Aug
Harga baru untuk Celcom broadband adalah keterlaluan
Hai selamat hari Khamis, LOL.
Hari ini mood I sangat baik dan insyaAllah akan baik sampai hari Selasa nanti (perancangan awal). Boleh? Tapi, entri hari ini I macam nak meluahkan perasaan sebagai hak pengguna T______T
Dah dua tahun lebih I menggunakan perkhidmatan Celcom broadband. Alhamdulillah, coverage dekat area rumah I ni sangat memuaskan, jarang-jarang buat masalah. Disebabkan rumah takda fixed line, I teruskan jelah pakai Celcom broadband ni, lagipun bila travel mana-mana senang nak bawak, boleh online. Bil bulanan mahal sikit pun takpalah as long as puas hati pakai kan?
Tapi, sejak beberapa bulan lepas, I beli wireless router. Maknanya dalam masa yang sama, adik surf internet, I pun boleh surf internet. Biasalah, bila dah jadi macam tu, dengan YouTube, online game dan lain-lain, bandwidth 5gb yang disediakan oleh pihak Celcom tak mencukupi. Setiap bulan lah I call Celcom careline untuk topup bandwidth.
Harga untuk topup bandwidth:
- 1gb – RM5
- 5gb – RM20
Biasanya I topup terus 5gb, iaitu penambahan sebanyak RM20 pada bil akan datang. Means, RM98 (bil bulanan tetap) campur dengan RM20. Okay fine, itu I tak kisah lah kan. RM20 tu berbaloi lah jugak kiranya.

TAPI! Baru kejap tadi ( 26 August 2010 – 11:47am ) I call Celcom careline untuk topup bandwidth, dengan yakinnya I cakap nak tambah 2gb, bermakna RM10 kan? Tiba-tiba staff Celcom tu cakap, dah ada pertukaran harga. Ingatkan 5gb jadi RM25 ke, tak pun RM30 ke. Nak tahu harga baru untuk tambah bandwidth broadband?
- 1gb – RM15 (sepatutnya harga ni boleh beli 3gb, kenaikkan harga sebanyak tiga kali ganda)
- 5gb – RM50 (lebih dari dua kali ganda harga asal)
Melampau kan? Nampak sangat mengambil kesempatan. Tak elok lah buat macam ni. Kita ni pengguna, kadang-kadang coverage Celcom tu masa hujan terutamanya memang ada gangguan lah. Kadang-kadang tu Celcom tengah upgrade network pun ada gangguan jugak. Tapi bagi I biasalah tu kan? Mana ada yang perfect. Walaupun Streamyx, ada jugak gangguan. Janganlah naikkan harga secara melampau macam tu kan?
Haih, orang lain sibuk nak turunkan harga, yang ni pulak naikkan harga mendadak sangat T_____T Seriously, I rasa sampai bulan depan jelah I akan subscribe Celcom broadband ni. Lepas ni memang nak bertukar lah. Tak kiralah terpaksa pakai fixed line ke apa. Memang niat dah lama ada untuk bertukar, tapi sebab memikirkan service Celcom pun not bad, I teruskan. Tapi, kali ni memang ‘BYE BYE’ sebab dah melampau lah kan. Tak patut kot naikkan harga mendadak macam tu.
Harap sangat pihak Celcom boleh fikir banyak kali balik benda ni. Haih. Tak lama lagi nak naikkan harga untuk broadband daily/weekly pulak ke? Broadband daily sekarang RM6 for 24hrs, nanti RM30 pulak ke? Heh.
P/S: Keluhan hati seorang pengguna :(


26Aug
hoi banyak sangat tu dia naikkan T____T ini tidak boleh lah kan. haih u better beli streamyx je terus kan. unifi lambat lagi eh?
// digi murah tp u xsuka HAHAHAHAHA
Liyana L´s last [type] ..Citarasa Ramadhan @ Pizza Hut One Utama
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 12:35
@Liyana L, banyak gila kan? MELAMPAU okay -______-” i tadi bila staff tu sebut harga 1gb – RM15, terus terpacul dari mulut i dengan nada yang kuat “Uih, mahalnya!”
