamanalah Pos Malaysia buat penghantaran dalam masa satu hari kan? Teknologi betul.
Psst. Duit syiling 5 sen Singapore sama je size dengan duit syiling 5 sen Malaysia.
Sorrylah, gambar ter-over expose pulak. Macam ni lah kalau nak cepat. This tiny buttons pun from Tuaran, Sabah. Tapi I dapat item ni semalam. Heh, macam tu lah shopping tak berkala nama dia. Kalau order sekali harung kan senang? Itulah Rara. Menggelabah lebih.
Ribbon ni entah dari mana datangnya pun I lupa. Macam-macam items yang sampai, dari online shop yang berlainan. I sedang mencari online shop yang jual grosgrain ribbon. Kalau dapat yang boleh diskaun, for sure I borong punya. Dekat Singapore 1m baru $0.60 je. Dekat sini, 1m je dah RM3. Pfft.
Kalau uols ada tahu mana-mana craft stores online yang best bagitahu I tau. Oh ya, I nak bagitahu, since malam tadi Kiki hilang, sampai sekarang tak balik lagi. I harap Kiki jumpa jalan balik rumah. Please jangan hilang lama-lama. Rindunya :/ Haih. Mama dah menangis dah sebab Kiki tak balik-balik ni.
Satu lagi. Header tu sementara je. Nanti-nanti I buatlah kasi cantik. Theme ni pun sebenarnya belum siap. Masih dalam proses pembelajaran lah katakan. Sibuk kenalpasti plugin yang penting. Best betul WordPress ni. Siap boleh tengok readers keluar masuk, terpampang nama dia dekat current visitors online. Cuma yang tak bestnya, I belum faham lagi pasal direct admin, FTP etc. Ha. Order form dah siap, cuma terkeluar-keluar macam apatah. Nantilah I cari plugin contact form yang betul-betul ngam.
P/S: Gambar semua I capture and edit sendiri heh :P Sampai ter-over expose.







