Author Archive
Feb
Breakfast for him
DING DONGG DING DONGGG *alarm clock 0645am*
DISMISS *tidur balik*
0700 am HWAAA nasib baik tak lelap sampai empat jam! Cepat cepat bangun buat apa patut, baru pergi dapur. Lepas tu kelentung kelentang dekat dapur ambil kuali, potong cili etc. Takut lambat punya pasal, focus je buat kerja. Kang kejap lagi bofreng call cakap dah siap nak pergi kerja, breakfast tak siap lagi, confirm kena bebel bebel. Bofreng kita tu dah lah kuat bebel hik hik pot pet pot pet je mulut dia tu kalau kita lambat. Dia lambat takpaaa. Buktinya pukul 0805 baru bangun tidur nak pergi kerja @$%&*!(#

SARDINE ROLL. First time tau try buat ni. Itu pun lepas mintak pendapat dekat Twitter nak buat apa breakfast untuk esok (malam tadi). And thanks to Deena sebab idea yang best! Semalam kita dah buat sandwich telur campur ayam, mayonis & blackpepper! Hari ni kita buat sardine roll pulak. Excited. Harap-harap bofreng bagi respond memberangsangkan T______T
Mula-mula kita masak simple dulu, proses pembelajaran kan. Kang nanti kita cuba lah buat kuih seri muka ke, kuih samperit untuk breakfast WAH dasyatnya -__-”
RESIPI SARDINE ROLL
Bahan-bahan :
- Dua ketul ikan sardin (dalam tin)
- Cili merah dalam 6 biji
- Lima keping roti
- Tiga biji telur
- Garam
Cara-cara :
- Potong cili halus-halus dan buang biji cili.
- Gaulkan cili dengan sardin, sambil lenyekkan sardin.
- Pecahkan telur dalam bekas, tambah sedikit garam. Pukul hingga rata.
- Letakkan sardin atas roti dan gulung.
- Celup roti dalam telur. (TIPS: Lebihkan telur pada hujung gulungan untuk lekatkan supaya roti tak terbuka masa menggoreng)
- Goreng hingga keemasan, cewah.
Credit to TryMasak untuk resipi, tapi kita ikut yang basic je, tak ikut sangat kuantiti hahaha. Itu pun mula-mula ingat nak masak dulu sardin tu tapi bofreng cakap jangan masak T___T
P/S: Tak tahu lah bofreng suka ke tak, dah cuba mana yang mampu.
Jan
New header dan masalah dunia blogging
SELAMAT PAGI :)
Wah dah lama tak wish morning dekat blog. Asyik Twitter je, hihi. Kita tak berapa sihat sejak semalam. Selesema, sakit tekak.. Rasa berat je kepala ni, jalan pun terhuyung hayang. Sebab tu lah, bila kita boring sebab asyik duduk melepet je, kerajinan untuk edit blog tiba-tiba macam ‘TARAAAA!’ dia datang. Heee.
Mempersembahkan… JENG JENG JENGG!

“Cantik takkkkkk?” K. Ayat Eric Leong tu dah lapuk lah T___T
Header kali ni (setelah berbulan bulan tak buat header) bertemakan sempena bakal menyambut ulangtahun percintaan (KAH KAH KAH) yang pertama dengan bofreng tersayang. YEEE, kita tahu confirm CONFIRM CONFIRMMM ada yang macam “Eleh baru bercinta setahun jagung sudah gembira macam kau dah enam juta tahun”. Wuhh sentap k kalau ada orang betul-betul sound macam tu. Kalau ada rasa macam tu, marah dalam hati je tauuu wuwuwuw :(
Ye. Itulah masalah nak blogging sekarang ni. Sejak-sejak blogging dah tak sebebas dulu untuk menyuarakan setiap isi hati dan pelusuk sanubari. Kita kena jaga hati orang tapi MANA BOLEH nak puaskan setiap sekeping hati? Wuh ayat kita macam melankolik biasalah pagi-pagi macam ni, semangat dia lain macam sikit.
Kita suka update pasal bofreng. Tapi sekarang ni kita dah tak update selalu pasal bofreng macam dulu kot. K. ADA KOT. Tak yakin langsung. Tapi janganlah rekues tutorial dekat kita lagi, lagi lagi tutorial untuk blogspot, kita dah tak ingat. Maaf -__-” Kalau mintak tips nak jadi jelita pon kita tak mampu lah nak bagi, kita sendiri tengah cari tips nak jadi macam Fazura. Hewhewhew.
OKAY lah. Kita tengah tunggu bofreng datang ambil bekal ni suruh dia bawak pergi office untuk breakfast. Feeling feeling macam gofreng terpaling comel pulak. LOL. Bye bye semua. Xoxo.
Eee sejak bila kita pandai xoxo xoxo ni. K.

