31
Jul

Perempuan merokok dan sosial

Filed in Cakap-cakap

Apa pendapat awak kalau awak berada dalam keadaan macam ni.

Awak lapar, lepas tu singgah kedai makan. Order Nasi Paprik Ayam dengan jusmate. Eh bukan bukan, jus mangga. Makanan minuman dah sampai, lepas itu awak yang sedang kelaparan makan dengan bersungguh. Baru lima suap nasi, ada orang dekat meja sebelah merokok. Awak rasa nak teruskan makan atau berhenti? Kalau saya? Saya berhenti, bayar dan pergi T_____T

Sungguh tak profesional kan? Apa boleh buat, memang alergik dengan asap rokok. Teringin nak lepak kedai makan biasa yang open air, tapi selalunya tak lepas dari asap rokok. Bila nak lepak restaurant yang no-smoking, orang cakap berlagak.

Itulah yang Mak cakap, mulut orang kita tak boleh tutup.

Smoking

Tapi bukan itu topik sebenarnya. I nak tanya lah semua orang, apa pendapat dan pandangan kalau melihat seorang perempuan merokok? Menurut pendapat dan pandangan I lah, ikutkan pada zaman sekarang ni memang normal je perempuan merokok. Orang dulu-dulu pun merokok juga, kan? Haha. Teringat pula masa kecik dulu di mana I tengok mak cik I sendiri yang berumur lingkungan 60-an merokok dan I tegur, “Eh eh Mak Long merokok, bagitahu Abah”.

Tapi, orang dulu-dulu tu merokok bukan rokok Dunhill, Marlboro atau Winston. Diorang pakai rokok daun je! LOL. Ada sesetengah orang berpendapat, perempuan merokok adalah perempuan sosial yang tidak layak dijadikan isteri ataupun menantu. Aik? Haha. Bagi I, janganlah sampai macam tu sekali. Kadang-kadang perempuan ni, dia ambil jalan inisiatif saja masa tengah stressed. Bukanlah I nak backup mereka yang berada dalam golongan ini, I sendiri tak pernah cuba-cuba untuk merokok langsung, tapi janganlah label atau cop mereka ini secara membabi buta.

Betul ke eh, lelaki memang suka dan senang berkawan dengan perempuan sosial tapi tidak akan dijadikan isteri? Wallahualam. Itu semua bergantung kepada seseorang individu, siapalah kita nak baca isi hati dan pemikiran orang kan? Tapi itulah yang biasanya berlaku pada diari kehidupan seorang lelaki. Berkawan dengan perempuan seksi, sosial, kaki clubbing, tapi bila kahwin, isteri menutup aurat, bertudung dan sopan budi bicaranya, boleh dikatakan memang ciri-ciri menantu yang perfect lah. Hehe.

Apa ingat perempuan sosial, merokok, kaki clubbing tak boleh berubah ke arah kebaikan? Boleh, percayalah. Dengan bimbingan seorang lelaki, insyaAllah. Who knows kan? Tapi, kena siap sedia tahap kesabaran setebal mungkin lah. Hahaha.

Jadi, apa pula pandangan korang? Suka ke perempuan merokok? Err atau sosial? Hehe. Setakat suka karaoke tu janganlah nak kata perempuan tu liar pulak. LOL.

P/S: Tidak merokok, bukan bermakna seorang perempuan itu adalah baik. Akhlak dan budi pekerti lebih penting.

39 Responses to “Perempuan merokok dan sosial”

  1. rahikaNo Gravatar
    31Jul

    sebenarnya lelaki kew, perempuan kew tak patut merokok. membahayakan kesihatan dan buang duit jew.
    rahika´s last [type] ..how to deal with your parent if they dont give their permission to you- part 2

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @rahika, betul juga. tapi since rokok dah diciptakan, adalah mustahil kalau kedua-dua golongan itu bebas daripada rokok. kan? :D

    [Reply]

  2. ChuyRyNo Gravatar
    31Jul

    x suka perempuan merokok..x nak kawin dengan org yg merokok sebab nnti akan mencacatkan anak :) hhu3

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @ChuyRy, tapi berkawan tak dengan perempuan merokok? hihi. betul ke perempuan merokok akan dapat anak cacat ek? T____T i tengok kawan-kawan yang merokok, dah ada anak, tak pula cacat. wallahualam.

