Jul
Beberapa masalah cinta
Pernah tak terfikir kenapa ditinggalkan kekasih?
Hmm, lately ni I selalu dengar rintihan hati dari kawan-kawan (ramai), pasal boyfriend/girlfriend buat hal. I wonder why diorang rasa selesa bercerita dekat I. Actually, I ni jenis tak kisah, I tahu disaat beginilah seorang kawan sangat memainkan peranan. Dimana bila I sendiri down, I juga akan mencari kawan-kawan juga. Bahagia pun cari kawan heh. That’s what friends are for kan? Selalu ada untuk kawan, bukan masa susah je cari kawan!

I di didik supaya jangan cepat melatah dalam segala hal. Kadang-kadang tu emosional jugak sampai orang annoying. Tapi memanglah, I ni jenis sensitif, tak boleh ditimpa masalah besar. Mak sendiri cakap, I ni jenis tak boleh hidup penuh cabaran dan dugaan. Yeap, itu memang kelemahan I.
I bercakap random lah heh. Ada kawan yang ditinggalkan girlfriend/boyfriend sebab terlalu manja dan terlalu bergantung pada pasangan. Cuba buat apa sahaja demi menarik perhatian pasangan. Tapi pasangan rimas dan rasa terkongkong. Rasanya lah kan, pasangan macam ni boleh go on tak? Maksudnya, yang seorang perlukan perhatian, tapi yang seorang lagi lebih suka bebas.
Lagi, ada kawan yang ditinggalkan girlfriend/boyfriend secara tiba-tiba. LOL. Punca kesilapan macam tak dapat dikesan. Pasangan tiba-tiba angin suka marah-marah, macam sengaja mencari kesalahan padahal yang dipanggil kesalahan itu bukanlah kesalahan sebenarnya pun. Orang dah tak suka, ada saja alasan dia kan? Nak buat macam relationship tu cannot go, lepastu salahkan pasangan dan cakap mungkin tiada jodoh atau keserasian. Agaknya kan, apa sebenarnya yang dia mahukan? Kawan I tu boleh dikatakan nice orangnya, sentiasa menghormati orang dan selalu jujur dalam setiap perbuatan.
Ada juga kawan mengadu, dia ditinggalkan sebab boyfriend/girlfriend ada orang lain. Kalau perkara begini, memang I tak boleh nak cakap apa-apa. Dulu, I pun pernah mengalami benda yang sama. Kawan I tu minta pendapat berdasarkan pengalaman I dulu. Bagi I, tak salah bagi peluang. Tapi peluang itu boleh wujud cuma sebanyak tiga kali. Kali pertama, boleh diterima. Kali kedua, boleh dimaafkan. Kali ketiga, juga boleh dimaafkan tapi itulah yang terakhir kali. Ikut pada pasangan sama ada betul-betul mahu berubah ataupun tidak. InsyaAllah.
Dan, ada seorang kawan meluahkan rasa di Facebook chat. Dia ditinggalkan pasangan adalah untuk selama-lamanya. Arwah meninggal sebulan sebelum tarikh perkahwinan. Kad kahwin sudah ditempah, persiapan juga sudah 85%. Pasangan meninggal dunia secara tiba-tiba. Baru-baru ini ada seorang lelaki yang wujud dalam hidup, cuba memikat hatinya tetapi pintu hati belum terbuka lagi. Dia rasa bersalah kepada arwah sekiranya menjalinkan serious relationship dengan lelaki lain. Kasihan kan?
I bukanlah pakar cinta, tapi sedikit sebanyak, I harap mampu membantu kawan-kawan yang dalam kesusahan. At least, I selalu ada dimasa kawan memerlukan.


11Jul
Hidup ni sebenarnya tak lari dr masalah..ape2 pun..haruslah bnyk2 bersabar.. :) tq for sharing kak rara..
:aww:
husna.nana´s last [type] ..Kisah benar tentang microsoft word
[Reply]
Rara
Reply:
July 12th, 2010 at 00:02
@husna.nana, entri ini pun dibuat dengan tujuan, kita sama-samalah menghargai pasangan kita :’)
welcome dear
[Reply]
11Jul
arrgghh, begitu seksa apabila dicurangi..ops, teremo kat sini plak hehe
x-po´s last [type] ..EGOKAH JIKA TETAP PENDIRIAN
[Reply]
Rara
Reply:
July 12th, 2010 at 03:17
@x-po, memang seksa. tapi pengalaman itulah yang mendewasakan kita, kan? so now dah ada pengganti?
[Reply]
11Jul
seorg kawan bagitau wani. a couple tak boleh terlalu bergantung. rimas jadinya. give each other time n space.
i think what he said is true:)
just like ur points up there.
[Reply]
Rara
Reply:
July 12th, 2010 at 11:24
@.::wanie::., itu bergantung kepada individu. ada individu yang tak kisah dan mengganggap itu adalah salah satu cara pasangan mengambil berat =) just like me. hihi. bila i buat keputusan sendiri, my beloved one akan anggap i macam berubah sedangkan selama ni i memang mengada-ngada bergantung kat dia hehehehe
[Reply]
11Jul
kejap, saya nak tanya kenapa tukar smiley? :(( nak spongeboxxxxx nak spongeboxxxx jugak :(
Liyana L´s last [type] ..Bagaimana nak mengelakkan rasa mengantuk di dalam kelas
[Reply]
Rara
Reply:
July 12th, 2010 at 13:26
@Liyana L, HAHAHA takda takda takdaaaaa. spongebob dah boring heee
[Reply]
11Jul
saya pun ada masalah cinta.. tolong selesaikan masalah untuk saya bolehhhhh.. hahahaha
Rozi Ahmad´s last [type] ..Mood Terbang Melayang
[Reply]
11Jul
ish.
sedih baca yang last tu.
macam mana rasanya kan?.
mesti down gila2.
so far i tak pernah dikhianati.
clash pun sebab i xad komitmen terhadap orang tu.
[Reply]
Rara
Reply:
July 15th, 2010 at 20:22
@annadzirah, sedih kan? entahlah macamana rasanya T___T memang tersiksa hidup. serba salah kan :( nak nasihat pun takda idea. hihi so far i pun tak pernah dikhianati teruk-teruk la. rasanya i jelah dah beberapa kali kecewakan orang
[Reply]
11Jul
macam mana nak buat, dah takdir.
apa – apa pon kena tabah menghadapi dugaan =)
Luth Textile´s last [type] ..Spain Juara FIFA World Cup 2010 – Antara menang dan kalah- ramalan sotong Octopus dan Kaki Judi
[Reply]
Rara
Reply:
July 15th, 2010 at 20:22
@Luth Textile, yeap inilah kehidupan. kalau takda naik turun, tak best kan?
[Reply]