Archive for the ‘Driving’ Category

07
Jul

Perjalanan dari JB-KL; downtown Danau Kota

Posted under Driving 15 Comments

Hai semua orang.

I penat sangat sekarang, macam-macam benda I kena buat, macam-macam tempat I kena pergi. Tapi memang fun habis. I bahagia kalau kehidupan I seterusnya akan macam ni. Oh hei, I belum cerita macamana perjalanan I dari JB ke KL hari tu kan? Okay, I dengan family ke KL pada 2 July 2010, dalam pukul 2pm. Dalam hati dah happy sebab Mak bagi izin tidur rumah Jiera. Eeeee besttttt sebab rumah Jiera tu adalah kawasan rumah lama I.

Nampak tak tu? Nampak tak signboard untuk masuk simpang Segamat? Dari rumah I ke Segamat lebih kurang 45 minit je pun, tak lah jauh benau. So Mieya yang baru masuk UiTM Segamat tu meh lah lepak JB pulak. Tehehe.

Tak banyak yang nak diceritakan. Cuma sepanjang highway, ada hujan kejap, lepastu reda. Lepastu kereta pun tak lah banyak sangat, lori pun ada lah sikit kot. Berhenti makan-makan dekat R&R Ayer Keroh, Melaka. Lepastu berhenti lagi dekat R&R Senawang sebab adik nak pergi toilet. Tiba-tiba dah nak dekat sampai, I pulak nak pergi toilet, so singgah Serdang. LOL. Banyak betul berhenti.

Fuyooooo bila dah sampai tol Sungai Besi, I rasa macam nak terbang. Tapi disebabkan semangat nak tengok Benci Bilang Cinta, kitorang pun sampai lah rumah Kak Cujie tepat pukul 6.30pm heh. Rehat kejap dekat rumah Kak Cujie, pukul 8.30pm baru I gerak pergi Keramat AU3. Jiera pulak banyak kali mesej tanya bila nak sampai. Dah sampai, lepak-lepak kat khemah, borak dengan Mia, lepastu I, Syafi, Sinclair, Jiera gerak pergi downtown Danau Kota. Fun habisssss. Bila dah sampai, Munir pulak tunggu kat sana.

I beli wall sticker macam-macam design, tapi bila fikir balik, nak tampal kat mana ha? T___T Balik dari downtown Danau Kota dalam pukul 1am, kitorang decide lepak minum kat Juma, Setiawangsa. Diorang pekena shisha, I dengan Jiera tak tahan bau shisha tu so kitorang masuk downtown Setiawangsa pulak. Beli lagi wall stickerLOL. Balik rumah pukul 4am. Pengsan terus.

01
Jul

Happy Shichigatsu!

Posted under Driving, Mobile Phone 36 Comments

Peluk cium blog >:d<

Faham tak perasaan seorang Mak yang ada anak tunggal lepas tu tak dapat tengok muka anak tunggal dia selama 9 jam? T____T Macam tu lah perasaan I bila blog jadi Bandwidth Limit Exceeded semalam. SANGAP! Nasib baik memang dah bersedia secara fizikal dan mental. Itupun meroyan jugalah dekat Twitter. Hihi. Bukan apa, blog dah jadi macam tempat luahan perasaan, tempat berkongsi itu dan ini dan kiranya apa-apa benda mesti bukak Dashboard, create new post.

Angah call.

“Wei kenapa blog kau putih je ni? Dia tulis bandwidth limit exceeded”
“Bandwidth habis, malas nak tambah. Rindu blog aku ke?”
“Ala! Nak tengok blog kau”
“Hehe nak buat macamana”

T______________T Nampak sangat Angah jealous dengan previous entri. Nanti mesti dia nak suruh buatkan untuk handphone dia pulak. Entri kali ni, sempena 1st July, I nak share lagi pasal baby Nokia E72. I dah tukar theme comel dan ceria. Juga dah tukar font type. Yahoooo comelnya.

Disebabkan font comel macam gini, I jadi excited untuk SMS dengan Syafi. Knowing me, memang tak suka SMS, I malas nak taip dan tunggu orang reply message. Boring.

Kalau online Twitter guna Nokia E72, I lebih suka guna Dabr. Ringan, cepat loading. Kalau guna apps Tweets60 macam boring sebab lembap, lepastu macam tak user friendly sangat. Sekarang ni tweet guna phone pun dah suka sebab font comel (annoying tak).

Hoi I takda lah sejiwang ini. I copy ayat ni dekat mana entah semalam lepas tu send dekat Syafi. Rasa macam seronok nak kasi dia ayat jiwang sekali sekala. Hehe, I tak suka bagi ayat jiwang selalu, nanti tak dihargai. Kadang tu cakap ‘I love you’ pun Syafi request. LOL. Bukan apa, tak nak ayat tu dianggap macam kebiasaan, nanti jadi tak special. Hep hep, tapi I ni kalau mood jiwang jangan cakaplah, memang pengsan semua orang dengar I bermadah, berpujangga, berpuitis dll.

Eh besok I bertolak ke Kuala Lumpur, doakan I dengan family sampai dengan selamat pergi dan balik ya. Dan, harap tak hujan T___T I ada masalah kalau driving dalam hujan. Tsk. Eh eh doakan juga supaya tak banyak lori sepanjang highway.

Pergi pasar beli rambai, bye bye.