Archive for the ‘Domain and hosting’ Category
Aug
7 plugin yang best untuk WordPress
Oh hai!
Ramai blogger dari blogspot tanya, macamana nak dapat code ikon kecik-kecik kat tepi blog ni (Cute Profile plugin). Selalunya, soalan tu ditujukan dekat Facebook, sama ada through inbox, wall atau pun dekat friendpages. Bukanlah nak kata apa, since I pakai WordPress, I dah jarang godek coding terbaru di blogspot. Ada orang, walaupun dia dah pakai WordPress self-hosted, tapi tetap kekalkan blog di blogspot. Tapi tidak bagi I sebab tak larat nak jaga banyak-banyak blog.
TAPI blogspot user tak perlu macam kecewa bila I cakap, “Oh itu adalah Cute Profile, wordpress plugin”. JANGAN tau, sebab sebenarnya korang pun boleh buat jugak, which is kena letak code dekat edit HTML layout. Senang je nak dapatkan code tu, google je, confirm ramai blogger lain dah buat tutorial.

Okay, straight to the point, untuk entri kali ni I nak share plugin apa yang I suka pakai. Since I buat entri pasal hosting & domain, ada jugaklah readers yang refer I untuk beli hosting & domain. Alhamdulillah, ikut kemampuan lah ye, kalau rasa tak penting, tak payah lah dulu.
- For sure lah plugin ni kena ada untuk menghalang segala kotoran kesan degil (spam).
- OKAY INI PENTING untuk masukkan image sekali banyak dekat dalam entri. Tak perlu nak masukkan satu-satu image. Masa mula-mula I join WordPress pun, I rasa hairan kenapa gambar kena masukkan satu-satu image T___T Luckily, I’ve found this plugin.
- I suka tengok orang LIKE entri I, jadi dari situ I boleh tahu readers suka entri yang sebagaimana. Pendapat I, kalau takda orang LIKE, maknanya tak payah lah buat entri jenis macam tu lagi, LOL.
- Ini penting bagi orang yang suka edit theme macam I ni. Godek sana, godek sini. Hehe. Kiranya masa proses kita edit theme tu, orang lain tak akan nampak lah. No need private blog, guna theme ni je.
- Ini biasalah, untuk terus update ke Twitter bila publish new post.
- I akan ada masalah bila pergi blog orang lain, I suka blog tu, TAPI tak ada page navigation. Tak boleh I nak selak entri lama. Bila dah rasa macam tu dekat blog orang lain, I yakin blog I mesti ada page navigation tu, walaupun takda orang pun nak selak entri lama I, hihi.
- Ha, ni lah ikon kecik-kecik yang I guna tepi blog ni. Senang sikit orang nak berkenalan dengan I (kalau ada yang sudi) dekat Twitter ke Facebook ke, kan?
Okay dah, itu je, bai.
May
Server hosting baru, theme pun baru.
Hai you guys.
Sebenarnya tadi I ada post new entri, tapi disebabkan pindah hosting baru untuk blog kesayangan I ni, tiba-tiba entri tu hilang macam ‘ting’! Tapi takpa, entri tu tak penting pun, kalau korang nak tengok through google reader pun boleh, itupun kalau korang subscribe lah. Hehe. Okay I dah mula rasa aneh menaip dekat theme baru ni. Takda sebab pun I tukar kepada theme baru ni sebab theme lama pun I sayang, cuma bila dah berhosting dengan server baru, macam mengadalah sikit nak tukar theme jugak. Actually theme ni sebenarnya lain daripada yang ni, dan disebabkan theme ni takda sediakan warna pink, terpaksalah I edit sendiri T____T

So far, ini jelah yang I mampu edit. Nanti I edit lagi mana yang tak berkenan. Kalau korang nak bagi cadangan pun boleh, I alu-alukan. Apapun, sekarang blog ni dah dipindahkan ke server point DataKL dan dengan domain name sekali. Transfer domain masih lagi dalam proses tapi disebabkan pihak DataKL yang cekap, blog ini tak akan mengalami masalah semasa proses transfer domain dijalankan. I harap keputusan I memilih DataKL untuk menjadi server hosting blog ini adalah pilihan yang tepat. Kepada korang yang nak beli hosting dan domain, berhati-hatilah membeli, tepuk dada tanya selera :)
Thankyou kepada pihak DataKL yang sangat cekap buat kerja, walaupun I reply email diaorang pada pukul 3-4 pagi, diaorang still reply beberapa minit lepas tu. Sistem pekerja diaorang ikut shift kot. So that kalau ada apa-apa masalah dah tak payah risau sebab diaorang sentiasa reply email, setakat ni paling lambat reply email pun dalam masa setengah jam je kot. Nak puji lebih-lebih pun tak berani tapi I salute lah DataKL ni, semua benda diaorang yang tolong buatkan.
Happy weekend everyone!

