Archive for the ‘Family’ Category

02
Apr

Misteri (Kisah Benar)

Posted under Driving, Family 40 Comments

Ingat lagi tak entri ‘Thankyou, kawan baik‘? I ada bagitahu dalam entri tu, I nak ceritakan kisah misteri yang terjadi selepas I hantar kawan I balik Naza Talyya hotel. Well, sebenarnya, daripada hotel lagi perkara ni macam pelik, tapi masa itu I tak terfikir apa-apa dan I rasa ianya keadaan normal. Kan I hantar Jiera balik hotel pada pukul 8 malam, so dalam pukul 8.30 malam tu weols dah sampai hotel tu. Masa turun je dari kereta, baby yang Jiera jaga (Jiera datang sini sebab tolong jaga baby seorang kakak yang ada meeting dekat JB ni) tu menangis tiba-tiba. Dalam kereta dia senyap je, tapi bila keluar dari kereta, dia terus menangis kuat-kuat. Sampailah weols naik lif dan sampai ke bilik, I dengan Mak teman Jiera naik.

Naza Talyya hotel

Dalam bilik pun baby tu still menangis lagi. Kakak tu pulak macam tak tahu nak buat apa, apatah lagi Jiera. Alhamdulillah lepas bagi susu, baby tu diamlah kejap. And then I dengan Mak pun balik. I drive macam biasa dari Naza Talyya hotel tu nak balik ke rumah. But bila lepas dari Danga City Mall, Mak cakap ;

“Bila malam, Mak macam tak cam jalan sangat. Bangunan semua macam lain”
“Oh biasalah tu. Kalau esok siang lalu tempat sama, Mak mesti cakap tak pernah lalu jalan ni kan”
“Eh ni kita dekat mana banyak sangat traffic light ni? Lain macam je jalannya”

Terus I gelabah tapi buat-buat cool. Maybe I salah jalan =____=” I nampak signboard ‘Kampung Melayu Majidi’. Err dah jauh sangat dari rumah I. Macamana I boleh drive sampai ke sana? Puas I dengan Mak fikir mana silapnya. Sesat. Mak cakap maybe I tak turun masa depan Danga City Mall tu, maybe I uturn balik. Tapi I rasa mustahil. I masih teringat-ingat I ada turun dari Danga City Mall tu.

Danga City Mall

Ganjil. I rasa ada yang tak kena. Tapi malas nak cakap banyak. I teruskan perjalanan dengan ikut signboard ke highway Kuala Lumpur. Mak pun dah risau. Adik I tinggal seorang dekat rumah, hari dah makin malam. Suddenly I nampak signboard masuk ke highway Kuala Lumpur. Dengan nekad, I masuk. What to do lah, I tak bawa GPS. Sebelum pergi hantar Jiera tu, I dah tanya Mak ;

“Mak, nak bawak GPS ke tak? Ke tak payah?”
“Tak payah”
– Konfiden.

Memang jauh tersasar. Sepanjang highway yang gelap tu memang I tak berani nak pandang belakang. I pakai side mirror je. Back mirror tu I tengok-tengok macam tu je. Tak berani nak tenung lama-lama. Itupun dalam dua saat je agaknya I tengok, just for make sure takda kereta bila I masuk lane kanan/kiri. Tiba-tiba sampai tol. I tanya dekat orang tol tu ;

“Tumpang tanya. Ni kalau terus, jumpa Skudai keluar dekat mana eh?”
“Nak pergi Skudai ke nak pergi tol Skudai?”
“Err tak. Nak balik Bandar Nusajaya” T________T
“Terus je dik. Lepas tu jumpa tol Skudai, depan lagi, baru jumpa simpang Gelang Patah”
“Oh okay. Thanks”
“Masuk simpang Gelang Patah tu. Nanti jumpalah Bandar Nusajaya”

Highway

Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat walaupun dah jauh malam T______T Sampai rumah, masa nak masuk pagar, I nampak adik dah tunggu depan rumah. Adik tutup mata sebab silau lampu kereta. I padamkan lampu terus. Dah masuk dalam pagar, I matikan enjin dan keluar. Mak, adik dengan I lepak luar rumah dulu sambil nak kunci pagar. Tiba-tiba lampu kereta terbuka sendiri. Sumpah. Weols tiga beranak tengok sendiri. I terus cakap macam ni ;

“Eh tadikan dah tutup. Apasal bukak balik ni”

I bukak pintu kereta balik dengan niat nak padamkan lampu tu. Tapi dah habis pusing dah.  Memang lampu tu patutnya padam. Tapi lampu tu menyala =__=” I dah cuak. Dalam hati dah takut takyah cakap lah. Tapi buat-buat cool. Tapi lepas tu tiba-tiba terpacul dari mulut I macam ni ;

