Jul
Bak kata SM Salim, dulu lain sekarang lain
Orang lain sibuk lumba-lumba buat entri pasal Nuffnang. I malas nak masuk campur sebenarnya pun. Dah mereka yang ajak I pergi komen sana. Dah pesan jangan terasa hati, faham-fahamlah ye. Kalau dah mula emosional, memang tak boleh nak kawal. Nuffnang lagu mana pun, tak kisah lah, company diorang kan. Kita ni nak kata lebih-lebih pun, sedar diri juga. Heh.

Korang start pakai handphone sejak umur berapa?
Budak-budak la ni, masih berumur enam tahun dah ada handphone sendiri. Bukannya yang cikai-cikai, yang mahal dan canggih pula. Masa dekat kedai handphone, mak abah tunjuk handphone takda screen color dan kamera, confirm geleng kepala. Alasan nanti tak boleh ambil gambar, tak boleh MMS gambar, panggil canggih la ni alasan diorang “Nanti kawan-kawan adik gelakkan kalau pakai handphone murah”. LOL. Dik, dulu kak dapat handphone masa tingkatan satu, itupun dapat Nokia tiga tiga sekupang tu dik. Nak dapat Nokia 3310 pun macam seksa mak abah nak tunaikan.

Bila dah ada handphone, simkad mestilah ada. Dulu, simkad bukannya murah macam la ni. La ni, dengan RM8.50 pun dah boleh dapat simkad, tak lama lagi harga simkad RM1 je agaknya. Dulu, simkad mencapai ratusan ringgit walaupun nombor bukannya cantik mana. Ingat lagi simkad Maxis rasanya RM100 +. Mahal kan? I pula pertama kali pakai handphone, mak abah belikan simkad Digi, masa itu harga simkad tersebut adalah RM68. Lama juga pakai Digi, sampai dah bertukar ke handphone Nokia butterfly pun masih Digi. Lepas tu handphone hilang, terus beralih kepada network lain T______T
![]()
Dulu, siapa ada thumbdrive kira macam boleh bangga lah. Apa lagi kalau brand PenDrive atau Kingston. Kira macam hebat lah dia. Bawak pergi sekolah macam menunjuk-nunjuklah dia sebabkan harga satu thumbdrive yang 2gb dulu pun mencecah RM100 +. Mahalnya. La ni? Thumbdrive 2gb, RM20 pun dah boleh dapat. LOL.

Dulu jugak, siapa dekat rumah dia ada internet, kira macam canggih lah rumah dia dah complete lah kononnya. Lepas itu dulu mana ada unlimited lah apa ni. Sebulan memang tetap RM60, ingat dulu ada? Jangan harap. Sebulan mencecah jugaklah RM300-RM500. Haha, RM1k pun ada kot? Dulu guna dial up, nak tunggu connection tu berjam-jam, boleh give up tapi sebab semangat berkobar-kobar nak main mIRC, sanggup! LOL. Kelakarnya dulu. mIRC lah, Friendster lah, myRakan lah, TokeiKedai lah, apa benda entah lagi haha. La ni, kebanyakkan rumah memang dah ada internet.

La ni, rata-rata rumah dah pakai Astro. Budak-budak masih pelat pun dah hafal dah channel favourite. Cartoon lah apa lagi kan? Tapi Astro baguslah sebab ada jugak buat channel pendidikan, yang untuk budak-budak nak UPSR tu. Heh. Ada jugaklah adik I bukak channel tu sekali seminggu. Tapi ada jugak mak abah yang tak nak pasang Astro, takut anak dia tak reti belajar kan? Ikut mak abah masing-masing lah, asalkan tahu kebaikan dan keburukan untuk anak-anak. Coraklah anak-anak sebaik mungkin (Haa tu dia, tetiba kan macamlah dah ada sepuluh anak berderet LOL).
P/S: Bak kata orang; Dunia dah maju, zaman dah canggih. (Eh iyeke ni?)
P/S/S: Maaflah lukisan yang sedang-sedang saja. Hehe.