    [Reply]

  3. serolNo Gravatar
    31Jul

    org pandang serong pada perempuan merokok, tp lelaki merokok macam mana? haaa….

    -sori klu komen mcm takde kaitan.. :D
    serol´s last [type] ..Tak mahu semua- jangan buang semua

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @serol, biasanya orang akan cakap, “lelaki dengan perempuan lain” T____T haha. itu lah. padahal lelaki ke perempuan ke, sama jelah kan? lelaki pun, akan dapat sakit juga kalau merokok :P

    [Reply]

    serolNo Gravatar Reply:

    @Rara, bab sakit tu mmg kompem la. nyah pun klu hisap rokok sakit gak.. :D

    [Reply]

  4. x-poNo Gravatar
    31Jul

    walaupun sy ni isap rokok, tp tetap tak suka tgk pmpn isap rokok. mungkin sy ni org kampung je kot, tak biasa dgn style org zmn teknologi ini. hehe
    x-po´s last [type] ..NIAT JADI PLAYBOY-PLAYGIRL SEMATA-MATA MAHU DAPATKAN YANG TERBAIK KE

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @x-po, haaaa tapi tapi, kawan tak dengan perempuan smoking? macam bergaul juga tak dengan diorang? huuu, i dibesarkan memang dikelilingi kawan yang smoking, sebab tu i rasa macam normal je

    :d:

    [Reply]

    x-poNo Gravatar Reply:

    @Rara, stakat ni sy tak ada lg kot berkawan dgn pmpn yg smoking
    x-po´s last [type] ..NIAT JADI PLAYBOY-PLAYGIRL SEMATA-MATA MAHU DAPATKAN YANG TERBAIK KE

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @x-po, alhamdulillah. semoga mendapat calon isteri yang baik :D

    [Reply]

  5. hudaNo Gravatar
    31Jul

    i pun tak tahan dgn asap rokok tp i akan habiskan mknn dulu la. takpun i cm buat tepis2 asap smpi org tu terasa haha.
    tp i ok je dgn perempuan yg smoke. bestfriend i pun smoke. TAPI !! I tak boleh terima kalau perempuan yang still sekolah merokok. nampak macam bitch gila I rasa. sbb dorg ni semua nak nampak cool je. eww please lah. hehe :f: huda´s last [type] ..cerita dah nak basi pun tapi nak cerita jugak ! kisah HAHA

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @huda, budak-budak sekolah sekarang memang ramai yang merokok kan. lepak dekat tepi DOME KLCC, hisap rokok, buat muka cool. hahahaha :p I pun ada bestfriend yang smoking, so i tak kisah as long as janganlah hisap dadah pulak HAHA. and paling penting, jangan berani smoking depan i heh.

    [Reply]

  6. shagNo Gravatar
    31Jul

    shag tak suka lah pmpn merokok. dulu dulu pmpn merokok pun kat rumah atau tempat tersorok. skrg bukan main nak tayang dorg tu merokok. yg plg menyampah, dorg mcm bangga gila dgn rokok kat jari. patu hisap hembus hembus gaya lelaki macho! uhuk! gua allergy sama asap rokok! klu shag nmpk, shag trs tegur. tak elok merokok. hehe ;Pp

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @shag, betul. sekarang ni diaorang bangga yang diaorang merokok. bagi orang yang dah biasa, bolehlah terima. kalau macam bakal pak mak mertua nampak, tak ke direject? LOL. harap dijauhkanlah dari ahli keluarga yang merokok ke sosial camni T__T wahh terus tegur? hati-hati tau, ada orang tak boleh ditegur.

