Archive for the ‘Wooden Mini House’ Category

13
Aug

Wooden mini house : Sitting room

Posted under Daily buys, Wooden Mini House 13 Comments

Perut sendat – baru lepas berbuka.

Heh, I macam lupa pulak ada satu lagi wooden mini house yang belum update. Tersadai gambar dalam draft. Haih, bukan apa sebenarnya, rindu nak update blog pasal hal semasa. Hehe. Oh by the way, untuk mini house yang terakhir adalah sitting room atau senang kata macam ruang tamu lah.

Cushion tu I jahit tau, yelah siapa lagi kan kalau bukan I? Mama memang malas since dia tahu anak dia boleh jahit sendiri. Masa buat sitting room ni memang Angah ada tolong, tapi dia kalau bab menjahit ni tak reti sangat, HAHAHAHA.

Frame ni I reka sendiri je, dalam instruction paper tu takda tunjuk cara sebenar nak buat frame ni, so I buat jelah ikut suka T_____T Gambar real pun dia tak kasi. Ikutkan hati memang malas tapi macam tak complete lah pulak kan.

Comel kan? Phewww, penat. Okay lepas ni I nak buat macam banner lepastu letak link under categories – Wooden Mini House ,dekat sidebar. Kalau korang rindu, bolehlah tengok-tengok kan ( padahal sebenarnya I yang akan rindu sendiri ) HAHAHHAHAHA.

Okay dah, bai. Perut sarat tak boleh membebel banyak.

10
Aug

Wooden mini house : Kitchen

Posted under Daily buys, Wooden Mini House 27 Comments

Selamat petang.

hai semua, hari ini anda akan di jamu lagi mata mata anda dengan koleksi wooden mini house versi kitchen. OH kalau anda nak tahu saya adalah seorang gadis yang manis yang suka sangat pergi ke kitchen, engkau faham sendiri lah kenapa aku suka pergi kitchen LOL (okay kejap, behave sikit,awak dekat rumah orang sekarang HAHAHAHA)

kitchen atau dapur adalah tempat paling sedap dalam rumah, KENAPA? sebab dalam kitchen ada bermacam koleksi makanan . semua yangg yummylicioussss taw, tempat lain tak boleh challenge punyaa lagi lagi study rooom, mana boleh challenge dengan kitchen T____T

sekarang mari kita menjamu mata (ayat ulangan) melihat kitchen saya. HAHAHA

anda semua perlu tahu selain color pink, saya juga adalah peminat setia merah. jadi kitchen idaman saya adalah bercirikan merah sahaja termasuk lah alas meja. alas meja itu saya yang pilih di jalan tar, lepas itu bersungguh sungguh menjahit lepas itu siap letak sandwich atas meja untuk anak anak dan suami saya. LOL kahwin pun belum, menjahit pun tak pandai tapi tak apa, kan saya cakap kitchen idaman?

buah ceri adalah buah berciri merah, jadi saya akan hiaskan seberapa banyak buah ceri dalam sebuah bakul yang saya sendiri reka, bakul itu saya guna er, er , er tak perlu lah buat, nanti saya beli bakul terus siap sumbat ceri terus dalam tu LOL

buah strawbery dan color merah adalah gabungan paling ideal, saya suka saya suka, jadi saya akan rekues kepada bakal suami supaya menggunakan wallpaper berciri buah strawbery. anda tahu tak kalau anda menghias sesebuah kitchen dengan bahan makanan, nafsu makan anda akan bertambah? jadi sila amalkan T_______T

saya juga adalah peminat barang barang bercirikan english style atau vintage atau royal canin ( eh, ke royal apa tah? kadang kadang keliru dengan makanan kucing HAHAHAHA ) , phew kerusi makan juga saya akan jahit sendiri mengikut imaginasi saya. ehem saya boleh tempah dekat orang lain kalau tak mahu jahit (yang sebenarnya tak pandai menjahit T___T )

merah dan putih, gabungan serasi untuk kitchen idaman, buah straberry and cherry semakin meningkat rasa cinta terhadap kitchen sehinggakan setiap ruang dalam fridge akan saya isi dengan makanan yang yummylicious untuk anak anak saya. lihat lah cake strawberry tersebut, saya akan buka ruang mengrekus resipi atau tempahan kalau ada 20 orang yang comment entry ini LOL

dan ini lah , ini lah hasil kitchen dari imaginasi saya untuk rumah saya yang akan datang. oh menarik sangat kitchen saya.  kalau lah macam ini punya kitchen, lelaki pun mahu sentiasa duduk dan menolong emak masak lepas tu kucing awak pun boleh jadi rajin nak tolong emak masak juga T___T

oh btw kalau anda rasa ayat saya adalah pelik, anda boleh pergi tanya Liyana Gardenia siapa yang menaip entry aneh ini? LOL

// hoi jakun gila taip entry dalam wordpress, smua benda pun nak cuba cuba, nasib baik tak tekan move to thrash HAHAHAHA :P

Page 1 of 3123