05
Sep

Menyambut kepulangan anak

Filed in Family

Salam.

Baru tujuh hari tak update blog, tapi rasa macam dah tinggalkan blog berbulan ke bertahun entah. Sebenarnya nak cakap ‘rindu’ tapi malu. HAHAHAHA. Macamanalah tak terabai sekejap blog kesayangan ni, menyambut kepulangan anak-anak T_____T

Anak-anak buah. Setelah berkomplot dengan adik-beradik, akhirnya berjaya membuat Mak surprise comel-comel. Akak tak dapat balik berpuasa dengan Mak, jadi dia hantar anak-anak kesayangan balik kampung naik bas sendiri, eh bukan bukan. Angah, Abg Azam dengan Syafi yang bawak pulang cucu-cucu Mak, terima kasih semua T__T

Ada seorang aunty yang very nice  ( tiba-tiba ). Membawa anak-anak buah pergi beli belah dan berjaya mengatasi sesi perebutan lolipop (?) antara dua beradik. Nasib baik bukan rebut rojak, lolipop yang besar warna warni itu okay takpa lah. Tiba-tiba anak buah perempuan tertidur di atas peha seorang aunty yang nice tadi. Orang ramai lalu lalang tengok anak perempuan tertidur, anak lelaki sedang makan lolipop, mommy dan daddy sedang bermain handphone masing-masing dan orang ramai tadi mestilah berkata dalam hati, “Anak dah tidur pun tak reti nak balik”. LOL.

Siapa aunty yang very nice itu tadi? Eh, siapa lah kalau bukan cik puan kepada blog?

Eh lupa nak cerita. Ahmad Haikal ( anak buah lelaki ) tiba-tiba cakap dekat Uncle Syafi, “Uncle, Ahmad Haikal nak bumblebee tau”. Nasib baik Uncle Syafi itupun nice jugak. Oleh yang demikian, pergi Singapore cari Bumblebee tapi tidak ditemui. Akhirnya pergi Jusco Bukit Indah yang dekat pun dah boleh jumpa.

Ini yang paling besar, ada lagi bumblebee lain yang kecil sikit. Yang paling besar ni harga dia RM59.90 ( mahal jugak lah kan since bumblebee yang kita harapkan boleh bertukar kepada kereta, asyik tak berjaya tukar saja ), Uncle Syafi terus kata “Ambil yang ini. Tak apa mahal sikit untuk anak buah kita”. Eh? Anak buah kita tau.

Tapi dua-dua beradik dah balik hari Selasa bersamaan dengan Hari Kemerdekaan negara tercinta. Selepas itu, cik puan kepada blog terus dilanda demam teruk. Selesema, sakit tekak dan migrain dan batuk dan semua penyakit nak datang jugak macam dah mula beraya nak main singgah-singgah. Hari ini dah macam nak sihat, harap-harap lah!

14 Responses to “Menyambut kepulangan anak”

  1. zulkboNo Gravatar
    05Sep

    salam..anak
    lelaki saya baru je
    saya belikan Transformer
    yang RM 200 hari tu
    sekejap je lebur..alahai
    tak pankdai sayang barang
    zulkbo´s last [type] ..Im Malaysian Proud To Be

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @zulkbo, salam.

    ye, budak-budak sekarang ni tak boleh lah belikan barang mainan mahal, diorang tak pandai jaga kan? asal mengamuk je nak campak barang tu. hehe. tapi takpalah, macam yang atas tu rm59.90 kira okaylah untuk happykan budak kan =))

    p/s: nasib baik anak buah saya sayang bumblebee tu. hehe

    [Reply]

  2. oshinzNo Gravatar
    05Sep

    take care sis. harap2 cepat sembuh sebelum raye. kalo tak harusla takde selera nak melantak kueh raye. ehehe. selamat hari raye!
    oshinz´s last [type] ..u got me

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @oshinz, thankyou dear T__T seksa kan bila sakit camni. selamat hari raya juga =D

    [Reply]

  3. annNo Gravatar
    05Sep

    makan ubat tu!
    ann´s last [type] ..Iklan Raya 1Malaysia PLASTIK sangatlah tu!!

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @ann, ye, doktor T______T

    [Reply]

  4. MieyaNo Gravatar
    05Sep

    Oaky bab lolipop dengan rojak boleh menimbulkan kontlobesi. HAHAHA. Comelnya anak² buah kak cujie. Lagi² gambar yg last tu, suka sangat tengok :)
    Mieya´s last [type] ..Contest L untuk Liyana

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @Mieya, mana ada kontlobesi. haha. anak² buah kak cujie? LOL, anak kak cujie lah tu :P gambar last tu sweet kan, i love them so much <3

    [Reply]

  5. AlmyNo Gravatar
    05Sep

    Ambil daku jadi anak buah mu, nak juga bumble bee…nk, nk,, nk,,
    Almy´s last [type] ..TEKNOLOGI SCREEN MASA HADAPAN

    [Reply]

  6. cujieNo Gravatar
    05Sep

    hehe mieya, anak buah eh
    sorang buah rambai sorang buah duku
    tu yg keje buat kontlobesi tu… :d: cujie´s last [type] ..Marble Cake

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @cujie, rindu double A T___________T

    [Reply]

  7. sickchild72No Gravatar
    05Sep

    Nasib baik bukan rebut rojak, lolipop yang besar warna warni itu okay takpa lah.

    hahaah i loikeeeeee

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @sickchild72, :)))

    [Reply]

  8. zulkboNo Gravatar
    05Sep

    Tahun lepas beraya di kedah
    tahun ini beraya di jengka
    puasa sudah zakat pun sudah
    beraya kita hindari prasangka

    Lupakan sengketa bermaafan
    dari hujung rambut ke hujung jari
    halalkan kata-kata mana yang termakan
    sesama muslim jauhi cakar-mencakari
    zulkbo´s last [type] ..Im Malaysian Proud To Be

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge
:j: :i: :h: :g: :f: :e: :d: :c: :b: :a: