Archive for the ‘Harijadi’ Category
May
Kuala Lumpur, ikan bakar dan secret recipe
Hai. Eh tiba-tiba macam kekok nak berblogging. Aik? Hahaha mana ada lah, apa ingat I ni jenis lupa daratan ke apa? T___T Okay entri pertama selepas empat hari tak update heh, I nak cerita hari pertama I dekat KL. Lepas tu baru hari kedua dan ketiga. Ggr, macam boring kan? Tengoklah dulu camana kalau you guys nak I update, kalau tak nak, I tak payah update lah hihi. Dalam pukul 1.30pm, I bertolak ke KL, eh sebelum tu isi minyak kereta penuh-penuh dulu. Lepas tu tunggu Mak dengan adik beli makanan, minuman apa-apa patut, I snap gambar signboard ni ha.

Dalam pukul berapa entah, berhenti dekat R&R Ayer Keroh Melaka dalam setengah jam gitu. Pukul 5.30pm I sampai rumah kakak Cujie. Teehee. Perjalanan smooth je sebab kereta tak berapa banyak sepanjang highway, kena potong-potong lori jelah, itupun lori pun tak berapa banyak, cuaca pun baik, alhamdulillah. Tapi, masa I berhenti dekat R&R Ayer Keroh tu ingatkan nak paksa Chokilala datang kejap jumpa I, haha. Tapi bila SMS, rupanya Chokilala pun on the way ke Bangi. Cis terlepas peluang. Tapi I ingat nak ajak bloggers jalan-jalan dekat Melaka lah.
Sampai je rumah Kak Cujie, kitaorang suruh Mak siap-siap pukul 8pm, tapi Mak relaks je baring atas katil, I pun sama. Penat tak hilang lagi. Lepastu kitaorang turun, Angah & her fiance dah tunggu dekat bawah rumah Kak Cujie. Naik kereta adalah dalam sejam perjalanan, kitaorang pun sampai dekat Restoran Ikan Bakar, Jeram, Kapar. Pffft. Jauh hoi, I dah siap-siap cakap dekat Angah dah, “Ni pergi lapar, balik pun lapar ni”.

Seronok and berbaloi lah makan restoran tu sebab servis dia cepat. Pilih lauk apa nak, dalam setengah jam dah siap dah makanan. Sekali I tengok makanan dah belambak terhidang atas meja. Hoi, perut I kecik je, mana muat nak sumbat semua T_____T Makanya, I makan sikit je malam tu. Walaupun geram tengok ketam, kerang, tapi I dah macam surrender sebab perut dah macam nak terburai. Eh kenapa dengan Ahmad Haikal? Boleh baca sini.

Birthday girl yang ke 48 tahun. Yay, walaupun dah 48, Mak still nampak muda and kalau berbual dengan Mak, confirm rasa macam berbual dengan kawan sebaya. Hihi. Kebanyakkan kawan-kawan I yang jumpa Mak, memang akan cakap Mak sporting. Padahal diaorang tak tahu kalau time Mak garang, macam nak terkencing I dibuatnya. Hahahaha tak tak takkkk, Mak tak garang macam emak orang lain yang siap teba anak pakai rotan sampai berbirat badan anak ke apa tu.


Dalam entri Kak Cujie yang ini, tak ada gambar husband Kak Cujie kan? Haaa, dekat dalam handphone I ada. Treng trenggg. Tapi abang ipar I tu kusyuk sangat makan sampai semua gambar dia pun kabur (akibat proses pergerakkan). Hish, exlusive tau gambar ni, bukan senang nak dapat gambar abang ipar I tu.

Malam tu bila dah sampai rumah, kitaorang celebrate pulak birthday Mak, adik & Alesha dengan Chocolate Indulgence from Secret Recipe. Walaupun perut dah padat, tapi kan I dah cakap “Pergi lapar balik lapar”. Haaaa malam tu I tidur dengan perut ketat T______T Kalau Chokilala ada Chocolate Indulgence per slice, I ada Chocolate Indulgence for a whole cake. Tapi dah habis lah (?).
Mar
Raracandyfloss is on WordPress!
Hello. Yeah, this is still Raracandyfloss.com
Haha. I mengambil kata-kata Chokilala masa mula-mula beliau migrate from blogspot. Okay, I dah letak link. Link pertama I letak adalah link cikgu I sendiri since I guna blogspot. Mana boleh lupa cikgu, hilang adab tatasusila heh.
(Letak link takyah pasang target blank secara manual pun I jakun dan heboh dekat twitter. Jakun gila)
Okay nanti I update lagi. Sekarang I nak godek apa patut. Uols ingat I pandai? Macam apatah, I rasa I paling dungu sekali, zero knowledge T___T
UPDATE 04032010
Oh hai. Selamat pagi. Actually, I belum siap edit lagi theme I ni. Tapi I akan edit sikit-sikit lah. For your information, I banyak order dari customer nak kena siapkan. And my for lovely customer, harap uols bersabar tunggu item uols ya. And harap memahami keadaan I ni ha. Penat tau pindah randah ni. Yelah, walaupun takyah angkat barang bawak masuk lori pun, penat dia penat nak belajar something new.
Uols, jangan lupa pada hari yang manis ini kita ada birthday girl tau. Happy birthday 21st to Liyanaa, my bestfriend forever. Kalau I ada kat KL sekarang, lama dah dia kena peluk kuat-kuat dengan I hoi. Apakata kita semua mendoakan hidup Liyanaa diredhai Allah, bahagia dan bahagia selalu and dimurahkan rezeki. Okay nanti I update lagi okay. I busy ni nak kena settlekan customer, nak catat alamat dan order customer dalam buku lagi dan check stock apa yang tak ada, kalau dah tak ada atau tinggal sikit nak kena re-stock. Order online lagi senang. Tak payah I keluar rumah heh. Cuma kalau felt fabric tu, memang kena ambil stock sendiri lah.
Sekarang I tengah pening pasal buttons pulak ni. Gahhh.