29Jul
dulu PC semua gedabakkk
sekarang dh nipis melayangggg
dulu laptop sape ade org cop org kaya
skrg laptop mcm tukar baju je
[Reply]
Rara
Reply:
July 29th, 2010 at 18:49
@Huda Luna, betul tu. i memang ingat nak buat laptop tadi. tapi malas nak doodle :p hehehehehe dah penat punya pasal. dulu orang beli laptop harga 5k. sekarang ni rm1,999 pun dah boleh dapat T_______T MacPro dah orang dok tergila-gila pun tak sampai 5k tu.
[Reply]
29Jul
still cari adobe illustrator tu :(
WawaZameri´s last [type] ..Ohh Baby Ad sayangg ♥
[Reply]
Rara
Reply:
July 29th, 2010 at 18:51
@WawaZameri, memang susah lah nak cari. huu T___T beli jelah, i pun beli adobe master collection tu.
[Reply]
29Jul
zaman dulu2 macam ini. zaman akan dtg macam mana agaknya., Ntah2 iphone, blackberry tu nanti seratus 2ratus agaknya.
rahika´s last [type] ..Lisa Surihani dan Ombak rindu
[Reply]
Rara
Reply:
July 29th, 2010 at 18:55
@rahika, haha kan? masa tu entah apa pula produk paling canggih yang orang dok teringin T_____T
[Reply]
29Jul
uwaa , mhlnya simkad dlu2 .
skrng dh murah .
smpai ada yg boleh beli 3 sim :))
laptop n phone plak dh mcm baju ,
tuka ikut suka jea :)
ikut keluaran .
doodle akak lwaa :)
fathin :)´s last [type] ..perlukah
[Reply]
Rara
Reply:
July 29th, 2010 at 20:16
@fathin :), yelah. sekarang ni simkad lagi murah daripada beli spender. LOL.
laptop dengan phone tukar macam baju? huwaaaa i belum mampu lagi nak buat gitu :P bekerja keras jugalah, takdalah sampai macam tukar baju. mudahnyaaaa. thanks dear
[Reply]
29Jul
[...] This post was mentioned on Twitter by raracandyfloss, Luth Textile. Luth Textile said: RT @raracandyfloss: New Blog Post : Bak kata SM Salim, dulu lain sekarang lain – http://bit.ly/9zCtAn [...]
29Jul
gyahahahahahhahaa… best la entri ni rara.. teringat zaman dulu kala.. ingat lagi waktu 1 st hp dulu.. bukan nokia.. alcatel ke ape.. simkad celcom.. tu bapak kasi la time form 4 sbb dok asrama jauh kat utara perak nun..
bila dah abes skolah, pi kerja n dapat la beli 2 handphone 3310 dan 2 simkad maxis dgn harga bawah 1.5K guna duit gaji terkumpul.. biasa la, beli utk awek.. gyahahahha… simkad dan handphone dulu bukan murah mcm zaman lani..
yg lain mls komen, sama mcm rara.. gyahahahahahh~
syahirul´s last [type] ..Terima kasih Cik Rina
[Reply]
Rara
Reply:
July 29th, 2010 at 20:18
@syahirul, best ke? ehem. thankyou thankyou *sambil lambai lambai tangan ala miss world. LOL.
haaa alcatel tu kakak 1st sempat pakai. masa zaman i macam dah takda hahahaha kelakarkan zaman dulu. kakak rara pun pakai sebab dia masuk politeknik.
setakat ni, i baru beli handphone sendiri sekali, iaitu E72 i ni lah. hahahahaha :p rasa sayang dekat duit nak beli phone. kalau boleh, nak emak saja support :’)
[Reply]
29Jul
dulu simkad maxis first i, rm85, ingat lg.. tp crdt dlm tu rm50.. heeee..
dulu henfon first henfon siemens, mana ada brand tu dh skang.. siemens tu pon ayah wariskan sbb boleh buat sms je,. zzzzzzzzzz.. klu elok lg, memang harapan la aku nak dapek henfon seawal tu
[Reply]
Rara
Reply:
July 29th, 2010 at 20:19
@mira mirr, haaaa kan? tapi dalam ada banyaklah kredit. tapi tak mampu jugalah masa tu. nak topup pun paling minimum rm30. sekarang ini? topup rm3 pun boleh hahahaha =________=”
[Reply]
29Jul
hehehe, dunia makin maju..sumerr yg sys ckp tu semuanyee betol
i start pkai fon mse p’tghn tahun i form2..bout sim card pulak, xthu laks simcard dlu2 mhl huhu, pasal tenet at umah tu mmg betol, kelakrr je bile ngat balik, maen mirc kahkah but now dh maju cket dgn ad nye fb agagaga
zati´s last [type] ..admire blog dye!!
[Reply]
Rara
Reply:
July 29th, 2010 at 20:20
@zati, ahaa sekarang facebook je. myspace pun orang dah tak layan kan kan :D
[Reply]
29Jul
haaa i pakai hp masa tu form 3. mana boleh mintak emak, kene beli sndiri. rm300 masa tu i snggup tak makan lepas tu main kutu last2 dpt :( tp entah mana pergi hp tu :P
