Archive for the ‘Family’ Category
Feb
Raja Sehari : Pink and grey wedding
RABU – 02022011, bermulalah kehidupan kakak kedua sebagai seorang isteri. EH apasal pulak ayat I jadi skema terlampau ni? Sekarang ni biasalah, lelaki lelaki dah terror, sekali lafaz je. Hihi. Masa dah sah tu, I tengok Mak dengan Kak Cujie menangis. Sebagai perempuan yang dah takda perasaan ni, I tak menangis pun, bergenang sikit je airmata. Tough gila kan? Heh heh heh.



Ramai yang cakap, “Kakak kakak dah selamat dah, lepas ni giliran awak pulakkk”. Rasanya dalam masa dua tiga hari tu macam nak pekak telinga dengar soalan yang sama. Jawapan I, biasa ah, standard artis artis, “Lambat lagi, calon pon belum ada ni”. HAHAHAHAHA. Lepas tu semua buat muka tak percaya. Dah tu, kalau ada boyfriend, mestilah boyfriend datang wedding kakak I tu kan? TAPI TAK ADA, maknanya memang tak ada lah, ggrh.
KHAMIS – 03022011.
Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir Aras 2, Wisma Sejarah

Pelamin yang I idam-idamkan dulu. SEKARANG??! Pelamin anganku musnah T___________T


Me & Syafa (Yiyin’s sister)
Thankyou for cominggggg. Tahu takkkkk, kitaorang bergambar dekat depan pelamin ambil masa yang agak lama. Lepas satu satu camera okay, dah macam artisssss. Ahahahaha. I ingat nak tunggu gambar dari DSLR Yiyin baru update entri ni, tapi macam lambat je lagi nak dapat, hik hik :P




Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, ramai juga orang datang walaupun cuti CNY, ramai balik kampung. Kalau terror, cuba cari AnneKay dalam gambar atas ni. Siapa jumpa, dia comel. Thanks to my housemates, Anne & Meilin sebab sudi datang. And Anne, yang makeup kan I, susah payah nak makeup mata I yang berkerdip kerdip ni. Kesian dia tahan sabar je tau. Hwaaaa susahnya nak hilangkan fobia mata tu :(


Mia, Kak Cujie, Mak & Me.
Thankyou juga dekat Mia yang banyakkkkkk sangat tolong I. Masa I lari pergi ambil kawan dekat Cheras untuk jadi photographer suka suka, Mia lah yang tolong cover cover I, ahahaha comel takkk, I lari sekejap lepastu semua orang cari I? LOL jahat gila aku. Makeup Mia pun by Anne jugak. Paling kelakar, malam sebelum hari sanding tu, Mia, I dengan Jira sanggup pergi downtown Cheras sebab nak inai tangan. LOLLLL.





Guestbook yang Anne dengan Meilin lupa nak sign HAHAHAHAHA. Yiyin dengan ZueZoey, awak sign takkk?

Me & Farah
Farah ni ingat tak? Dia lah perempuan gedik dekat Menara TM Batch 24 #Billing , hek hek. Tak sangka Farah dengan Ziel datang. Tapi ramai juga yang I sangka akan datang, tapi tak datang pun T______T Btw, thankyou Farah, lama juga lepak kat situ, gelak gelak dia satu dewan boleh dengar hehe comel. TAPI Farah dengan Meilin (my housemate) tak sempat jumpa, sebab Meilin dah balik dulu. Farah dengan Meilin tu roomate masa dekat Unisel dulu. Sekarang I pulak housemate dengan Meilin :D


Baju ahli keluarga I sama betul dengan pelamin, dah macam tenggelam terus kan?

Ahli keluarga sebelah arwah Abah yang datang dari Pahang. Saudara mara dekat Singapore semua tak dapat datang sebab tak ada cuti, CNY kan :( Btw, thankyou for coming.

PENGANTIN GEDIKKKKKK ; Tahniah tauuuu.

Penat jugak I dengan Mia angkut hadiah dari dewan bawak balik rumah. Fuhhhh, tapi alhamdulillah semua dah selesai. DAH DAH DAH, jangan tanya soalan yang sama macam dekat atas tu. Hal kahwin ni lambat lagi kita fikir, hati kita dah tawar tau (?). Suruh Mak je carikan jodoh. Okthxbai.
Dec
Semalam
Apa ya? Oh, penat la hari ni T______T Ada orang suruh duduk rumah je tak payah keluar.
Bagus jugak. Semalam seharian tak duduk rumah. Bangun bangun terus kena siap siap, driving pergi Pahang. Jalan bengkang bengkok, berliku liku, redah semua. Takut tu takut jugak, sebab banyak menurun bukit kan, tapi apa nak buat. Bak kata Kak Len, “You are everybody’s driver”. LOL.

Tempoh perjalanan dalam 1 jam 45 minit.
“Wei.. Agak agak lah, laju kau bawak” -Mia.
Mana ada laju pun sebenarnya, speed biasa je lah. Tak lebih 120km/j pun.

Mula-mula terus singgah rumah arwah Nenek dekat Sg.Nerek. Lepas tu ambil Mak Ngah dengan Nora dekat Jengka 19. Lepastu pergi rumah Nenek balik ambil Angah dengan Adik. Lepastu pergi Kg.Awah jumpa imam, uruskan hal wali Angah nanti. Lepastu dah selesai, balik rumah Mak Ngah balik.
See? Penat tak penat? But I’ve had so much fun yesterday. Seronok jumpa cousin.

Nora & Angah

Me & Nora ; tapi gambar ni masa minggu lepas, wedding Along dengan Kak Bie. Bukan semalam punya gambar HA HA HA

Eh, bila pulak gambar Mr.Bean ni? Haaaaa tiba tiba kan.