Yes, I’ll go for Unifi. Dah siap dah, dah boleh register dah. Tapi kita tengoklah celcom nak ubah balik ke tak, WTF mahal sangat T___T Hehe, digi murah tapi since i cuba pakai dekat tengah bandar macam one utama tu pun takda coverage, memang hati i langsung tak teringin lah :p
[Reply]
Liyana L
Reply:
August 26th, 2010 at 12:40
@Rara, HAHAHAA ksian mieya sbb dia kan pakai celcom kn T_T haah baik u pergi ke unifi . tp melampau sgt naik rm10 hengget tu utk 1gb. dia mmg nk hilang customer kot?
HAHA dekat OU paling xblah,asyik kene kutuk shj digi LOL
Liyana L´s last [type] ..Citarasa Ramadhan @ Pizza Hut One Utama
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 12:43
@Liyana L, HAHAHA itupun mieya ada masalah apa entah, nanti kena pergi celcom customer service untuk tukar plan broadband dia, LOL. nasib baik i call haritu tanya pasal plan broadband dia apa sebenarnya.
i nak ajak mama pergi TM Point this Monday. urgh, nasib baik dekat tak jauh sangat, bolehlah lari pergi sekejap tinggalkan nenek. agaknya lah, memang nak hilang customer kot, cekik darah tetiba HAHAHA.
[Reply]
26Aug
tk ptt ! mhl gle kot , dl i guna celcom broadband jgk , but for 2 months only . amek yg rm98 jgk , at the same time rumah i pn guna streamyx . tp , i pakai 2 bln je terus dh mls nk cont pakai sbb line teruk , lps tu bandwidth jadah smua , ssh kot mcm tu nk tambah lh apa . byr mahal . i tk terminate , tp i terus tk byr bil sampai skrg , kira i amek celcom broadband tu free2 je , hahaha jht tk ? dh lh rara , tk pyh pakai celcom broadband dh , better u guna streamyx , puas sikit . tp tu lh nk travel ssh , but atleast tk skt hati
brellamentarii´s last [type] ..Mall World
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 12:40
@brellamentarii, bukan mahal gila kot dah ni, memang mahal gila. RM15 for 1gb yang sepatutnya RM15 tu boleh dapat 3gb? i tammo guna streamyx kot, sebab dulu dah pernah pakai. i nak try unifi. nanti dah pakai unifi, i will make some review about it =)
kalau perasan kan, celcom punya customer service online, nak register/log in pun bermasalah, how come lah? daripada tahun lepas i cuba nak register online, kononnya senang nak tambah bandwidth, tak payah call careline dia tu. tapi hampeh, sampai sekarang problem nak register.
malas nak fikir pasal travel dah, masa travel kita pakai jelah apa yang ada, kalau takda, takda lah. tapi still boleh online through mobile phone kan? eee memang sakit hati. naik harga macam nampak ketara sangat T______T
[Reply]
26Aug
=.=” apa jadah dia naik sampai macam tu sekali.. banyak tu..
topo´s last [type] ..Bila Seekor Tupai Cuba Berlakon Dalam Star Wars
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 12:50
@topo, banyak kan? macam berganda-ganda sangat.
[Reply]
26Aug
bandwidth pun diorg dah kurangkan.. klau sblm ni bandwidth utk pakej D68 adalah 5GB skrng dah 3GB.. tp tak sure la penukaran ni utk semua atau utk pendaftaran baru sahaja.. diorg buat mcm ni hanya akan menghilangkan nafsu org utk menggunakan celcom broadband.. jgn dah ramai terminate baru terhegeh-hegeh nak turunkan harga bagai sudah.. dah terlambat..
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 12:53
@Azizwan, seriously? kalau untuk semua, memang tak masuk akal. teruk lah kan. customer ramai juga dah percaya pada service dia, tetiba buat macamni, jangan haraplah ramai pihak akan stay, masing-masing akan pilih jalan lain lah. haih :/ memang terlambat pun kalau ramai dah terminate baru terhegeh-hegeh nak turunkan harga, sebab rakyat Malaysia ni sensitif. bila dah ramai tahu hal ni, yang baru nak mendaftar pun terus takda hati dah.
[Reply]
26Aug
lepas u kata nak guna line lain kompem pas ni dia turunkan harga dengan kadar segera. hahaha.
bukan broadband jek, line tepon pun kadang problem. hangen jek kalau nak buat call tak boleh padahal line kat tepon full.
