Archive for the ‘Daily buys’ Category

11
Jul

Hello Kitty gadget & accesories

Posted under Daily buys 14 Comments

Hoi lama sangat dah tak letak item Hello Kitty.

Macamana nak letak, dah lama tak shopping Hello Kitty. Kalau tak sakit, sibuk. Kalau tak sibuk, sakit. How lah? Tapi item dalam entri ni item biasa je. Nak share item apa yang I beli dekat Singapore baru-baru ni. Actually semua pun Syafi yang belanja. Dia cakap dia nak masuk Singapore pun semata-mata untuk melepaskan rindu nak tengok I teruja bila dikelilingi item Hello Kitty. LOL. Tapi sekarang dah mula jadi macam segan.

Tak tahu nak ambil barang apa. Itu dah ada, ini dah ada. Cuma design & pattern je lain-lain.

Thumb drive 4gb. Before this pun dah ada thumb drive Hello Kitty, tapi lain lah. Nak tengok, boleh refer category ni (Puas dah I cari entri thumdrive tu tapi tak jumpa). Tapi thumbdrive tu cuma 1gb saja. Heh, thumbdrive dekat atas ni pun Syafi yang perasan lepastu paksa I suruh beli. LOL.

Eh eh. Selalunya korang tengok harga thumbdrive 4gb berapa? Haaa I beli ni sebab murah tau. Dah lah 4gb, $30 je. After convert baru RM69. Rasanya kalau beli banyak, mesti boleh dapat lagi murah!

Earphone untuk baby Danny E72. Comel kan aksesori untuk baby Danny? HAHAHAHA T_____T

Blanket ni, soft sangat sangat sangat! I ingat nak tengok-tengok je, tapi Syafi paksa suruh beli jugak. Eeeii guilty tau lepas dah beli tu, sebab macam mahal lah bagi I. I ni mana suka beli barang mahal-mahal sebenarnya. Kalau gadget tu sukalah yang mahal, kalau barang gini macam bazir tak?

Masa shopping ni, susah I nak tanya-tanya seller tu. Dia cakap Philipines, I cakap English. Dah macam ayam dengan itik. Lepas tu nasib baik dia panggil kawan dia yang boleh speaking English. I dah pening dah bila nak tawar menawar harga, dia tak faham. LOL.

08
Jul

Cute wall stickers

Posted under Daily buys 22 Comments

Mana wall stickers? Bak mai nak tengok!

Ha tengoklah puas-puas. LOL. Haritu borong bukan main banyak, lepastu Jiera pun berkenan sama. Belek belek wall stickers dekat booth tu dah dekat setengah jam kot. Macam jakun, padahal bukan tak pernah jumpa. Nak tahu jakun sebab apa? Sebab murah. I kan suka benda murah-murah tapi kualiti dia sama je dengan yang mahal. Biasa ah, takda duit. Kalau ada duit pun, takda maknanya nak beli wall stickers ni sampai RM60 sekeping. Blogshop banyak betul yang jual RM60 sekeping, padahal kualiti takda beza, entah-entah dia borong murahan punya. Who knows?

Sebab aunty yang jual dekat I tu sendiri cerita, ada orang borong dekat dia bukan main banyak, lepas tu jual dekat online shop. Kalau ambil untung sikit takpa, ni ambil untung dalam RM50 gitu, melampau kan? Lepas tu orang kaya-kaya yang berlagak tak suka barang murah pun beli. Haha.

Kata made in korea? Okay yang I borong pun banyak made in korea. LOL.

Nampak tak contoh yang dah siap tu? Haaa nice kan. Ada meow meow tengah bercinta bawah lampu dan ada bunga atas meja. Tapi itulah, I tengah pening, I nak lekat dekat mana heh?

Ini pun lebih kurang type macam kat atas tu. Jenis menegak. Tapi yang ni kan, siap ada macam nak ukur tinggi gitu, kalau budak-budak boleh lah. Kalau usia macam I ni, dah tinggi tak boleh lah kan. Tapi sweet kan? I ingat nak tampal benda ni dekat tepi toilet dalam bilik I, tapi nantilah, I nak ubah susunan katil, almari semua dulu dalam bilik tu.

Haaaa yang ni paling I suka, taktahu lah kenapa. Tapi I dah tahu nak letak mana. Nak letak dekat atas kepala katil. Sebab dia melintang. Nanti dah lekat, I update lain okay tak?

Matryoshka! Haaaa comel kan? Tapi yang ni I pun taktahu nak letak mana, rasa macam nak let go, tapi kena fikir-fikir juga lagi. Hihi sebab macam sayang kan, but kalau ada orang nak minta tolong belikan pun boleh je. Nanti tahulah I nak minta tolong siapa belikan.

Eh, I ada beberapa item Hello Kitty ni tapi tak tahu nak update ke tak since macam dah lama I tak update pasal Hello Kitty kan? By the way, entri ni pun I update sebab ada lah empat lima orang yang rekues nak tengok wall stickers ni. Ada lagi banyak design sebenarnya hihi.

Suka tak wall stickers gini? Dia bukannya jenis pelekat yang susah nak tanggal tu tau. Don’t worry, takkan merosakkan dinding pun. Kalau suka, meh lah main konon-konon kalau antara empat dekat atas ni, korang suka yang mana? Okay bai.