Archive for the ‘Family’ Category

02
Sep

Alhamdulillah

Posted under Family, Oliey 1 Comment
Semalam adalah hari penuh bermakna bagi keluarga I
Penantian kami sekeluarga selama lapan bulan adalah menjadi
tidak sia-sia dengan penemuan Oliey pada awal pagi semalam
.
Alhamdulillah, Allah SWT telah temukan kami semula selepas kami
kehilangan Oliey Oliey dipercayai telah di ambil di kurung oleh
jiran terdekat Tapi tak apa, di bulan puasa yang mulia ini, I sudah
maafkan jiran tersebut :’) Terima kasih kerana memberi makan
minum untuk Oliey.

Setelah beberapa bulan gambar Oliey tidak ada dalam entri belog,
akhirnya pada hari ini I meletak gambar Oliey kesayangan. Rindu
kami sekeluarga masih belum terubat sebenarnya. Bayangkanlah
betapa rindunya hati kami kepada Oliey

Allah SWT Maha Adil Akhirnya Oliey kembali semula ke pangkuan
keluarga kami. Syukur, alhamdulillah. Rasa tak percaya sangat bila
Adik kejutkan Rara awal pagi memberitahu “Oliey dah balik” sambil
menangis. Seriously I ingat dia main-main. Bergurau senda pagi-pagi buta
seawal 7 pagi memanglah menempah carutan hebat. Hekhek.
Bila dah tengok Oliey, rasa macam tak percaya What the fish
Biar betul. Muka pun lain; putih sikit. Mama kata sebab Oliey dah lama
tak kena cahaya matahari. Hidup Oliey selama lapan bulan terkurung. Ggr

Siapa sangka, Oliey kembali kepada keluarga kami semula
Apapun, tahniah untuk Nurull kerana berjaya meneka siapa yang
kembali; yang follow I dekat twitter facebook mesti tahu, kan

You all take care okay, sayangilah binatang peliharaan anda.
Hekhek. Babai mwah

28
Aug

Bazaar ramadhan

Posted under Daily buys, Family No Comments
Pagi tadi sebenarnya I tak bersahur pun Mama tak kejut I
dengan alasan, I bukannya makan minum pun waktu sahur.
I kan sedang bercuti dari puasa jadi sebab itulah I cuma teman
Mama adik bersahur. Tapi pagi tadi Mama tak kejut, mungkin
tak sampai hati, mungkin
. I tak kisah Tapi I sedihlah sebab
hasrat I nak makan lauk sendiri yang I masak semalam tak
kesampaian (-_-”) Hari ni sepanjang satu hari, Syafi busy sangat
sebab kemas rumah. Itulah dia, siapa suruh, kan lenguh satu badan

bazaar
Ini yang I lukis. Ya T____________T I tahu buruk.

Bayangkan perempuan berbaju merah jambu tersebut adalah I.
Hari ini I pergi bazaar berdua sahaja dengan adik Sumpah bosan.
Sebab Mama tak dapat lagi join kami ke bazaar bersama-sama.
Alhamdulillah Mama dah mula sihat sedikit. Harapnya besok
boleh sihat sepenuhnya
Okay berbalik kepada gambar diatas.
Berbaju merah jambu adalah I, bayangkan ya. Bayangkan muka
yang comel nak pergi beli nasi ayam sebab hari ini tiada masakan
dari I. I letih gara-gara sesungut. Eh bukan, senggugut Wuhh.
Penjual bertanya seperti dialog diatas. I tunjuk lagi satu nasi ayam.
Maknanya, dua bungkus nasi ayam. Fine, penjual tersebut kata RM8
( RM4 satu bungkus, macam mahal lah ) Baikkkkkkk, I sudah bayar

Selepas itu…

I cari lauk yang Mama pesan, ayam masak kari. Tapi tak ada
rezeki I tak jumpa lauk tersebut. Jadi, I call Mama. Mama kata
it’s okay. Nasi ayam pun bolehlah. I pergi balik ke gerai tadi itu,
beli lagi satu nasi ayam. Sumpah malu sebab mesti penjual ingat
I ni teragak-agak macam budget duit ke apatah Dia mesti ingat
duit I tak cukup. Sumpah malu Besok tak nak ah beli lagi dah.
Tapi serius, nasi ayam dia sedap weh Lepas itu, I pergi beli kuih
muih, air lepas itu balik rumah, sekarang ‘burrppp‘ kenyang :’)

Page 30 of 52« First...1020...2829303132...4050...Last »