Liyana L´s last [type] ..Mia Sara Nasuha akan muncul dalam slot akasia Epilog Cinta
[Reply]
Rara
Reply:
July 29th, 2010 at 20:21
@Liyana L, haaaa i ingat lagi, i tak mintak pun dekat emak. tapi disebabkan i ini suka keluar tak reti balik, emak usahakan beli handphone untuk i. lepastu bila dah ada handphone, emak abah call, i tak berani angkat call, takut kena marah HAHAHA kelakarnyaaaa.
tapi dulu kalau buat silap sikit saja, mesti handphone akan dirampas selama seminggu :(
[Reply]
29Jul
yupyup .
betol tuh .
dulu pakai hp 3310 jep .
berikat2 pakai getah . sdeyh jep .
tapi sekarang cousin i umur 10 tahun pakai e71 oke !
grrr .
lassiegewdix´s last [type] ..Black and White Contest -D
[Reply]
Rara
Reply:
July 29th, 2010 at 20:24
@lassiegewdix, haaaa cousin i dekat singapore tu baru 7 tahun dah pandai pakai iphone tau :( benciiiiiii
[Reply]
29Jul
rumah saya tak ada astro dari dulu sampai sekarang. bukan keperluan pun, lebih perlu internet dari hiburan.. yebbbaa
Luth Textile´s last [type] ..Aku- blog dan kehidupan
[Reply]
Rara
Reply:
July 29th, 2010 at 22:00
@Luth Textile, hehe tapi ada kebaikan jugak astro ni. bukan nak kata apa la, cerita best-best mesti nak keluar dekat astro T_____T i pulak jenis duduk rumah. astro + internet sama² penting. kalau tak, tak dapatlah i tengok sinetron best-best. hee
[Reply]
29Jul
pernah dengar India sedang buat laptop tabloid termurah dunia, hmmm
akan datang, semua teknologi kan…
fiD´s last [type] ..Minyak masak tanpa kolesterol ! Anda semua ditipu hidup-hidup !
[Reply]
Rara
Reply:
July 29th, 2010 at 22:01
@fiD, serious? barang India berkualiti tak? Hehe.
[Reply]
29Jul
Ha?? Rara form 1 dah pakai henpon. Me masa masuk universiti baru merasa pakai henpon. tu pon henpon motorola yang masih ada kabel cari signal tu.apa tah nama tu.adeh..~ nak topup pun terkebil2.
Sekarang? Hm. My students leh sms I ckp keje rumah tak siap lagi lah. esok malas nak pjk lah. alahaaai…inilah dunia..dah moden..~
Cik Nass´s last [type] ..Wanita Berkerjaya vs Andartu
[Reply]
Rara
Reply:
July 29th, 2010 at 22:02
@Cik Nass, haaa itupun sebab tak reti duduk diam dekat rumah T__T mak risau sebab tu dia belikan handphone. LOL. (kanak-kanak jangan guna taktik ini, sangat bahaya) HAHAHAHA.
nak topup minima RM30 tu dapat sebulan sekali saja arwah abah belanja T___T hehehe. dah lah dulu call & mesej mahal kan? haaa student siap SMS cakap malas? waaaa canggihnya sekarang >____<
[Reply]
Cik Nass
Reply:
July 30th, 2010 at 18:04
@Rara, kecanggihan itulah yg merosakkan, bukan? Gunalah kecanggihan teknologi ini sebaiknya. Hehe.
Cik Nass´s last [type] ..Wanita Berkerjaya vs Andartu
[Reply]
29Jul
wanie tak penah beli pendrive kekeke..salu mintak free je kat kedai kalau beli ape2
kekekekekeke..
haah tp dulu2 zaman disket sapa ada pendrive tu hebat ok hahahaha .
.::wanie::.´s last [type] ..Oh Raya
[Reply]
29Jul
comenye pic2 kt atas tue..u wat pkai doodle ek..pandai.. :)
nuraitul´s last [type] ..selesaialhamdulillah
[Reply]
29Jul
budak sekarang untung. membesar dengan teknologi. pakai hand phone pun bahaya juga. takut-takut kena kanser bila selalu bergayut. hihihi.
oshinz´s last [type] ..shopping raya!!
[Reply]
29Jul
Hye rara…
yup yuppp setuju sangat…tapi walaupun murah, barang keperluan lain pulak meningkat…masihla terseksa. Tak boleh nak tukar selalu…anyway sangat comel itu doodle.. i like! rara belilah Bamboo Fun!
Ayu Firzara´s last [type] ..Gadis Penjual Cookies
[Reply]
29Jul
dulu handset pertama i nokia 3610. mahal gila kot. pakai digi jugak harga rm68. dlu mmg pemes digi kan? pastu dlu topup rm30 sebulan sbb takd topup rm5. tu pon ta habis. haha mana ade pakwe masa tu
lepas tu thumbdrive pertama i 512MB harga rm90. gila mahal masa tu. sekarang? 512MB pn ta wujud. hahahaha
lappy pertama i acer. fuhhhh harga rm3000. sekarang? sangat murah. seribu lebih pon spec da canggih.
ciskek betol!!
[Reply]
29Jul
betulll…semua dah cnggih dan banyak pilihan sekarang…
[Reply]