Archive for the ‘Family’ Category

04
Nov

Akhirnya, kini pasti

Posted under Driving, Family, Friends 8 Comments

KAH KAH KAH ( Gelak tengok tajuk sendiri ) KAH KAH KAH

Hai semua! Apa macam? Deepavali sudah tiba, pasti korang semua dah siap dengan persiapan kan? Sikit pun tak hantar marukku untuk I ( merajuk ). LOL.

Eh I update blog sebab rindu korang tau niiiii. I nak bagitahu, I dah nak balik JB malam ni YAHOOOOOOOO! Bermakna, I akan menghabiskan masa di rumah tercinta sampai hari Ahad heh. Raya Aidil Adha nanti tak dapat balik tau sebab cuti sahaja, so I advance lah konon-konon Aidil Adha awal sikit.

Tak tahu kenapa ada perasaan macam dup dap dup dap tau nak balik JB T_______T Rindu dengan suasana rumah waktu pagi, waktu malam, petang. Hihi rindu dekat group mak cik mak cik ( eh I kan selalu join Mak bersembang jadi I pun termasuk dalam group mak cik mak cik ) HAHAHAHA

Kali ni I bawa balik Syafi dengan Angah. Oh dan ada sorang classmate masa training akan bersama-sama tumpang kereta I untuk balik ke JB. Yeeeba yeebaaaaa! Doakan perjalanan kami selamat pergi balik tauuuu, doakan takda kesesakkan jalan raya dan doakan semuanya berjalan lancar tauuu.

Woi koranggggg, nanti aku dah balik, kita lepak macam biasa heh :D *hugssss*

Okay okay okay, sayang semua orang tau. Muah muah muah :* BYEEEE!

05
Sep

Menyambut kepulangan anak

Posted under Family 14 Comments

Salam.

Baru tujuh hari tak update blog, tapi rasa macam dah tinggalkan blog berbulan ke bertahun entah. Sebenarnya nak cakap ‘rindu’ tapi malu. HAHAHAHA. Macamanalah tak terabai sekejap blog kesayangan ni, menyambut kepulangan anak-anak T_____T

Anak-anak buah. Setelah berkomplot dengan adik-beradik, akhirnya berjaya membuat Mak surprise comel-comel. Akak tak dapat balik berpuasa dengan Mak, jadi dia hantar anak-anak kesayangan balik kampung naik bas sendiri, eh bukan bukan. Angah, Abg Azam dengan Syafi yang bawak pulang cucu-cucu Mak, terima kasih semua T__T

Ada seorang aunty yang very niceĀ  ( tiba-tiba ). Membawa anak-anak buah pergi beli belah dan berjaya mengatasi sesi perebutan lolipop (?) antara dua beradik. Nasib baik bukan rebut rojak, lolipop yang besar warna warni itu okay takpa lah. Tiba-tiba anak buah perempuan tertidur di atas peha seorang aunty yang nice tadi. Orang ramai lalu lalang tengok anak perempuan tertidur, anak lelaki sedang makan lolipop, mommy dan daddy sedang bermain handphone masing-masing dan orang ramai tadi mestilah berkata dalam hati, “Anak dah tidur pun tak reti nak balik”. LOL.

Siapa aunty yang very nice itu tadi? Eh, siapa lah kalau bukan cik puan kepada blog?

Eh lupa nak cerita. Ahmad Haikal ( anak buah lelaki ) tiba-tiba cakap dekat Uncle Syafi, “Uncle, Ahmad Haikal nak bumblebee tau”. Nasib baik Uncle Syafi itupun nice jugak. Oleh yang demikian, pergi Singapore cari Bumblebee tapi tidak ditemui. Akhirnya pergi Jusco Bukit Indah yang dekat pun dah boleh jumpa.

Ini yang paling besar, ada lagi bumblebee lain yang kecil sikit. Yang paling besar ni harga dia RM59.90 ( mahal jugak lah kan since bumblebee yang kita harapkan boleh bertukar kepada kereta, asyik tak berjaya tukar saja ), Uncle Syafi terus kata “Ambil yang ini. Tak apa mahal sikit untuk anak buah kita”. Eh? Anak buah kita tau.

Tapi dua-dua beradik dah balik hari Selasa bersamaan dengan Hari Kemerdekaan negara tercinta. Selepas itu, cik puan kepada blog terus dilanda demam teruk. Selesema, sakit tekak dan migrain dan batuk dan semua penyakit nak datang jugak macam dah mula beraya nak main singgah-singgah. Hari ini dah macam nak sihat, harap-harap lah!

Page 4 of 52« First...23456...102030...Last »