Archive for the ‘Daily buys’ Category
Aug
Wooden mini house : Study and piano room
Hai.
Bertemu lagi kita kali ini di Raracandyfloss dot com. Cuma entry kali ini ditaip oleh owner no 2. Siapa lagi kalau bukan Mieya, adik kepada owner blog ini. HIHIHI okay ini sungguh over.
Disebabkan Mieya seorang pelajar, so Mieya diberi tugas untuk mengendalikan entry kali ini. Wooden mini house : Study and piano room.

Okay yang ini sangat comel! Mieya suka, especially kambing. Kenapa? Tunggu entry Mieya yang seterusnya ye :P And and tengok gambar dekat frame tuuuuu! Rasanya ramai sangat student yang letak gambar dia dengan bf dekat meja study. Haa jangan nak tipu, sebab Mieya pun student jugak, and dekat tempat Mieya ni ramai yang buat macam itu. Hee.

Ya Allah kemas nya bilik niiii, tak sekemas bilik Mieya. Isk. Cuba tengok meja piano. Siap ada chord ke apetah atas tu. Bestnyaaa, tapi sayang Mieya tak reti main piano dan dalam bilik Mieya tak ada piano. Dah tak reti main buat apa nak ada piano kan. LOL.

Tengok topi tengok topi. Alahai comelnyaaaa! Tengok wall pulak, girly gitu. Sesuai dengan jiwa kewanitaan. Cewaahhh.

Okay yang ini tersangat lah kemas. Buku elok je tersusun rapi. Dah lah buku² tu semua nampak macam real kan? Korang nak buku apa? Cakap je, semua ada. HIHI.

Okay Mieya memang dah jatuh cinta habis dengan study and piano room ni. Sangat cantik, sangat kemas dan sangat menjelouskan! Bila lah UiTM Segamat nak buat bilik macam ni agaknya. Confirm Mieya tak balik rumah tiap² minggu kalau macam ini. HAHA. Ada sesiapa yang bela Doraemon? Kalau ada, Mieya nak pinjam. Mieya nak suruh dia kecik kan Mieya guna lampu suluh pengecil, lepas tu Mieya nak duduk dalam rumah ini. HIHI dalam mimpi je lah nampaknya.
Nampaknya sampai sini je lah entry dari Mieya. Sobs sobs. Okay lah tak boleh lama², nanti kang terbuat macam blog sendiri susah pulak, habis Raracandyfloss dot com bertukar menjadi Mieyacandyfloss dot com. HAHA.
Ulasan owner blog : Hehe. Boleh tahan jugak Mieya handle blog ni heh? Okay jap. I nak bagitahu ni. Study and piano room ni dibuat atas bantuan Mak, Angah dan Abang Azam. Topi comel tu pun Angah buat ye. Thank you everyone!
Aug
Wooden mini house : Baby room
Sekarang ramai orang tengah pregnant.
And ramai jugak antaranya akan bersalin pada hujung tahun. Orang-orang terdekat dengan I je ada yang due date bulan Oktober, November dan Disember. Heh semua tak nak sama dengan I, September kan? Baguslah. Bila September je korang tak payah ingat birthday orang lain, ingat birthday I je. INGAT! Nanti masa wish hari raya, kena wish birthday jugak heh, LOL, desperate gila I. Haha.

Thank you Angah sebab banyak tolong buat mini house ni. Kayu katil yang complicated tu Angah yang siapkan. I baru tengok terus surrender sebab kayu dia banyak and kena susun elok-elok semua, euw tak kuasa.

Ha bakul ni I buat! Hehe. Mula-mula kena bentukkan pakai kertas lepastu balut dengan kertas ala-ala tali warna kuning tu. Then barulah gam kan lace. Material semua memang complete dia kasi, cuma macam I bagitahulah, kena ikut kreativiti kita sendiri nak buat macamana.

Bentuk love kena jahit sendiri, pokok kena letak sendiri dalam pasu, skirt kena cantumkan (jahit) sendiri, payung pun kena buat sendiri (Mak buatkan), hanger kena bentukkan sendiri guna dawai, tempat sangkut tu kena buat sendiri – bentukkan dawai jadi bengkok, gam dekat manik putih, dah kering baru gam kan dekat kayu tu, lepastu tampal bunga-bunga. Nasib baik tak suruh I pergi buat Hello Kitty tu pakai plastisin. LOL.



Bantal jahit sendiri, ikut suka lah nak buat bentuk apa pun guna kain yang dia kasi. Pendek kata, semua benda nak kena buat sendiri. Ada orang tanya I, takda jual ke yang dah siap? Hehe, memang takda kot I rasa. Kalau nak, boleh upah I je. LOL.
Lepas ni nak buat set yang mana pulak? Okay bai.