“Errr tiba-tiba teringat pulak arwah Abah pernah cerita dekat gudang simpan kereta DSK (Depoh Simpanan Kenderaan) ada hantu main lampu kereta”
“Ish. Mak baru nak cakap”

Muka masing-masing dah cuak. Dalam cuak tu, tiba-tiba lampu kereta I padam sendiri. Bukan itu je, I terus rasa aneh bila I tengok handphone I tiba-tiba dalam keadaan silent, takda vibrate pulak tu. Bayangkan? Siapa yang pegang handphone I? Padahal I letak dekat seat I je sepanjang I drive tu. I sure sangat, I tak silent handphone I apatah lagi off vibrate, sebab masa on the way ke Naza Talyya hotel tu, Syafi call beberapa kali dan I ada jawab phone call tu. Masa I perasan tu, I tengok ada 7 missed call yang langsung I tak perasan.

Terpulanglah uols nak cakap ini semua kebetulan ke apa. Tapi inilah yang I alami dengan Mak malam itu :(

29
Mar

My perfect lucky day

Posted under Family, Nyummy 29 Comments

I ada banyak tips nak kongsikan dengan uols. Tapi nanti-nanti jelah I kongsikan dekat sini. Sebab I rasa macam nak update tentang lucky day I dulu heh. Semalam adalah hari paling terbaik I rasakan setakat tahun ini. Heh, padahal hari-hari pun hari terbaik sebenarnya. Lebih-lebih lagi Syafi kesayangan I tu semakin hari semakin sayang pada I yang tak berapa nak comel ini.

Johor Bahru

I ambil gambar ini masa on the way pergi Johore Bahru City Square. Eh sumpah bila I eja Johor as ‘Johore’, I rasa macam gedik sangat tapi tetap nak eja macam tu dalam entri ni, biar semua orang tahu mode I tengah bergedik sangat banyak heh. At least mengaku diri sendiri gedik adalah tidak gedik sebenarnya. Biarlah I merasakan diri I gedik dan semua orang pun tergedik-gedik dengan membaca entri I yang gedik juga ini.

“Buat apa engkau pergi Johore Bahru City Squarepants tersebut, Rara?”
“Heh heh. I pergi sebab nak isi perut yang sekian lama meminta sesuatu”

And now, I mempersembahkan.. jejengjengg..

Jcool 3+1 topping sharing

Chocolate blended

Free Jco donut

Oreo flavour Jco donut

P/S: Sepatutnya ada gambar baby Jco yang 24 pcs tu tapi I lupa lah nak ambil gambar :(

Nom nom nommm. I rasa macam heaven sangat sebab Angah yang belanja semua ini. I cakap nak bayar sikit tapi Angah cakap no need, no need. Untung tak bila menjadi I, kakak baru dapat gaji, balik ke JB dan belanja keinginan I yang sekian lama terpendam? Hehe. Oh btw, masa nak order tu, Angah pesan macam ini;

“Jco donut 12 pcs and 6 pcs”
“Oh, kalau macam tu, baik you ambil 24 pcs, cuma tambah RM3 sahaja”

“Habis, kau nak berapa?” – Angah tanya I.
“Nak berapa eh Ma?” – I tanya Mama pulak.
“Eh suka hati lah berapa-berapa pun. Beli je Angah, berapa yang dia nak”
“Eh cepatlah, nak berapa ni?”
– Angah tanya lagi.
“Okay okay 24 pcs jelah kalau macam tu. Tambah RM3 je kan”

Angah cakap balik dekat perempuan Jco tu.

“Jco donut, semua oreo, 24 pcs”
“Haa?! Semua oreo? Jco donut dua dozen semua oreo?!”

“Haah. Semua oreo ye”

P/S lagi: I boleh pergi beli sendiri je sebenarnya Jco tu, tapi I malas bila fikir tempat parking dekat area City Square tu. Ngebelin!

Dalam hati ada taman berbunga kembang mekar yang dipenuhi dengan orkid dan mawar putih merah. Aum aumph. Thankyou Angah :D Bila sesekali balik, kenalah belanja something kan? Inilah makin sayang. Hehehe. Gedik gila ada adik macam I ni T________T Oh, lepas pergi Johore Bahru semata-mata beli Jco donut, weols singgah Batu 5. Beli material untuk crafting felt. Dan selepas itu, weols singgah Jusco Bukit Indah. Weehee.

Tools box

I beli kotak bulat comel tersebut untuk isi benang dan beberapa tools yang lain.

Mini HP

Ehem ehem :P *angkat kening* Three words: Kecil. Comel. Bergaya. HAHAHAHAHA

Page 10 of 52« First...89101112...203040...Last »