Archive for the ‘Family’ Category

19
Jul

Pretty weekend

Posted under Family, Nyummy 22 Comments

Suatu hari di hari Ahad. Semalam.

Thank you Angah sebab belanja makan Kenny Rogers. Sedapnya, nak lagi T________T Next time balik KL, nak ajak Syafi makan Kenny Rogers pulak HAHAHAHA.

Hai nama saya ‘Bebulu’. Comel kan saya? Hehehehehe.

25
Jun

Blue bear celcom

Posted under Family, Gift 36 Comments

Senggugut ini membunuhku.

Hai. Hari ini adalah hari dimana seorang gadis comot kurang mood dan asyik mengadu sakit perut. Bibir pucat macam mayat dah dua hari dibiarkan, LOL. Pagi tadi JB dilaporkan hujan. Hari yang sepatutnya pergi hospital pun terbantut dek kerana hujan lebat sangat. Badan sejuk, kaki macam biasalah, pijak mozek terus kejang macam pijak salji dekat Gunung Everest tiba-tiba. Rasanyalah, pergi Gunung Everest pun tak pernah.

Plan untuk ke hospital sebenarnya cancel last minute, haih. Semangat berkobar-kobar kononnya sampai bangun seawal jam 7.30 pagi. Terus mandi walaupun sejuk menggigil. Bersiap-siap kononnya nak jadi gadis yang macam-okaylah-taknak-selekeh-sangat. Rasa macam nak marah bila fikir muka dah tepek dengan make up. Kalau sambung tidur lagi bagus takyah bangun lagi, dah lah period pain, LOL.

Tak boleh jadi. Hujan reda, Mak ajak pergi beli barang dekat Perling Mall. Sebelum tu kita pergi Celcom Center dulu nak redeem blue bear. Niat asal nak redeem dua lagi blue bear selepas kita redeem Englbear ini. Eh tapi tiba-tiba kan, Syafi forward message yang dia dapat code untuk redeem blue bear jugak. Ada dua. Heh cuba jelah mana tahu kot boleh redeem ke kan. Kalau tak boleh, tak apa lah, bawak balik dua sahaja (tiba-tiba malam tadi dapat dua message dekat broadband, dapat code redeem tu).

Tak kiralah ada team menang ke kalah ke, I nak collect semua. Sekarang ni lagi tiga sahaja untuk I dapatkan. Portugal, Australia & Brazil yang belum dapat. Yang lain semua dah dapat. Ha sebenarnya I pilih Portugal tadi masa nak redeem, tapi tiba-tiba I pergi tukar fikiran nak pilih Sepanyol. Ceh, rupanya Syafi nak Portugal T______T Sorry baby, next time kita redeem Portugal okay?

Yahooooo I dapat redeem kedua-dua I punya blue bear, dan I dapat redeem juga kedua-dua Syafi punya blue bear. Ada empat; sampai orang Celcom tu kasi paper bag LG untuk letak blue bear tau. Yahoooo.

Sekarang I dah ada Bermany, Englbear, Esbearanyol, Beargentina & Bearyfrance. Heh berharap Yiyin, Eyra & Yasmine tak jeles. As long as you girls pakai Celcom, masih ada chance nak collect banyak-banyak ni. Yahoooo banyak-banyak. Eh siapa tu siapa pakai Maxis? LOL, sorry Maxis dia takda bear macam gini. KAH KAH KAH (gelak sopan, konon).

Mulai Jun 2010, dah takda lagi limit day yang macam kalau tak redeem dalam masa tujuh hari, maknanya tak boleh redeem. Takda dah, sekarang dah boleh simpan redeem code dan redeem bila-bila nanti, tapi jangan sampai bear habis lah, faham-faham sajalah, semua orang suka kalau dapat hadiah heh.

Tips : Nak dapat macam-macam blue bear, boleh pergi collect/redeem dekat Celcom center terbesar, I bet lagi senang daripada redeem dekat Celcom dealer saja, tak best. Kalau Celcom dealer, susah nak dapat blue bear yang kita nak.

Hoi. Plastik tak buka sebab sayang. Biarlah Englbear saja yang kita buka.