    [Reply]

  7. ery fariehaNo Gravatar
    31Jul

    jujurnye, x suke gak la tgk pompuan merokok.
    err sape suke kan? ngeeee.
    tp ery ada kwn merokok, and paham la kenape die merokok.
    xdela x kwn trus pun :)
    ery farieha´s last [type] ..Dapat Hadiah! Jom Cuci Mata!

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @ery farieha, kita kena open minded lah. tak boleh lah bila dapat tahu ada kawan merokok, terus tak nak kawan kan. kita taktahu latarbelakang dia macamana, belum cukup kenal dia, so tak elok lah judges secara negatif terus :D

    [Reply]

  8. annekayNo Gravatar
    31Jul

    i used to smoke,riq used to drink and clubbing.

    but after we’re together,give and take.
    die nak i berenti merokok,and i nak die berenti minum.because masing2 tak suke.and sampai sekarang alhamdulillah dah berenti :)

    manusia boleh berubah.doakan yg baik2 je la.
    annekay´s last [type] ..update secara pantas

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @annekay, serious? okay situation u sama dengan my bestfriend tu T__T dia pun macam u. dia smoking, clubbing. boyfriend dia drink and clubbing. diorang berjumpa pun dekat clubbing. and then couple. now dah kahwin. before kahwin tu dah berjanji lah masing-masing kena tinggalkan life yang tak elok. since dua-dua pun okay, diorang bahagia now. jodoh semua ditangan Allah SWT yang dah tertulis sejak azali. dengan siapa, dekat mana berjumpa, itu semua pun sudah tertulis.

    yang penting, masing-masing boleh membawa kebaikan dalam perhubungan tu. alhamdulillah, i syukur bagi pihak u <3

    [Reply]

  9. Tak suka perempuan merokok..
    macam x beradab je..
    Pejuang Kesenian Extreme´s last [type] ..Mat Salleh Belacan dan Paku Berbahasa Melayu

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @Pejuang Kesenian Extreme, hihi yelah sekali kita tengok, mesti macam menyampah kan? tapi itulah, peredaran zaman T____T

    [Reply]

  10. kenNo Gravatar
    31Jul

    tak suka perempuan merokok =/
    ken´s last [type] ..The Final Day of July!

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @ken, awak chinese kan? pun tak suka perempuan merokok? it’s good! =D

    [Reply]

  11. hudaNo Gravatar
    31Jul

    kerja kat tempat yang ramai lelaki. bila lunch time, terpaksa la tadah idung bau asap rokok deorang tu kan. ape boleh bikin, kalo rokok takde kat muka bumi ni, baru lah green kan. huhu
    huda´s last [type] ..mari belajar matematik

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @huda, kesiannya u :( mesti terseksa kan. dah lah penghidu asap rokok berisiko lebih tinggi untuk dapat penyakit. harap u dijauhkan T___T

    [Reply]

    hudaNo Gravatar Reply:

    @Rara, nampaknye begitu lah~ :d: huda´s last [type] ..mari belajar matematik

    [Reply]

  12. .::wanie::.No Gravatar
    31Jul

    tak kisah asalkan jangan hembus kat muka i sudah ;P hihihi
    .::wanie::.´s last [type] ..Lu Orang Tak Tau

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @.::wanie::., aha betul tu!

    [Reply]

  13. drunbellaNo Gravatar
    31Jul

    i ada jer member perempuan yg merokok.
    tapi i xkesah pun.
    janji jangan kita terpengaruh sekali dah ler.
    kan kan kan.
    :)
    drunbella´s last [type] ..Convert Jangan Tak Convert

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @drunbella, yeap. itu paling penting. nak merokok, merokok lah, jangan nak ajak² kawan pulak.

