Archive for the ‘Family’ Category
Aug
My mom embrassed me so many time!
Hai, Mohd Khairuddin.
Kasihanlah awak dimalukan oleh emak awak sendiri, tapi tak apa sebab bagi saya, emak awak adalah manusia paling comel. Biasalah emak kalau merisaukan keadaan anaknya. Awak duduk dekat KL tu dekat mana? Sudikah kiranya kalau kita berjumpa dan berkongsi kisah emak? Hehe.

http://www.mohdkhairuddin.com/
Awak sangat kacak, tetapi saya tak berani lah nak flirt awak! Nanti dikhuatiri akan dimarahi oleh emak awak. Ayyokk sekarang ini semua orang akan takut dengan awak, eh yang sebenarnya lebih takut dengan emak awak, hahaha habislah awak.

Oh hai. Kembali di alam nyata T______T Oh, rupa-rupanya inilah agenda yang kita semua ternanti-nanti ya? Patutlah iklan emak Mohd Khairuddin ada dimana-mana! Tiba-tiba I dapat tahu ada contest yang menarik hati, hadiah lumayan, disamping itu boleh kongsi kisah I dengan Mak I kan. Sebenarnya malu nak cerita, tapi macam yang kita semua tahu, setiap tindakan seorang emak kepada anaknya adalah dilakukan untuk menjadikan anak itu tidak pernah lupa asal usul diri dan sentiasa menjaga tingkah laku.
Marilah, I kongsikan kisah bersama Mak tersayang. Mak, if you read this, I love you! Hehehe :)
Situasi 1.
Bulan puasa tahun lepas, Mak sakit sampai tak boleh bangun (kesan daripada diabetis), Mak suruh I masak sardin untuk menu berbuka. I masak, sampai terbakar dapur, menjulang api naik ke atas syiling rumah. Mak yang sakit terdengar I menjerit meminta tolong, terus gagah bangun dan berlari ke dapur padahal Mak sedang sakit T____T Alhamdulillah semuanya selamat. Cuma syiling rumah Mak dekat dapur ada kesan macam hitam.

Setelah berbulan-bulan kejadian berlaku, setiapkali saudara mara atau jiran-jiran datang ke rumah..
Orang lain : Senanglah awak, Yati. Ada anak perempuan, boleh tolong mengemas, boleh tolong memasak.
Mak : Haih, kalaulah betul boleh! Suruh masak sardin pun sampai terbakar dapur saya!
Orang lain : Ha? Takkanlah sampai macam tu?!
Mak : Kalau tak percaya, mari sini. Saya tunjukkan kesannya. (sambil menuju ke dapur)
Situasi 2.
Bertemu dengan kawan-kawan Mak di kompleks beli belah.
Kawan Mak : Datang sini naik apa?
Mak : Naik kereta.
Kawan Mak : Oh, awak ada lesen?
Mak : Eh tak lah. Anak saya ni yang bawak..
Kawan Mak : Ha? Dia ada lesen dah ke?
Mak : Aah, dah.
Kawan Mak : Umur dia berapa? Sekolah lagi kan?
Mak : Eh tak lah. Tahun ni dah 22. Dah gatal nak berlaki dah pun..
$#^&!)%
Situasi 3.
I ada panggilan manja tau dekat rumah, sejak kecik lagi. Tapi I segan dengan panggilan tersebut untuk diberitahu in public. Suatu hari di kedai buku sekolah (masa I tingkatan empat), Mak datang untuk belikan buku teks, terserempak dengan jiran rumah lama.
Mak : Eh Lina! Lama tak jumpa!
Jiran : Yati! Yelah lama tak jumpa! Eh, beli apa ni?
Mak : (Dengan nada yang kuat) Ni haa.. belikan buku teks untuk NONOI!
Jiran : Oh, Nonoi sekarang tingkatan berapa dah?

Bila masuk kelas, kawan-kawan sibuk panggil I dengan nama ‘NONOI’ %#^*(#!
Situasi 4.
Dulu, I selalu malas pergi sekolah lepas tu bagi macam-macam alasan dekat Mak. Sekarang, bila adik malas pergi sekolah, Mak cakap dengan adik..
Mak : Jangan jadi macam Kak Nonoi ni, asal Mak tanya kenapa tak pergi sekolah, “Sakit perut lah Mak..” “Migrain lah Mak..” (sambil ejek I, buat suara macam I buat dulu)
Adik : (Gelak sampai nak terburai isi perut)
Well, I’m a Mommy’s daughter. Dulu pun Mak selalu malas pergi sekolah. Hehehe.
TAPI, walau macamana pun, I tahu Mak tidak berniat untuk malukan I. Mak cuma mahukan yang terbaik untuk I, tak nak I lupa diri dan sentiasa beringat dalam sesuatu perkara. Sekarang ini, cuma Mak lah yang I ada, arwah Abah dah tiga tahun meninggalkan kami sekeluarga. Sekarang ini juga, masih lagi Mak yang tanggung makan minum I, insyaAllah, suatu hari nanti I akan senangkan Mak pula, I akan bantu Mak, ini janji I. Terima kasih, Mak!

P/S: Hihi I sengaja nak suruh you all semua pergi join contest tu. I tak layak pun nak join T_______T
Aug
Bagai pinang dibelah dua
Ahad baru-baru ni, I dengan keluarga pergi kenduri kahwin dekat Penggeli Timur, Kulai. Apa yang penting? Yang penting, bukan I yang drive. Biasalah, kalau Angah balik, for sure lah tunang Angah yang drive kan. I bercuti saja daripada driving, hik hik.

Pelamin simple but nice. Kira okaylah untuk pelamin pihak lelaki. Oh, yang berkahwin ini adalah cousin I, iaitu anak kepada abang Mak.


Untuk pertama kalinya buat seorang gadis yang jarang-jarang pergi wedding orang, I tengok pengantin kena cium telur T______T Okay bab ini I tak faham kenapa tapi bak kata orang-orang, untuk subur. Apa yang subur? Okay mungkin nak cepat dapat anak, barangkali. Ada yang dukung baby pula, tonyoh pipi baby dekat hidung pengantin. LOL. Kalau I, confirm tak nak. Kalau baby comel takpa kot, kalau sememeh dengan hingus ke apa ke? HAHA, jahat I.
Apapun, tahniah Abang Edi & pasangan. Eh, I pun tak tahu apa nama isteri dia. I cuma doakan, pilihan Abang Edi adalah terbaik, boleh jaga Abang Edi, taat kepada suami dan tahu jaga diri lah heh, sebab Abang Edi ni baik orangnya, sopan santun saja tau. Kira I anggap dia ni macam abang sendiri lah since I sendiri takda abang kan. Eh eh, ‘abang sayang’ tu adalah, ehem.




Sedapnya rambutan T__________T Merah-merah menyala.
Okaylah bai.
P/S: Eh hep hep, mana post pasal mini house? Next!