RoziAhmad´s last [type] ..Lori Durjana
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 13:03
@RoziAhmad, haha kalau diorang alert. kalau diorang tak alert, memang lantak lah, malas nak fikir lagi. apapun harap yang terbaca entri ni atau readers blog ni, akan fikir banyak kali juga :D
betul tu. kadang tu nak call pun ada problem, send SMS pun selalu juga ada problem. kenapa heh, diorang dah tak sayang customer ke? T______T
[Reply]
RoziAhmad
Reply:
August 26th, 2010 at 13:06
@Rara, ntah nye.. kang call service center marah² kang tak nak terima plak..
RoziAhmad´s last [type] ..Lori Durjana
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 13:39
@RoziAhmad, haha jangannnn, sebab staff dia tak bersalah pun. kenaikkan harga ni pihak atasan lah buat :p
[Reply]
26Aug
hah? dah naik ke? mahalnyaa! tapi maxis broadband lagi mahal gila.
500mb – RM18
1GB – RM 28
nak gi mana charge mahal mahal camtu? service teruk jugak,kan?
sebab tu i dah tak guna dah broadband ni..i guna streamyx share dgn housemate i..murah pun murah..laju pun laju..
yasminrazib´s last [type] ..Wish me well I wish you well
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 13:41
@yasminrazib, haaa dah naik :( kalau maxis mahal tu tak heran lah, thats why lah daripada maxis kita beralih kepada celcom. ingat kan before ni i pakai maxis kan? so bila dah percaya kat celcom, eh eh sama pulak dahhh, baik takpayah T____T
huwaaaa i need unifi as soon as possible!
[Reply]
26Aug
rara,
Celcom memang dah buat harga baru..mahal..kalau beli broadband celcom sekarang, dia dah buat pakej by data…dah takde unlimited rasanya.
maxis pulak lagi mahal, 1GB topup, rm28….huhuhu…dahla selalu terlebih guna nih…tak sanggup nak bayar bil. Tapi sebab kat rumah nih maxis je okay…terpaksa la pakai… ;(
Ayu Firzara´s last [type] ..Berbuka @ Village View
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 13:42
@Ayu Firzara, entahlah. sebab before pakai celcom ni, rara pakai maxis, beralih kepada celcom pun sebab jauh lebih murah. tetiba dah naik harga, memang menyampah lah T_____T eeuw melampaunya sampai dah tak unlimited! danggg!
[Reply]
26Aug
pe u buat sampai kn salu tambah2 ni ekk…
eiyda´s last [type] ..Kakitangan Awan & Pesara dapat Duit Raya RM 500
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 13:43
@eiyda, i guna wifi untuk 5gb broadband tu, adik selalu pakai layan youtube, download lagu and online game. dalam masa yang sama, i upload gambar, blogging, layan youtube jugak, download lagu jugak. LOL. rasanya dah bagitahu kot dalam entri? :p
[Reply]
eiyda
Reply:
August 26th, 2010 at 14:04
@Rara, oo ahahha..kirenyer dua org guna la ni..patt la…i bc tapi cam xmasuk jek lam otak ni..blur2.jek..=p
eiyda´s last [type] ..Kakitangan Awan & Pesara dapat Duit Raya RM 500
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 14:13
@eiyda, yeap. kalau sekarang ni dua orang guna la. belum lagi saudara mara datang rumah and adik-beradik semua balik sini
[Reply]
26Aug
gila kentang.. keterlaluan sungguh..mcmtulaa perkhidmatan celcom skrg..mentang2 semua dh percaya dgn perkhidmatan dia, suka2 hati nak naik.. ade keluar ape2 memo ke? haihh.. ini mmg sengaja cari nahas bagi semua org lari dr perkhidmatan beruk dorang tuh..
bila kuat kuasa eh??
FeezMior´s last [type] ..Iftar di Saba’ Restaurant- Cyberjaya
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 13:45
@FeezMior, memang. nak suruh customer lari, memang boleh. dalam masa seminggu pun boleh je beratus atau err beribu customer lari? heh, rakyat malaysia ni mana suka benda macam ni. dah murah, tetiba mahal!
bila kuatkuasa pun taktahu. langsung takda kasi SMS through broadband ke hapa. tetiba call dah terus naik harga je. nak topup 2gb, terus cancel and pilih topup 1gb je T____T
[Reply]
FeezMior
Reply:
August 26th, 2010 at 13:58
@Rara, kesian rara.. tapi nasib baik rara call.. at least dpt jgk kami info berguna mcmni.. silap besar laa celcom buat hal dgn rara..haha..dah karang kecoh hbs pengguna celcom broadband lain semua lari..
marketing dorang salah sungguh laa.. baru grad ke hape?? adoiii…
FeezMior´s last [type] ..Iftar di Saba’ Restaurant- Cyberjaya
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 14:00
@FeezMior, at least readers akan tahu harga bandwidth dah dinaikkan kan. kalau naik setakat rm5 pun okaylah, itupun merungut jugak kot. ini naik sampai berganda² =(
rara rasa memang tak boleh nak stay lagi dah. mungkin celcom broadband user yang lain pon rasa macamni juga kot.
[Reply]
FeezMior
Reply:
August 26th, 2010 at 14:02
@Rara, yeah..berpada-padalah pun kalau nak naikkan.dgn tak ada memo apa semua..kita sbgai pengguna mcm tertipulah. walaupun akak tak pernah nk tmbh bandwdth ke hape, nak byr bln2 pn seksa oooo…
FeezMior´s last [type] ..Iftar di Saba’ Restaurant- Cyberjaya
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 14:13
@FeezMior, itulah. kadar bil yang tetap rm98 pun tersedak juga kita nak bayar :( apatah lagi nak tambah bandwidth mahal² kan
[Reply]
26Aug
nak raye macam-macam naik. lari la customer dorg. i bet sume akan tukar lak ke telco lain. haihs. saje tau dorg tu.
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 13:58
@mummy nana, entah, patutnya nak raya ni lah kasi half price ke (hahahahaha) :p memanggg, ramai akan lari punyaaaa.
[Reply]
mummy nana
Reply:
August 26th, 2010 at 14:08
@Rara, tau takpe. consider la sket. kt pelanggan setia ye tak? ala cam si M tu pun sama gak. cam tak apreciate je. cust dah bape thn pakai number sama, tadek pun promo ape2. free henpon ke (haha demand). ape pun kt tggu call dr dorg ekks.. all the best!!
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 14:14
@mummy nana, susahlah kalau fikir keuntungan company je. rakyat berjuta pakai kan, kalau separuh dari tu lari camana?
[Reply]
mummy nana
Reply:
August 26th, 2010 at 14:24
@Rara, selalunye gtu la rara. pentingkan kompeni. kalu dorg tak sedar, tu masalah dorg. nk kejar revenue je. tak renung org bwh yg kasi dorg RM berjuta2 tu. susah org koporat ni. dorg je btui. kt salah.
[Reply]
26Aug
salam rara.. sy lom pernah lg comment sblm nie.. tiba2 terasa terpggil utk comment arini.. terkejut tgk harga celcom broadband.. mmg melampau la harga camtu… cekik darah n menyusahkan user… sy setuju.. baik rara tukar jer.. ajar sket celcom tue.. supaya hargai pelanggan dia (marah nie)
=)
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 14:16
@DeeDyana, salam dear :) thank you for your comment, nice to know you! :D
hihi marah sikit-sikit je tauu, bulan puasa ni tak elok emosi kuasai diri, cewah memandai je i kan nasihat orang :p memang nak tukar, harap pertukaran ni boleh dibuat dengan cepat YAY
[Reply]
DeeDyana
Reply:
August 29th, 2010 at 11:43
@Rara, hehehe.. betul2.. xelok marah2 bln pose.. kurus pahala pose.. :P
[Reply]
26Aug
uik mhlny.. dh la guna clcm brbdn gak ni.. ni kena guna ngan berhati2 la pas ni.. tkut tlebih guna lak.. huhu.. tgh bersabar smpi hbs study .. nti nk terminate gak..
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 14:17
@canistal, hihi buat masa yang singkat, bolehlah berjimat kan? kalau untuk jangkamasa panjang, rasa macam tak boleh dah ni :(
[Reply]
26Aug
memang berbaloi baloi la celcom kaut untung tue..tak pikir customer lgsg..kut ye pun nak naik..skit2 udahla..
nuraitul´s last [type] ..havoc di pagi
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 14:18
@nuraitul, memang pun, tak fikir langsung. nak fikir untung company je :( tak baik tauuu
[Reply]
26Aug
semperna raya kot awak? haihhh melampau!
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 14:18
@Luth Textile, sempena raya bukan patutnya makin murah ke? =(((
[Reply]
26Aug
setakat setahun dh guna celcom berukband, tak penah lg bandwitdh abis, sbb jarang layan youtube atau download, sbb dah tahu psl bandwitdh akan abis..hehehe so awk kena la pandai2 jimat.. :)
x-po´s last [type] ..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 14:20
@x-po, untuk jangkamasa yang pendek, kita boleh tahan untuk berjimat. tapi kalau untuk pakai jangkamasa yang lama, i think i can’t T_____T
[Reply]
26Aug
i guna celcom bbnd, maxis bbnd, and unifi. Tiada masalah sbb i ta penah nak topup bandwidth ahaks. Lg pun celcom bbnd i mmg byr rm50 je tiap2 bln. Habis bndwidth, i gne yg lain hahahaha tp celcom sgt slow skrg
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 14:21
@eyra, celcom slow ke tak tu i macam takda masalah pulak, tengok coverage area lah kan =D
[Reply]
26Aug
Biar betul naik harga sampai macam tu sekali? Memang melampau lah kan. Ini ambik kesempatan namanya. Dah la first time mieya guna celcom broadband ni. Kadang² lambat jugak. Streamyx jugak best. Haihh T___________T
Mieya´s last [type] ..Dua bulan
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 15:02
@Mieya, haha takkan benda tak betul tetiba nak update blog? T___T staff celcom careline sendiri yang cakap tadi. maybe coverage area dekat segamat kot yang lambat. kata pun broadband, it depends on coverage area =D
[Reply]
26Aug
Baru tau pasal kenaikan harga ni, buat masa ni salah seorang pengguna celcom broadband sepenuh masa gak, nampaknya kena bersiap sedia untuk mencari option lain aa nampaknya. huhuhu
Eizil´s last [type] ..Kesihatan- Barangan kurang gula
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 15:02
@Eizil, carilah alternatif lain T____T susah kalau camni.
[Reply]
Eizil
Reply:
August 26th, 2010 at 20:27
@Rara, tuh aa… tgh dalam proses pasang talian tetap kat rumah… :D kembali menggunakan streamyx laa nampaknya
Eizil´s last [type] ..Resepi- Masakan kentang ringkas
[Reply]
26Aug
Harga baru untuk Celcom broadband adalah keterlaluan | Raracandyfloss…
Haih, orang lain sibuk nak turunkan harga, yang ni pulak naikkan harga mendadak sangat. I rasa sampai bulan depan jelah kot akan subscribe Celcom broadband ni….
26Aug
nak raye sis, sebab tu naik harga.. kihkih. lyan stim mix lagi syok. puas hati. kehkeh. =)
pinky pixie´s last [type] ..♥ Pengguna Kaspersky ♥
[Reply]
Rara
Reply:
August 26th, 2010 at 15:03
@pinky pixie, haha orang lain buat promosi sempena raya, LOL. tak masuk akal. streamyx tu okay la kadang². tapi masa network teruk, sampai berhari-hari juga tak elok.
[Reply]
26Aug
eeii mahal betul2 amik kesempatan. Kite tolerate dgn keslow-an dan kadang2 problem kan, dia langsung xleh tolerate ngn customer
huhuhu
.::wanie::.´s last [type] ..Terapi Pink
[Reply]
26Aug
naseb baik pakai wireless. bhehehe
ENCIK TIKUS´s last [type] ..EnTikus sangat-sangat kecewa Entry serius
[Reply]
26Aug
mahalnyee.. tapi ramai ckp celcom bb ni byk masalah.. ade yg ckp ok, ade yg ckp tak ok.. pelik.. pelik..
PenTulis´s last [type] ..Selamat Hari Merdeka Ke-53 buat Malaysia
[Reply]
26Aug
Setakat ini prestasi talian yg terbaik ialah TM Streamyx yang menggunakan wire. Kalau nak tambah wireless router pun boleh. Tapi masih ada masalah… tak boleh bawa ke mana-mana… dan line boleh kena curi… Streamyx kak dah berapa kali ada kes org curi talian… Bila kak bukak internet… tak dpt masuk wpun dah connected. Bila buat laporan, dorang ckp ada pihak lain sedang masuk guna talian kak… Kelmarin penyakit sama berulang lagi…. siapa lagi yg boleh curi line kalau bukan org2 TMnet sendiri? Dorang yg tau password n setting semua kan??? Teruk… teruk… Tak halal ambik hak orang…
Ain´s last [type] ..Bukan sebarangan air mineral berbahaya!!
[Reply]
DeeDyana
Reply:
August 29th, 2010 at 11:49
@Ain, ish.. yer ker? pernah kena curik cmtu? kes pakai wireless router? risau gak nie.. sbb kt umah baru jer start pakai wireless router… nak masuk 3 bln kot. camner nak tau line kiter kena curik ek? tanda2 selain xdpt browse?
[Reply]
26Aug
ha btol la tu rara. i baru je bayar bil broadband. tp kes i laen siket dari u. tp tetap extra charge.. bila da baca entry u ni, i terpanggil nak kuarkan entry base on pengalmaan i plak. T_T
mira´s last [type] ..Celcom broadband hidden charge or extra charge
[Reply]
26Aug
ughh ==’ tahu takk . actly celcom la yang ajar i berhutang . hmm . i pakai line cple ngn bf i . baru pakai 2 hari . then , tgan i neh mmg gatal nak godeh2 , i online la pakai hp . tengok ytube , tak smpai sejam oke online , esok nye hp i takley call orang , nak tahu taka pasal ape ? hmm . 3 hari lepas uhh celcom call i . dia cakap bil hp i da smapi 2ratos lebih . wtf ! baru bape hari i pakai line neh . dia charge macam uhh . if i online kat cc i rasa i boleh on smpai 5bulan pakai duit uhh . sedey gila ngn celcom !
[Reply]
26Aug
baru pakai celcom broadband sebulan,pakej yg 48 sbln,baru pakai5 hari dah kena slow,lepas tu banwith dia mahal pulak tu,ingat nak tutup la,camne cara dia…
[Reply]
26Aug
CELCOM BROADBAND LINE SGT SGT SGT SLOW SKG NI……CKP LAJU TP SLOW
SAKIT HATI..DAH LA MAHAL..
LEMBAP,NK BT KJE PON SSH…NAK TUKAR KPD STEAMX…
[Reply]
26Aug
KPD PENGGUNA CELCOM,JANGAN PERCAYA KT CELCOM…TIPU ORG JE…CELCOM BROADBAND LINE SGT SGT SGT SLOW SKG NI……CKP LAJU TP SLOW
SAKIT HATI..DAH LA MAHAL..
LEMBAP,NK BT KJE PON SSH…NAK TUKAR KPD STEAMX…
[Reply]
26Aug
Mahal tuu satu hal, kalau service tuuu baik tak kisahlaaa mahal pun, tapi service dia macam harxx jadxx, itu yang buat kita marah, customer service tak boleh menolong. Nak subcribe buat per company cam niii
[Reply]
26Aug
CELCOM nih..memang TELCO yg paling mengong…patutnya bila customer makin ramai, sales makin banyak..harga kasi cantek lerr..ini tidak…nak kaya cepat jer…Service dah ler cam hampeh…dulu saya pakai broadband yg monthly subscribe…selalu kuar skrin biru…pas tu tuko lak weekly subscription..pun sama…dah dua tahun cam nie..tak berubah2….isk isk isk…yg berubah..reganya jer..makin mahal…
[Reply]
26Aug
biasalah seprti jual nasi ayam..mula2 kedai baru buka ayam tu memang banyak dan murah..bila dah niaga maju ramai plggan dia tak naik harga cuma kurangkan ayam..bila sampai tahun baru harga 3.50 ke 4.00 rggit..SEKARANG AKU TAK NAK PAKAI BROADBAND CEL LAGI DIA ORANG SAMA SEPERTI SIPENJUAL NASI AYAM
[Reply]