    [Reply]

  14. idati malekNo Gravatar
    31Jul

    hehe..

    bnyk jugak idea ttg rokok nih ye.em, btw, tak suka la rokok ni..

    kalo perempuan merokok, dye lagi cepat mati kott~
    idati malek´s last [type] ..hadiah encik boyfriend

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @idati malek, hehe mungkin lah sebab antibodi perempuan tak sama dengan lelaki kan :)

    [Reply]

  15. oshinzNo Gravatar
    31Jul

    i tak suka orang yang merokok. tak kire lelaki ke pempuan. sebab tetibe timbul negative feeling. tak tau pehal. ehehe. tapi yang penting don’t judge a book by its cover kan? kepada smoker tu plak. kalo nak smoking pergi la tempat yang takde orang. contoh-duduk dalam kereta, tutup tingkap dan sedut la rokok puas2. dan hembus puas2. pastu telan la asap tu puas2. bukan pas asap kat orang lain. ehehe. emo okeh!

    [Reply]

  16. lassiegewdixNo Gravatar
    31Jul

    80% my girlfriends yang smoker tegar .
    fer me , its normal kowt . HAHA .
    masing-masing ade life sendiri .
    yup ! betol tuh syg .
    ade girl yang tak merokok tapi dlm hati .
    astaga . hitam lagi teruk hati seorang perokok .

    eh’eh,
    tapi cukup benci girl yang tak merokok .
    tapi cube cube nak merokok .
    cm pelik jep nmpk . HAHA
    lassiegewdix´s last [type] ..Apa Cium Cium Ingat Aku Lesbian Ker

    [Reply]

  17. LieyaNo Gravatar
    31Jul

    Lieya agak geli dengan perempuan merokok. Rasa macam, eww.
    Asap rokok pun Lieya tak tahan, bila bau je terus pening. -__-”
    Lieya´s last [type] ..Cherry Galore

    [Reply]

  18. cujieNo Gravatar
    31Jul

    first impression. yup itulah dia… tgk kali pertama memang rasa jelek. Orang tak tgk hati dulu… mcm buku, tgk kulit baru tgk isi. Bodoh sgt kalau ilustrator buku langsung hampeh tapi orang nak pi tgk isi dia. Walhal buku yang sebelah buku hodoh tu lagi cantik meh kita tgk isi dia dulu… faham tak apa kakak ko nak ckp ni! heheh

    kedua, kita tahu perempuan merokok bahayanya lebih daripada lelaki. Merokok boleh meningkatkan risiko servik kanser, mulut bau busuk…

    sekian dari hamba yang hina ini… saya benci rokok. sekian sekian..
    cujie´s last [type] ..A little mermaid

    [Reply]

  19. innNo Gravatar
    31Jul

    Tuhan ciptakan pmpn ni lawa dgn bentuk bdn skali pndg mmg peh..itu pasal pmpn kene ttp aurat.lelaki ade kelonggaran sikit,tgk lah skali pndg toleh terus tmpat lain.yang pasal pmpn merokok ni ade stgh menunjuk ade stgh tak,yang tak menunjuk tu maybe mase kecik kecik baru nak kenal dunia terpengaruh so try lah merokok ni smpi dah addicted takboleh nak stop.yang nak menunjuk ni sebenarnye boleh stop tapi die fikir orang pndg dia cool bila dia isap rokok.pmpn yang mcm ni lah kena fikir masa depan dia -.-

    [Reply]

  20. DaleeNo Gravatar
    31Jul

    Ish ish ish… xkesahlah kalau nak merokok tapi jangan buat muka bangga sebab boleh merokok..especially yang pakai tudung tuh…agak2 mak dieorang ni tau ke? xsedih ke… best sgt ke merokok ni?
    Dalee´s last [type] ..Bapak mertuaku tanya pandai masak ke

    [Reply]

  21. danielNo Gravatar
    31Jul

    biasa la pompuan merokok.bini aku pon merokok sejak umur 16 thn lagi.lepas bersalin anak pertama masih lagi merokok.dapat anak kedua baru berhenti merokok masa umur 30thn.ketegori perokok tegar gak.sampai demam2 nak berenti ketagihan.yg penting bg aku dia x hipokrit.mak bapak dia tahu dia merokok dan selamba merokok dpn parent dia.skrg adik pompuan dia sorang lagi juga merokok.

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge
:j: :i: :h: :g: :f: :e: :d: :c: :b: :a: